Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NAIKKAH SEMANGAT UMNO BILA NAJIB NAK RAMPAS NEGERI PEMBANGKANG ?

Najib: BN akan rampas negeri-negeri di bawah pembangkang pada PRU ke-13

March 19, 2012
 
PETALING JAYA, 19 Mac — Datuk  


Seri Najib Razak hari ini berkata beliau yakin BN akan merampas negeri-negeri di bawah pembangkang PRU ke-13 yang akan datang.

Dipetik Bernama Online, Najib telah berkata ia berdasarkan kepada sokongan rakyat terhadap kerajaan yang semakin bertambah baik dan penerimaan dasar kerajaan ketika ini yang memberi tumpuan kepada usaha mentransformasikan negara.

Najib (gambar), Pengerusi UMNO Selangor, telah menyuarakan keyakinan bahawa negeri Selangor akan kembali ke pangkuan BN, oleh kerana pembangkang telah gagal menunaikan banyak janji di negeri itu.

Tambah Najib, mengikut kehendak dan aspirasi rakyat hanya kerajaan BN sahaja yang mampu membawa pembangunan dan pembaharuan dan beliau akan bekerja keras untuk memastikan kemenangan BN.

Di hadapan lebih 20,000 orang yang telah menghadiri perhimpunan ‘Perdana Menteri Bersama Rakyat’ di SM Putra Perdana Puchong semalam, beliau berkata, “Asalkan BN menang, negara berjaya, rakyat Malaysia makmur dan negara maju jadi kenyataan, transformasi dapat dilaksanakan, baru dapat buat transformasi besar.”

Turut menghadiri ialah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, Ahli Parlimen Sepang merangkap kodinotor BN Selangor, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed, Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Seri M. Kayveas dan Pengerusi MCA Selangor Datuk Donald Lim Siang Chai.

Beliau juga telah mengumumkan pemberian bantuan RM100,000 untuk Surau Al-Sakinah di Taman Perdana Putra, dan RM200,000 untuk SMK Perdana Putra.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.