6 suspek ditahan kes bakar lelaki di Gedangsa
9 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -
SHAH ALAM - Polis Selangor hari ini menahan enam lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian membakar seorang lelaki sehingga tubuhnya melecur 80 peratus di ladang kelapa sawit di Sungai Tengi, Hulu Selangor Ahad lepas.
Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata mereka yang berusia antara 20 dan 25 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Labu Kubong, Telok Intan Perak pada pukul 4.30 pagi ini.
Mereka kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh, katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Beliau berkata dua daripada mereka adalah penuntut sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), dua lagi jurujual sebuah butik dan bakinya seorang penjual burger dan penghantar surat.
Menurutnya mereka ditahan sepasukan 15 anggota polis Selangor yang menjejaki lokasi mereka di Perak.
Tun Hisan berkata kesemua lelaki itu diberkas hasil siasatan terhadap dua penuntut wanita universiti berusia 19 dan 20 tahun yang ditahan di Shah Alam pada 28 Feb lepas.
Kesemua mereka didapati mengenali satu sama lain dan motif mereka membakar Muhammad Syahirudin Mohd Shauki, 19, dari Kota Damansara disyaki akibat dendam.
Muhammad Syahiruddin kini dirawat di Hospital Sungai Buloh.
Sementara itu, Tun Hisan berkata polis Selangor menyerbu sebuah unit rumah kedai di Jalan Rengas Taman Selatan Klang, yang beroperasi sebagai mini kasino pada pukul 7 malam tadi.
Polis menahan 20 lelaki berusia antara 39 dan 59 tahun yang leka berjudi dan merampas wang tunai berjumlah RM103,261, 660 keping cip pelbagai saiz dan warna, buku catitan pertaruhan dan 30 biji dadu, katanya.
Beliau berkata polis menerima maklumat mengenai kegiatan mereka sejak seminggu lepas dengan pertaruhan harian paling tinggi mencecah RM1 juta.
Kesemua mereka yang didakwa di Mahkamah Majistret Klang pagi ini mengikut Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, mengaku bersalah dan masing-masing membayar denda RM1,000. - Bernama

1 orang berkata:
pak Karamu,
dah tak ingatkah, yang tergila-gila nak bela dan mempertahankan Hasan Jati ini adalah Ketua dan Timbalan Pemuda PAS Pusat.
Geng inilah yang paling kuat memalak ke hulu dan hilir, kononnya Hasan Jati dikhianati dan mangsa Parasit dalam PAS.
Sekarang para pemuda PAS tersengih dapat ketua dan timbalan seperti ini, nak buat dah, tersalah pilih "nasi dah menjadi bubur".
Post a Comment