Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Thursday, March 1, 2012


Pru-13: Datuk Seri Najib akui Umno ketandusan calon


Oleh kerana ramai kalangan bijak pandai dan Melayu bermaruah telah tidak mempercayai umno, maka presiden Umno Datuk Seri Najib Razak terpaksa juga meletakkan calon-calon pencen untuk bertanding atas tiket BN dalam pilihanraya umum ke-13 nanti.

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang terkenal dengan perangai kuat tidurnya akan mempertahankan kerusi Parlimen Kepala Batas kerana Barisan Nasional (BN) telah ketandusan calon untuk mempertahankan Putrajaya daripada ditawan Pakatan Rakyat, kata sumber.

Difahamkan bahawa Tun Abdullah dikekalkan di kawasan yang dimenangi beliau buat pertama kali pada 1978 dan merupakan 'calon boleh menang' yang dicari Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.
'Tun Abdullah telah diminta mempertahankan kerusi sebab Umno dan BN mahu mendapatkan kemenangan maksimum,' kata sumber-sumber.

Tun Abdullah, adalah perdana menteri dari 2003 hingga 2009, memenangi kerusi Kepala Batas kali kelapan dengan majoriti 11,246 undi.
'Umno dan BN sedang memperhalusi senarai nama bagi memastikan mereka mendapatkan calon yang boleh menang sama ada di negeri atau pusat. Setiap kerusi dikira,' kata sumber BN.

Beliau menambah, pemimpin veteran seperti Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz, dan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, boleh dikekalkan.



Tun Abdullah memenangi 91 peratus daripada 222 kerusi Dewan Rakyat di Parlimen pada 2004 tetapi kerana sepanjang pentadbiran Tun Abdullah, kes rasuah dan penyalahangunaan kuasa dikalangan kaum keluarga dan kroninya terlalu berleluasa, maka Umno dan BN telah kalah dua pertiga majoriti selepas gabungan itu hanya memenangi 140 kerusi pusat dan lapan negeri pada 2008.

Datuk Seri Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah meluangkan masa beberapa bulan lalu 'turun padang' bagi menilai kesediaan BN menghadapi pilihan raya umum yang mesti diadakan pada pertengahan 2013.

Pakatan Rakyat berkata mereka tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sehingga selepas Jun ini.

Penganalisis meramalkan BN akan mengadakan pilihan raya umum bulan depan tetapi masih banyak isu yang belum diselesaikan seperti rombakan gaji perkhidmatan awam yang boleh menghakis sokongan terhadap pemerintah di kalangan 1.4 juta kakitangan kerajaan.

Kelmarin, Putrajaya dilaporkan akan menamakan Encik Khairy Jamaluddin sebagai Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB).

Sumber memberitahu langkah itu bagi memastikan Ketua Pemuda Umno itu mendapatkan peluang yang lebih baik.

Putrajaya kebiasaannya melantik Ahli Parlimen mengetuai agensi kerajaan, dilihat sebagai latihan bagi mereka dilantik ke jawatan lebih tinggi, mungkin dalam kabinet.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.