Mungkinkah wahabi lebih bahaya dari syi'ah ? Adakah segala punca kekalutan dunia islam disebabkan oleh golongan Wahabi ? Segalanya ada kemungkinan dan ada bukti tentangnya, sekalipun nanti akan dinafikan, nampaknya ada dua musuh besar umat islam yang perlu diawasi iaitu Wahabi dan Syi'ah, mereka masing-masing ada agenda namun agenda Wahabi mempunyai agenda yang lebih besar dari Syi'ah, mereka masing-masing ada agenda, kumpulan Syi'ah mempunyai agenda tersendiri, namun ia mirip kepada barat, sementara Wahabi adalah tali barut barat yang terancang demi meluaskan pengaruh sekular atas dendam mereka kalah pada perang salib, iaitu dendam hingga qiamat dan mereka menggunakan Wahabi sebagai agen mereka - Pak Karamu
Arab Saudi Pula Siap Bantu Mesir Jika Barat Hentikan Bantuan Kewangan
Menteri Luar Negeri Arab Saudi Putera Saud al-Faisal, semalam menyatakan Arab Saudi dan negara-negara Islam akan membantu Mesir jika negara-negara Barat menghentikan bantuan kewangan untuk Kaherah.
"Bagi negara-negara yang sudah mengumumkan akan menghentikan bantuan untuk Mesir, atau mengancam untuk melakukan itu, kami katakan Arab Saudi dan negara-negara Islam sangat kaya dan tidak ragu membantu Mesir," kata Putera Faisal seperti dikutip pejabat berita Arab Saudi SPA.
Pernyataan ini disampaikan sekembalinya Putera Faisal dari Perancis untuk berunding dengan Presiden Francois Hollande, yang telah mengecam keras pertumpahan darah di Mesir.
Putera Faisal mengkritik, negara-negara Barat yang mengecam tindakan Mesir membubarkan pendukung Ikhwanul Muslimin. Dia mengatakan Mesir tengah memerangi terorisme.
"Semua negara yang mengecam Mesir seharusnya memahami bahwa kerosakan yang terjadi tidak hanya akan menimpa Mesir, namun juga menimpa mereka yang menyumbang atau mendukung masalah dan kekacauan yang terjadi di Mesir," kataNYA.
Sementara itu, senator John McCain menyerukan agar Washington segera menghentikan bantuan militer sebesar 1.3 billion dolar AS setahun untuk Mesir, setelah penggulingan Muhammad Mursi 3 Julai lalu.
Namun, sejumlah anggota kongres AS lainnya khuatir penghentian bantuan ke Mesir akan membahayakan perjanjian damai dengan Israel dan kepentingan AS di kawasan itu, salah satunya adalah Terusan Suez. -kompas.com
Arab Saudi taja keganasan
Dengan memiliki kekayaan petrol dan gas yang melimpah ruah dan bernilai berbilion dollar itu, Arab Saudi di bawah pemerintahan Raja Abdullah Abdul Aziz al Saud kini sedang menaja keganasan dan membiayai aktiviti pengganas di Syria, Iraq dan Mesir serta beberapa negara Islam yang lain.
Negara monarki bermazhab Wahbi itu, menyalah guna kekayaan minyak yang dianugerah Allah SWT itu, bagi melemahkan negara-negara umat Islam yang lain semata-mata kerana mahu melayan nafsu serakah dan memenuhi kehendak tuan-tuan politik mereka, Amerika Syarikat dan Israel di samping mahu mengekalkan kedudukan mereka sendiri sebagai pemerintah diktator.
Negara-negara Islam yang kuat dipandang sebagai berpotensi untuk mencabar kerajaannya dan juga mengancam negara Israel yang menjadi sekutunya dan sekaligus mengancam kedudukannya sebagai kepala pemerintah di negara terbesar pengeluar minyak itu.
Adalah sesuatu yang amat malang apabila memikirkan kenapa umat Islam begitu mudah diperbodoh dan dilaga-lagakan sesama sendiri demi untuk memenuhi cita-cita Barat untuk menguasai dunia Islam yang kaya dengan minyak dan gas itu, melalui Arab Saudi.
Tiga negara menjadi fokus di mana Arab Saudi terlibat secara langsung dengan membantu, menaja keganasan dan membiayai aktiviti pengganas. Negara-negara itu ialah Syria, Iraq dan Mesir:
Keganasan di Syria
Penglibatan Arab Saudi di Syria ialah bertujuan untuk menyekat pengaruh serantau Republik Islam Iran dengan membiayai para pemberontak dengan tujuan lain untuk menggulingkan kerajaan pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
Maka dicanangkan mengenai bahaya Syiah melalui media antarabangsa pada hal Bashar bukanlah penganut mazhab Syiah tetapi seorang pendokong mazhab Alawi yang terasing dari Ahli Sunnah Wal Jamaah (Sunni) dan Syiah.
Para pemberontak yang dibiayai oleh Arab Saudi terdiri daripada golongan Wahbi, Salafi, al-Qaeda, Takfiri dan puak sekular bagi menentang pasukan tentera Syria dengan tujuan untuk menjatuhkan kerajaan Bashar.
Tujuan Arab Saudi melakukan kerja jahat ini ialah untuk membantu Amerika dan sekutunya mendirikan kerajaan baru di Syria yang boleh menjadi boneka kuasa Barat untuk kepentingan ekonomi dan geo-politik.
Memandangkan Selat Hormuz dan Telok Parsi senantiasa dikawal oleh kapal perang Iran maka bumi Syria diperlukan untuk menanam paip-paip bagi menyalurkan minyak dan gas sehingga ke pesisir pantai Laut Meditteranean bagi memenuhi pasaran yang luas di Eropah.
Sekiranya Bashar dapat digulingkan, Syria akan mendapat presiden baru yang boleh mengikut telunjuk Barat. Minyak dan gas dari Arab Saudi, Iraq dan Syria sendiri bolehlah diexport ke Eropah melalui paip yang bakal dibina nanti.
Keganasan di Iraq
Barat pernah merancang untuk memecah belah bumi Iraq kepada tiga bahagian – di utara diperintah oleh puak Kurdis, ditengah oleh Sunni dan di selatan oleh Syiah - agar menjadi negara-negara yang lebih kecil supaya mudah diperkotak-katik dan boleh mengikut telunjuk Amerika.
Bagaimanapun tindakan gila ini gagal dilaksanakan kuasa Barat ekoran dari sikap para pemimpin Iraq yang tidak mahu negara mereka berpecah dan berpotensi untuk memungkinkan rakyatnya bersengketa sesama sendiri, jika pemecahan negara itu terjadi.
Presidennya ialah Jalal Talabani dari puak Kurdis manakala Perdana Menterinya ialah Nouri al-Maliki, seorang yang bermazhab Syiah. Tetapi parlimennya dikuasai oleh para pengikut Syiah.
Namun Arab Saudi yang ingin menyekat pengaruh Iran dan fahaman Syiah bertindak untuk membiayai para pengganas untuk melakukan keganasan di Iraq. Keganasan dan pembunuhan rakyat Iraq terus berlaku sehingga hari ini walaupun Perang Telok sudah lama tamat.
Bekas Duta Amerika ke Iraq Christopher Hill berkata, Arab Saudi cuba untuk menggugat kestabilan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Nouri al-Maliki dengan menaja keganasan dengan mengapi-apikan perbezaan mazhab dan mengeluarkan fatwa bagi menghalalkan pertumpahan darah orang-orang Islam dari mazhab yang lain.
Dalam tahun 2013 ini sahaja (dalam tempuh 7-8 bulan), seramai 3,400 orang telah terkorban. Sepanjang bulan Ramadhan lalu sahaja seramai 800 orang terkorban akibat keganasan yang dilancarkan oleh al-Qaeda, golongan Takfiri dan pembunuh upahan yang dibiayai oleh Arab Saudi.
Arab Saudi juga berdepan masalah dengan Iran di bahagian timur dalam persaingan untuk menguasai Selat Hormuz dan Telok Parsi, kawasan paling strategik untuk laluan keluar masuk kapal bagi mengangkut minyak dan gas.
Keganasan di Mesir
Arab Saudi turut menaja keganasan di Mesir. Kerajaan monarki berfahaman Wahbi itu telah merancang untuk menjatuhkan Dr Mohamad Morsi sebagai Presiden Mesir sejak hari pertama lagi Morsi menjawat jawatan itu. Morsi adalah pemimpin yang mewakili gerakan Islam, Ikhwanul Muslimin.
Raja Abdullah dipercayai memberi sumbangan (baca: rasuah) sebanyak US$1 bilion kepada Ketua Tentera Jeneral Abdel Fattah al-Sisi bagi menjalankan kerja-kerja ‘kotor’ untuk menggulingkan Morsi yang dilantik secara sah dalam pilihan raya lalu.
Beliau juga membiayai golongan Salafi (Wahbi) di Mesir untuk menjadi duri dalam daging dalam gerakan Islam. Pada zahirnya mereka kelihatan seperti menyokong parti Islam, Ikhwanul Muslimin tetapi sebenarnya mereka menyokong tentera Mesir.
Kerajaan Morsi yang ingin meminda perlembagaan negara itu bagi membolehkan pelaksanaan syariat Islam hanya dapat bertahan selama setahun sahaja kerana digulingkan oleh pasukan tentera Mesir pada awal Julai lalu.
Sebaik sahaja kerajaan Morsi tumbang, Arab Saudi telah memberi sumbangan kewangan sebanyak US$5 bilion bagi membangunkan semula kedudukan ekonomi yang telah lumpuh di samping untuk membiayai perbelanjaan pasukan tentera.
Kestabilan politik Mesir merupakan ancaman kepada keselamatan Israel dan kehancuran negara Mesir bermakna jaminan keselamatan bagi Israel dan Arab Saudi sebagai sekutu rapat Barat.
Arab Saudi berjaya dalam misinya mahu melihat Mesir menjadi huru-hara dan ditimpa mala petaka apabila lebih 124 terkorban dan ribuan rakyat cedera parah Rabu lalu apabila pasukan keselamatan menyerang dua kem penyokong Morsi dekat Kaherah hingga menyebabkan pihak berkuasa mengisytihar keadaan darurat selama sebulan.
Ketika berada di Riyadh pada Jumaat lalu, Raja Abdullah berkata pendirian kerajaannya adalah bersama junta tentera Mesir apabila berdepan dengan “keganasan”. Beliau menyifatkan rakyat Mesir dan penyokong Ikhwanul Muslimin sebagai pengganas.
Kini Mesir berada di ambang perang saudara. Berita semalam, penyokong Morsi berbalas tembak dengan pasukan tentera di sebuah masjid. Jumlah mereka yang terkorban meningkat kepada 3,000 orang.
Keganasan di Bahrain
Di negara pulau Bahrain pada pertengahan bulan Februari 2011, Arab Saudi melakukan keganasan terhadap rakyat negara kecil itu dengan menghantar pasukan tenteranya bagi menghancurkan kebangkitan dan demonstrasi dari puak Syiah.
Bahrain yang mempunyai penduduk seramai 1.2 juta, majoriti (70%) adalah pengikut Syiah tetapi para pemimpinnya terdiri daripada mazhab Sunni. Pengikut Syiah bangkit dan berdemonstrasi terhadap kerajaan mereka kerana sentiasa ditindas dan sering dianaktirikan dalam pentadbiran awam.
Arab Saudi dengan kerjasama Qatar menghantar bala tentera menyeberangi tembok laut (causeway) ke Bahrain bertindak kejam dengan mengebom dan membunuh rakyat negara itu bagi membendung kebangkitan rakyat Bahrain.
Tindakan ini dipercayai dilakukan kerana perasaan benci terhadap pengikut Syiah dan pada masa yang sama mahu menyekat pengaruh Iran di rantau Telok, di samping kedudukan strategik dari segi geografi negara kerdil itu.
Perdana Menteri Bahrain Sheikh Khalifa bin Salman Al Khalifa memberi amaran keras kepada para demonstran bahawa mereka akan dihukum dengan keras jika meneruskan tunjuk perasaan dan protes.
Pada 7 Ogos lalu, Raja Bahrain Raja Hamad bin Isa Al Khalifa mengharamkan sebarang bentuk protes di ibu kota Manama. Anggota-anggota parlimen yang taat kepada Raja mereka meluluskan bil mengharamkan semua bentuk protes.
Jemaah Haji
Kita bimbang wang berjumlah berbilion dollar yang dikutip daripada Jemaah Haji dari seluruh dunia, termasuk Jemaah Haji daripada Malaysia, digunakan untuk membeli senjata dari Amerika Syarikat dan Israel digunakan untuk membunuh umat Islam di Syria, Iraq dan Mesir serta di beberapa negara Islam yang lain.
Sudah ada bukti bahawa senjata pemusnah seperti bom, senapang, misile, kereta kebal dan seumpamanya buatan Amerika Syarikat dan Israel digunakan oleh para pemberontak Syria, al Qaeda di Iraq untuk membunuh umat Islam. Peluru buatan Israel juga dijumpai di Mesir.
Namun masih ramai yang tidak menyedari tentang peranan Arab Saudi dalam membantu kuasa Barat, yang diterajui Amerika dalam membiayai perang saudara di Syria, keganasan di Iraq dan bantuan kewangan kepada tentera Mesir ini.
Perbezaan di antara mazhab Sunni dan Syiah hanya dijadikan sebagai alasan untuk memecah-belahkan umat Islam dan menimbulkan kebencian terhadap pengikut Syiah dalam usaha mereka untuk mengaut keuntungan dari dunia Islam, di samping mahu menyekat pengaruh Iran di Timur Tengah dan Afrika Utara.
Di negara ini, pengaruh kuat Wahbi tidak terkecuali. Para pendakwah dan ustaz yang terpengaruh dengan faham Wahbi ini bertindak untuk melemparkan berbagai fitnah terhadap Syiah, baik di masjid dan surau termasuk di tempat-tempat awam. Ada juga golongan ustaz dan pensyarah universiti di negara ini yang menerima ‘habuan’ (payroll) dari negara Wahbi itu.
Mereka ini tidak sedar bahawa dengan menyerang Syiah, bermakna mereka bukan sahaja bersekongkol dengan Arab Saudi tetapi menjadi ‘barua’ Amerika Syarikat dan Israel serta akhirnya menjadi musuh umat Islam sendiri. -FMT
0 orang berkata:
Post a Comment