Setev mahu kerajaan Mongolia campur tangan
SHAH ALAM - Bapa kepada mendiang Altantuya Shaariibuu nyata sedih dan
kecewa dengan keputusan mahkamah yang melepas dan membebaskan dua
individu yang dikaitkan dalam pembunuhan anaknya.
"Tiba masanya pemerintah Mongolia membuat kenyataan berhubung keputusan itu," reaksi Setev Shaariibuu, bapa kepada penterjemah yang juga seolah model yang mayatnya ditemui dalam keadaan berkecai dan dagingnya berselerakan.
Setev yang dilaporkan sudah menjangka keputusan itu bercadang akan membawa kes anaknya ke peringkat lebih tinggi, bagi menegakkan keadilan untuk mendiang anak perempuannya itu.
Menurut peguamnya, Setev mahu pemerintah Mongolia terlibat dalam urusan kes ini.
"Dia akan membuat kenyataan selepas mendapat surat rasmi daripada mahkamah Malaysia atau daripada peguamnya di Malaysia Karpal Singh," katanya dipetik dari Malaysiakini.
Ketika mahkamah mengumumkan keputusan membebaskan dua bekas anggota polis yang dituduh membunuh anaknya pada Oktober 2006, Setev dilaporkan menerima berita itu dengan perasaan sedih.
Hari ini, mahkamah membebaskan dua bekas komando polis selepas Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan mereka dan mengubah sabitan terhadap mereka atas tuduhan membunuh Altantuya.
Panel tiga hakim iaitu Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan sebulat suara membenarkan permohonan rayuan bekas ketua inspektor Azilah Hadri dan bekas korperal Sirul Azhar Umar.
Kedua-duanya sebelum ini disabitkan bersalah di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan membunuh Altantuya, 28, di hutan simpan di Shah Alam pada 2006.
Azilah diwakili peguam Datuk Hazman Ahmad dan J Kuldeep Kumar, sementara Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Redzua Merican mewakili Sirul.
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah yang mewakili responden berkata, pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan hari ini.
Sementara itu, Ketua Undang-Undang Nasional DAP, Gobind Singh Deo, berkata rayuan dibenarkan kerana kegagalan memanggil saksi material.
“Bukti terkuat sepatutnya ialah siapa yang memberi arahan dan kepada siapa ia diberikan. Bolehkah Peguam Negara beritahu kami siapa orang itu?” kata Gobind dalam akaun Twitternya.
Peguam, Karpal Singh berkata akan mendesak tuntutan tersebut didengar tidak lama lagi. Setev memfailkan tuntutan sivil RM100 juta terhadap Abdul Razak Baginda, Azilah Hadri, Sirul Azhar Umar dan kerajaan Malaysia pada Jun 2007.
Tuntutan itu ditangguhkan berikutan memberi laluan terlebih dahulu kepada rayuan yang difailkan Azilah dan Sirul. Kedua-dua anggota polis itu dibebaskan hari ini sementara Razak yang dituduh bersubahat dengan kedua-duanya itu dibebaskan pada Oktober 2008.

0 orang berkata:
Post a Comment