Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MEREKA NAK TEST POWER

Sunday, March 4, 2012

Barack Obama: Amerika akan serang Iran





WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, menyampaikan ancaman paling jelas sejauh ini bahawa Amerika akan menyerang Iran jika memang itu yang diperlukan untuk menghalang republik Islam tersebut daripada mengembangkan bom nuklear.

Pada masa yang sama, beliau memberi amaran kepada Israel bahawa ia akan hanya memburukkan lagi keadaan jika bertindak terburu-buru menyerang loji nuklear Iran.

Amaran keras itu, yang dinyatakan dalam satu wawancara yang diterbitkan kelmarin, disampaikan sebelum pertemuan Encik Obama dengan Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, yang dijangka berlangsung esok.



 Menurut Encik Obama, serangan Israel akan menimbulkan rasa simpati terhadap Iran di rantau di mana Teheran tidak mempunyai ramai sekutu.

'Saya fikir pemerintah Iran dan Israel akur bahawa apabila Amerika mengatakan untuk Iran memiliki senjata nuklear adalah sesuatu yang tidak boleh diterima, kami maksudkan apa yang dikatakan.

'Saya tidak temberang,' kata Encik Obama kepada majalah The Atlantic.

Tambahnya, kedua-dua Iran dan Israel sedar bahawa komponen tindakan ketenteraan merupakan sebahagian daripada pilihan dalam menangani Iran, selain daripada mengenakan sekatan dan tindakan diplomatik.

Namun begitu, Encik Netanyahu, yang singgah di Kanada dalam perjalanannya ke Amerika, berkeras menyatakan negaranya berhak mempertahankan diri dan perlukan ruang untuk bergerak.

Untuk mengurangkan rasa curiga masyarakat antarabangsa, Encik Netanyahu, berkata Iran harus memusnahkan loji nuklear bawah tanah negara itu di Qom, menghentikan pengayaan uranium dan menghapuskan semua bahan yang telah menjalani proses pengayaan kecuali apa yang diperlukan untuk membuat isotop perubatan atau menjana tenaga nuklear.

Teheran berkali-kali menegaskan program nuklearnya adalah untuk kegunaan sivil seperti menjana tenaga nuklear.

Namun, negara-negara Barat mengesyaki Iran sedang cuba membangunkan senjata atom secara senyap-senyap dan hampir mencapai matlamat mereka. -- AP, AFP.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.