Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JOHOR TUMBANG ?

Wednesday, March 7, 2012

Muhyiddin dan Ghani Othman risau Johor kalah?

 Walaupun bunyi kenyataan yang Muhyiddin keluarkan tu macam dia yakin Johor takkan terlepas ke tangan Pakatan Rakyat PRU13 nanti tapi nampak macam jauh di sudut hati kecil dia rasa risau dengan nasib Umno BN di Johor. Kalau tengok rekod memang tak sepatutnya Umno BN risau langsung di Johor. 
Pasainya sebagai negeri kelahiran Umno, Umno memang cukup kuat di Johor. Bukan setakat Umno kuat di Johor, PAS dan PKR pulak langsung tak kuat. Biasa sangat dalam pilihanraya sebelum-sebelum ni calon PAS hilang deposit. Bagi calon PAS, kalau boleh dapat balik duit deposit pun dah boleh dikira berjaya. 
Even professional riders have idols, find out who does Zamri Baba look up to? #PETMOS Tapi tu cerita dulu, cerita berpuluh tahun dulu, sekarang ni dah lain, keadaan dah banyak berubah terutamanya selepas PRU12 kekuatan PAS semakin meningkat di Johor. 
Bermula dengan sejarah PAS menang tanpa bertanding di Dun Senggarang pada PRU11 kemudian meningkat menjadi 2 di Dun Maharani dan Sungai Abong pada PRU12. Sejak PRU11 kalau tak salah aku, calon PAS dah tak lagi hilang wang deposit di Johor dan PAS semakin berkembang pesat di Johor. 
Pasai tu lah, Pesuruhjaya PAS Johor Dr. Mahfodz berani pujuk Salahuddin Ayub balik bertanding di Johor untuk PRU13 akan datang. Bukan setakat tu, Dr. Mahfodz siap berani sebut Salahuddin adalah bakal Menteri Besar Johor. Kalau tak nampak petunjuk yang meyakinkan takkan Dr. Mahfodz berani nak pujuk Salahuddin tinggalkan kerusi yang boleh dikira selamat untuk Salahuddin di Kelantan dan balik bertanding di Johor. Memang tak heran la kalau Muhyiggin Yasin pun rasa risau. 
Sebagai Timbalan Presiden Umno dan berasal dari Johor, memang Muhyiddin Yasin patut risau. Kalau ditakdirkan Johor tumbang, memang malu besar Muhyiddin. Mana nak letak muka, Umno boleh kalah di negeri kelahiran Umno, negeri yang semua orang terima sebelum ni sebagai kubu kuat Umno. 
Kalau bukan pasai takut kalah, apa perlu mesyuarat tertutup dengan Umno dan BN Johor. Kalau bukan pasai takut kalah, apa perlu Menteri Besar Johor, Ghani Othman berkampuna dua ke tiga hari di setiap kawasan parliman. 
Malaysiakini melaporkan: {Sumber: Mkini] Tiang seri pun, kalau dah dimakan anai-anai mana nak boleh tahan. Betul macam kayu kena makan anai-anai, kalau tengok dari luar mungkin nampak macam biasa tapi sebenarnya dah rompong di dalam. 
Dan kalau tiang seri pun tumbang dah tentu sebiji rumah akan tunbang sama. "Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihanraya" 



Cenangau Daunkari Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2012/03/muhyiddin-dan-ghani-othman-risau-johor.html#ixzz1oLKyWwuG

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.