Palestin, Afghanistan: Nyawa ummah bagaikan anak ayam |
Posted on Tuesday, March 20 @ 12:01:15 CDT by paktam
Oleh LanhBERSYUKUR kita ke hadrat Ilahi kerana masih dilanjutkan usia dan dapatlah kita memuzakarahkan isu-isu yang membabitkan ummah.
Mutakhir ini, kita rasa terpukul dengan tindakan biadap rejim Zionis yang berterusan membedil wilayah Gaza walaupun dalam kempen ganas mereka tidak lama dulu mereka terpaksa berundur secara memalukan pada Januari 2009.
Mutakhir ini, kita rasa terpukul dengan tindakan biadap rejim Zionis yang berterusan membedil wilayah Gaza walaupun dalam kempen ganas mereka tidak lama dulu mereka terpaksa berundur secara memalukan pada Januari 2009.
Sementara itu, di bumi Afghanistan pula yang diduduki ratusan ribu askar Barat dari Amerika Syarikat dan Eropah, seorang askar Amerika secara membabi-buta mengamuk, menembak mati sekurang-kurangnya 16 penduduk kampung manakala puluhan lagi cedera.
Seperti biasa tindakan ganas rejim Zionis dipandang sepi oleh masyarakat dunia manakala kejadian di Afghanistan dipandang sambil lalu termasuklah oleh umat dan negara umat Islam serta organisasi antarabangsa yang memayungi mereka – Pertubuhan Persidangan Islam
(OIC).
Kini rejim Israel melalui pasukan tentera udaranya yang dianggap antara tercanggih di dunia itu terus menerus melancarkan serangan ke atas beberapa lokasi penting yang disyaki menempatkan para pejuang Palestin. Puluhan rakyat Palestin terkorban akibat serangan pesawat-pesawat Israel ke beberapa wilayah di Gaza sejak 9 Mac 2012.
Dunia terus membisu; kejadian di Palestin dan Afghanistan menggambarkan betapa kerdil dan tidak berharganya nyawa orang Islam di mata masyarakat dunia. Mereka bagaikan anak ayam, sekali helang menyerang maka ada yang menjadi mangsa. Puluhan, ratusan, ribuan, ratusan ribu malah jutaan orang Islam mati tidak menjadi hal kepada dunia yang berkiblatkan Washington, London, Paris dan Moscow.
Jika nyawa umat Islam bagaikan anak ayam, kuasa Barat amat menyanjungi rakyat dan pemuji ideloginya; jika ada pihak yang mengganggu-gugat, mereka tidak teragak-agak mengirimkan armada perang dan buktinya adalah kemusnahanan negara Iraq dan Afghanistan.
Di negara-negara ini, ratusan ribu umat Islam terkorban, bagi Barat nyawa mereka tidak berharga sama sekali. Bahkan binatang seperti anjing, kuda dan lembu adalah lebih berharga daripada nyawa orang Islam.
Selain kezaliman di Palestin dan Afghanistan, muktakhir ini semakin ramai orang Islam menjadi korban keganasan di rantau di mana mereka adalah golongan minoriti seperti di Xinjiang (China), Kashmir (India), Pattani (Thailand), Mindanao (Filipina), Arakan (Myanmar-Burma). Namun seperti keganasan ke atas umat Islam di tempat-tempat lain, tiada banyak pihak sudi mendengar rintihan apatah lagi mengorak langkah membantu mereka.
Bagi menghadapi keganasan Israel, kita memuji pemimpin Hamas merangkap Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyyah yang bersemangat mengatakan rakyat Palestin tidak akan berpecah tetapi akan terus berjuang ke titisan darah terakhir menentang rejim Zionis yang disokong kuat kuasa-kuasa Barat.
Ya, Barat akan terus memuka-muka dalam menghadapi kebangkitan di negara-negara umat Islam. Mereka menghulurkan tali persahabatan atau mengutus khabar untuk membantu tetapi kebanyakannya adalah palsu; oleh itu umat Islam mesti mengukuhkan kesatuan mereka dengan kembali sepenuhnya kepada ajaran Allah dan Rasul-Nya.
Hanya dengan kembali kepada Islam sepenuhnya dapat menyelamatkan maruah ummah yang telah dirobek-robek kuasa-kuasa Barat sejak berakhirnya Khilafah Uthmaniyah pada 1924.
2 orang berkata:
negara islam mana yg ada teloq la ni. cuma berani sesama sendiri, mengaku dia saja yg betoi, orang lain tak islam & tak apa ka jadah lagi.
Benda² mcm ni semua terjadi akibat tiada kesedaran sivik di kalangan manusia sekarang
Post a Comment