16 Ogos, 2013
Ini Penjelasan Najib Berkenaan Kerajaan Perpaduan Bersama Anwar
Perdana Menteri hari ini menafikan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim
berhubung wujudnya rundingan kerajaan perpaduan di antara pihak kerajaan
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).
Menurut Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar), dakwaan berkenaan hanyalah
“daya imaginasi” kerana tidak ada sebarang usaha ke arah mewujudkan
sebuah kerajaan perpaduan.
Katanya, perbincangan mengenai kerajaan perpaduan tidak mungkin berlaku
selagi pihak pembangkang terutamanya Anwar serta kepimpinan PR masih
tidak menerima keputusan pilihanraya umum ke-13 (PRU13) dan mempertikai
keputusan tersebut.
“Satu-satunya perjanjian politik yang ada ialah usaha yang dilakukan
oleh bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla sebelum PRU13 bagi
mendapat persetujuan agar mengelak daripada menyerang antara satu sama
lain dan menerima keputusan pilihanraya.
“Menurut Jusuf Kalla, Anwar telah berhubung dengan beliau sebelum PRU13
bagi mendapatkan perjanjian politik agar menghormati keputusan rakyat
yang mana telah dipersetujui namun Anwar enggan berbuat demikian kerana
mendakwa berlaku penipuan dalam proses PRU13,” katanya dalam satu
kenyataan diedarkan oleh Pejabat Perdana Menteri hari ini.
Perdana Menteri menjelaskan pengesahan Anwar berhubung kerajaan
perpaduan merupakan satu “ciptaan dan rekaan” kepentingan politik pihak
pembangkang.
Asia Sentinel melaporkan pada Isnin bahawa Anwar mendedahkan Najib telah
menghubunginya untuk mencadangkan agar diadakan kerajaan perpaduan
antara Umno dan PKR.
Anwar berkata beliau menolak cadangan berkenaan berikutan isu asas mesti
diselesaikan dahulu seperti menghentikan serangan perkauman ke atas
kaum Cina dan India melalui akhbar milik Umno, Utusan Malaysia. ~the
malaysian insider
0 orang berkata:
Post a Comment