Urusan bawa pulang pelajar di Mesir mula malam ini
PUTRAJAYA - Urusan membawa pulang kira-kira 3,300 pelajar Malaysia di
Mesir akan bermula malam ini menggunakan pesawat komersil, kata Datuk
Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata urusan penempahan tiket akan dilakukan bermula malam ini dan penerbangan akan melalui Amman (Jordan) dan Istanbul (Turki) serta beberapa tempat lain.
"Saya sudah mendapat laporan daripada Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab yang sedang berada di Mesir bahawa keadaan di sana menjurus pada keadaan yang tidak menentu dan mungkin lebih buruk daripada keadaan pada masa ini.
"Oleh itu pasukan kita memberi pandangan dan nasihat supaya kita memulakan operasi untuk membawa balik pelajar kita yang ingin kembali secara sukarela dan saya telah bersetuju dengan pandangan itu," katanya kepada pemberita sebaik tiba di rumah terbuka Aidilfitri Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ali Hamsa di sini hari ini.
Najib berkata kerajaan tidak akan menggunakan pesawat tentera kerana pesawat Charlie misalnya akan membabitkan masalah logistik dan perbelanjaan lebih tinggi di samping memerlukan kebenaran khas daripada negara tertentu kerana ia perlu membuat dua atau tiga persinggahan.

0 orang berkata:
Post a Comment