Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

UMNO PARTI AMAN BAGAI AIR MENGALIR, DINGIN ! SEGAR !

Sunday, March 4, 2012

Najib: PAS- 'Parti Asyik Serabut'. PKR- "Parti Kalut dan Ribut"

najib at police function 231011 najib abdul razak
 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata PAS kini menjadi 'Parti Asyik Serabut' yang sering menyusahkan rakyat kerana pemimpinnya kerap mengeluarkan kenyataan yang bercanggah.

Katanya beliau sendiri tidak faham dengan hala tuju perjuangan parti berkenaan dan sering menyerabutkan pemikiran rakyat.

"Mula-mula dia kata negara Islam, kemudian negara berkebajikan dan kata bukan Melayu boleh jadi Timbalan Presiden, tapi Musyidul Am kata tidak boleh. Banyak menyusahkan rakyat, banyak bagi serabut," katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Rakyat di Padang Awam Kuala Ketil, dekat, Baling, semalam.


Katanya dalam isu PAS di Kedah di mana dua exco tidak mahu dilantik semula, kemelut yang tidak selesai telah menyusahkan rakyat Kedah.

Beliau berkata PKR pula banyak menimbulkan masalah serta membuat kenyataan tidak tentu arah dan menyifatkannya sebagai "Parti Kalut dan Ribut".

"Masalah video tak selesai, masalah Jabatan Agama Islam Pahang pun tak selesai... DAP pula 'Depa Ambil Peluang', dia cari peluang saja, kalau nak masa depan terjamin lebih senang sokong Barisan Nasional (BN)," katanya.

"Kita (BN) tak pernah lari daripada prinsip perjuangan kita... BN parti  yang boleh diharapkan," katanya.

"Bagaimanapun saya lihat kini sudah ada perubahan termasuk di Kedah...angin kencang menjurus kepada perubahan. InsyaAllah kita akan buat perubahan besar kepada negeri Kedah," katanya.

- Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.