Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KUASA SPRM TERHAD ? DEMOKRASI ?


Bahasa

PKR sokong SPRM diberi kuasa pendakwaan penuh

August 21, 2013
Latest Update: August 21, 2013 02:38 pm
PKR menyokong Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diberi kuasa penuh pendakwaan dalam usaha mencegah rasuah dinegara ini terutama dikalangan pemimpin negara kata Nurul Izzah Anwar (gambar).

Menurut naib presiden PKR itu, cadangan tersebut dinyatakan memandangkan butiran siasatan kes rasuah yang dijalankan SPRM sebelum ini sangat kabur dan tidak diketahui umum.

"Sebelum ini kita tidak tahu berapa kes yang sedang disiasat, berapa kes yang dibawa ke mahkamah, namun dengan adanya kuasa penuh pendakwaan SPRM ini kita yakin pihak mereka dapat menjalankan tugas lebih efektif dalam mencegah rasuah," kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu kepada wartawan selepas pertemuan tertutup pemimpin PKR dan SPRM di Bangunan SPRM, Kuala Lumpur.

"Kita bersedia bekerjasama dengan SPRM, kita menyambut baik usaha SPRM pada masa sama kita memantau dan tidak takut mendedahkan penyelewangan kepada SPRM, kerana skop rasuah SPRM dinegara ini berbeza dengan negara luar.

"Ada beberapa isu yang turut dibincangkan  dalam pertemuan tersebut yang tidak dapat di beritahu sekarang namun kita akan berusaha untuk memperjuangkan isu ini," kata beliau.

Menurut Nurul Izzah, SPRM memberikan reaksi positif dan mahu politik wang dihentikan di pihak Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Rakyat (PR).

"Kita anjurkan tindakan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kastam, Suruhanjaya Pilihan Raya dan memandangkan  pemilihan parti akan berlansung tidak lagi berharap pihak SPRM dapat mengekang politik wang," katanya. - 21 Ogos, 2013.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.