Tiadak kira dimana tanah jajahan itu berada, dibarat,timur,selatan dan utara dunia ini, musuh barat adalah islam dan sistemnya, mereka melatih kader sekular pada rakyat dibekas tanah jajahan mereka supaya membenci islam atas dendam mereka yang begitu lama kerana kekalahan barat pada perang salib, Mereka menanamkan kebencian terhadap islam secara berhemah sehingga tidak disedari oleh masyarakat islam akan musuh mereka, umat islam diracuni dengan semangat bangsa dan demokrasi yang tidak berteraskan agama, yang akhirnya berkesudahan dengan melakukan amalan-amalan rasuah, sehingga umat islam tidak nampak atau terlupa kepada sistem jahat sekular
Umat islam perlu menyedari, bahawa barat sangat pintar mengkaji manusia dan kemanusiaan, tentang apa yang mereka cenderungkan dengan mengenal pasti sifat kecenderungan tersebut melalui bangsa,warna kulit, pertuturan,pemakanan dan adat budaya sesuatu kaum dan puak, melalui maklumat dari kajian sumber tersebut mereka dapat memahami apakah muslihat yang patut ditimpakan kepada bangsa dan puak manusia ditanah jajahannya, hasilnya mereka berjaya memperkenalkan demokrasi, sama ada demokrasi terpimpin ataupun tidak
Orang barat sangat suka apabila rakyat ditanah jajahannya mengamalkan semangat bangsa dan puak atas nama demokrasi, kerana muslihat demokrasi itu adalah untuk melindungi fahaman sekular yang mereka taja, maka bergembiralah penduduk ditanah bekas jajahan mereka, tambahan lagi masyarakat menggemari dan mempertahankan sistem demokrasi tersebut habis-habisan sekalipun berlaku peperangan yang terpaksa menumpahkan darah, ertinya rakyat sanggup menumpahkan darah kerana demokrasi iaitu satu sistem tajaan manusia
Kita masih lagi ingat bagaimana negara umat islam Algeria yang penduduknya kebanyakan menyertai atau menyokong parti islam, apabila parti tersebut telah memenangi pilihanraya dan seterusnya mahu membentuk syari'at islam disana tiba-tiba berlakulah huruhara, lalu Francis sekutu barat terus campur tangan dan menghasut rakyat Algeria untuk menolak parti islam yang memenangi pilihanraya di negara tersebut, akhirnya Algeria tersungkur, bayangkan betapa jahatnya fahaman sekular yang berselindung atas nama demokrasi yang mereka cipta
Apa yang berlaku di Algeria dahulu maka akan berlakulah dinegara umat islam yang lain seperti yang berlaku di Mesir sekarang dan mungkin juga di Turky namun masih lagi belum ketara, Apakah umat islam tidak menyedarinya ? Atau kefahaman umat islam sudah sebati dengan sistem demokrasi yang mereka banggakan tanpa menydari fahaman sekularlah sebenarnya yang mereka pertahankan, dalam suasana yang ada sistem islam yang diperkenalkan oleh Allah hanya menjadi adat dan budaya sahaja
Fahaman sekular yang mengasingkan diantara politik dan negara menjadi pegangan umat islam sekarang, kerana itu kita dapat mendengar begitu ramai umat islam yang mengatakan agama jangan campur adukkan dengan politik, pandang ini kita sedari telah berlaku dinegara-negara bekas tanah jajahan barat, ertinya pemikiran umat islam telah berjaya dibaratkan oleh penjajah umat islam itu sendiri, ini semua atas kejahilan mereka tentang agama mereka , sementara para ilmuan islam sendiripun telah disekularkan oleh barat lalu mereka mendiamkan diri apabila sesuatu isu yang bertentangan dengan islam berlaku, maka berlakulah taklik buta atau kerana cari makan
Umat islam perlu menyedari, jika sistem yang diperkenalkan berpandukan perjuangan semangat bangsa dan puak, orang islam masih boleh terima dan barat juga boleh terima, sekalipun agama Allah melarang, sisten demokrasi yang diperkenalkan juga umat islam boleh menerimanya dan barat juga boleh terima kerana sistemnya adalah daripada mereka, apabila islam hendak dilaksanakan atas kesedaran rakyat yang telah celik agama, maka barat langsung tidak boleh menerimanya kerana apa ? Jawapannya kerana bercanggah dengan sekular
Umat islam yang celik agama menyedari ini semua akan tetapi mereka tidak berdaya untuk mengatasi masalah ini kerana mereka dapati para ilmuan islam yang bersekongkol dengan fahaman demokrasi dan sekular menjadi batu penghalang secara mutlak untuk mereka melaksanakan islam, ertinya dalam asobiyah ada orang agama, dalam demokrasi ada orang agama yang menjadi tali barut barat sebab itu kita dapati orang yang celik ilmu yang bersekongkol dengan barat apabila mereka bercakap tentang pemerintah selalunya sumbang dan percakapan mereka berbelit belit, jarang menepati hajat
Kita umat islam juga tidak merasa hairan mengapa istilah syari'at diguna pakai didalam agensi kerajaan sedangkan peraturan syari'at tersebut tidak menepati syari'at agama islam yang sebenar, mengapa ini semua berlaku ? Mengapa syari'at itu disekularkan ? Sama ada umat islam yang berada ditanah jajahan barat menyedari ini atau tidak maka ia terus akan berlaku dan kemudiannya ia menjadi kebiasaan kepada jenerasi umat islam yang akan mendatang
Pak Karamu
0 orang berkata:
Post a Comment