17 Ogos, 2013
Zahid Hamidi Nafi Jadi Broker Kerajaan Perpaduan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) hari ini menafikan menjadi
broker kerajaan perpaduan antara kerajaan Barisan Nasional (BN) dan
Pakatan Rakyat (PR).
Kenyataan Menteri Dalam Negeri itu hadir selepas Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak turut membuat kenyataan sama menafikan khabar angin
tentang perkara tersebut, serta menyifatkan ianya sebagai satu spekulasi
yang sengaja ditimbulkan oleh pihak pembangkang.
0 orang berkata:
Post a Comment