Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Penafian sahaja tidak cukup, berikan bukti kukuh, kata Rafizi kepada Najib

March 10, 2012
 
Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli. — Gambar fail
KUALA LUMPUR, 10 Mac — Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli menyambut baik penafian Pejabat Perdana Menteri berhubung dakwaan Putrajaya menanggung perbelanjaan majlis pertunangan anak perempuannya  namun menegaskan mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjawab bersama bukti-bukti yang sewajarnya. 
 
Dalam kenyataan media hari ini, Rafizi menuntut Najib mengemukakan bukti bagi lapan persoalan berhubung dakwaan itu untuk meyakinan penafian.

Justeru Rafizi berkata persoalan untuk beliau memohon maaf tidak timbul  kerana kenyataan dua perenggan itu hanyalah satu penafian tanpa ada sebarang bukti atau fakta yang boleh menafikan kesahihan dokumen atau tuduhan yang dibawa terhadap Najib.

"Saya menyambut baik kenyataan rasmi yang pantas dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri menafikan bahawa perbelanjaan majlis pertunangan anak Datuk Seri Najib pada 17 Jun 2011 lalu dibiayai oleh wang rakyat melalui Pejabat Perdana Menteri, walaupun dokumen dari Hotel Shangri-la, yang mengendalikan majlis secara jelas menunjukkan semua urusan tempahan dan bayaran dibuat melalui Pejabat Perdana Menteri," kata Rafizi.

Tambah beliau: "Dalam suasana kepercayaan rakyat terhadap iltizam Barisan Nasional (BN) memerangi rasuah adalah sangat rendah, penafian semata-mata tidaklah mencukupi. Apatah lagi apabila dokumen yang dibawa menjadi bukti kukuh bahawa Pejabat Perdana Menteri mengendalikan urusan tempahan dan bayaran bagi majlis itu."

Oleh demikian, kata Rafizi, jalan terbaik untuk Najib membersihkan nama beliau daripada tuduhan itu adalah dengan mengemukakan bukti perbelanjaan termasuk bukti pembayaran.

Katanya, jika Najib dapat mengemukakan lapan bukti itu barulah rakyat akan berpuas hati. "Jika tidak, beliau akan berdepan dengan persepsi rakyat bahawa beliau pun tidak ubah seperti menteri-menteri lain di dalam kabinetnya yang menggunakan wang rakyat dengan sewenang-wenangnya untuk bermewah bagi tujuan peribadi," katanya.

Pada sidang media semalam, Rafizi mendakwa Najib  telah menggunakan hampir setengah juta ringgit wang rakyat bagi menanggung kos majlis pertunangan anak perempuannya di Seri Perdana tahun lalu.

Rafizi berkata majlis pertunangan anak Najib dengan pasangan dari Kazakhstan telah menelan belanja RM409,767 ditanggung rakyat berdasarkan dokumen pembayaran yang dikeluarkan pihak katering majlis tersebut dibayar oleh Pejabat Perdana Menteri.

Bagaimanapun, Pejabat Perdana Menteri menerusi Twitter menafikan majlis pertunangan anak perempuan Najib, Nooryana Najwa pada Jun lalu, diadakan menggunakan duit kerajaan.

"Perbelanjaan pertunangan anak perempuan PM, Nooryana Najwa, tidak ditanggung oleh Pejabat Perdana Menteri sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak," kata mesej itu.

Mesej susulan pula menyebut, "Pejabat Perdana Menteri akan mengeluarkan satu kenyataan berkenaan dakwaan dalam waktu terdekat."

Lapan bukti yang dituntut Rafizi daripada Najib adalah:

-Pengesahan sama ada perbelanjaan yang tertera seperti dokumen Hotel Shangrila pada 17 Jun 2011 adalah perbelanjaan majlis pertunangan anak Najib.

-Pengesahan sama ada dokumen Banquet Event Order (BEO) yang dikemukakan oleh Rafizi adalah dokumen yang sah dan bukannya palsu.

-Najib perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan kepada rakyat salinan Purchase Order (dokumen tempahan) yang dihantar kepada Hotel Shangrila untuk menentukan pihak manakah sebenarnya yang bertanggungjawab membuat tempahan tersebut.

-Najib perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan rekod perakaunan dari sistem perakaunan Kerajaan Malaysia yang merekodkan Purchase Order tersebut, bagi menentukan sama ada tempahan direkodkan sebagai tanggungan Kerajaan Malaysia.

-Najib perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan kepada rakyat salinan invois yang dihantar oleh Hotel Shangrila kerana ia boleh menjadi bukti bahawa ia dicaj kepada Perdana Menteri atas kapasiti peribadi beliau ataupun ditanggung oleh Kerajaan Malaysia.

-Najib perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan rekod perakauan dari sistem perakaunan Kerajaan Malaysia yang merekodkan invois tersebut, bagi menentukan sama ada bayaran akan dibuat oleh Kerajaan Malaysia.

-Najib perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan baucer bayaran yang dibuat kepada Hotel Shangrila untuk menentukan siapakah yang mula-mula sekali menyelesaikan tanggungan belanja majlis tersebut.

-Najib  perlu mengemukakan bukti bayaran yang dibuat oleh beliau dan keluarga beliau untuk menanggung perbelanjaan tersebut; termasuklah salinan cek, penyata bank atau dokumen-dokumen lain dari akaun bank peribadi beliau.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.