"Saya sampaikan pada negara-negara Barat. Anda tetap diam mengenai hal
di Gaza, anda tetap diam terhadap apa yang berlaku di Syria... kini anda
masih diam pada pembaitaian di Mesir. Jadi kenapa anda berbicara
tentang demokrasi, kebebasan, nilai-nilai global, dan hak asasi
manusia?" kecam Erdogan lantang terhadap sikap Barat dan sindiran pedas
terhadap negara Islam lain yang berdiam diri.
“Tentera bertanggung jawab atas kudeta pembunuhan ini. Barat tidak pernah menyatakan apa yang terjadi di Mesir secara terbuka, meskipun mereka mengakui hal ini dalam pembicaraan peribadi di balik pintu tertutup,” demikian Erdogan.
Pak Karamu:
Erdogan PM Turky sudah masak dengan sikap barat yang kebanyakan fahaman mereka adalah sekular, dia sudah terlalu arif dengan percaturan sekular kerana Turky juga adalah negara pengasas fahaman sekular untuk disebarkan kenegara umat islam, ia bermula dari zaman Kamal Atartuk (anak didik barat) yang menghapuskan kerajaan islam Othmani
Pengaruh sekular (yang mengasingkan politik dan negara) berkembang biak siseluruh negara umat islam di dunia ini, pengaruh fahaman ini biasanya tidak menyebut istilah sekular akan tetapi disebut sebagai demokrasi, sama ada demokrasi terpimpin atau sebaliknya, mengikut kebiasaannya pemerintahan dimana negara sekular diamalkan mereka akan mensekularkan pasukan keselamatan sebagai melindungi kekuasaan mereka dan inilah yang terjadi di negara Mesir dan negara lain
Kebanyakan negara umat islam yang telah dijajah oleh penjajah barat yang kemudiannya telah merdeka maka kebanyakan pimpinannya telah diasuh kejalan sekular sebagai meneruskan cita-cita sekular tersebut dengan berlindung disebalik demokrasi, ianya berlaku selepas kekalahan barat pada perang salib lagi
Perlu di ingat kepada umat islam bahawa fahaman sekular ini memang anti kepada agama terutama islam dan mereka sudah tentu mempunyai pusat gerakan yang berpangkalan di barat atau pertubuhan yang besar termasuk bangsa-bangsa bersatu, sebab itu Erdogan PM Turky merasa keciwa dengan sikap barat terhadap negara umat islam termasuk Mesir, mereka memekakkan telinga apabila berlaku peperangan atau berlaku ketidak adilan sisten pemilihan rakyat atau rampasan kuasa
Fahaman sekular sentiasa memperbaiki tugas kader-kadernya diseluruh dunia termasuk menggunakan umat islam sebagai menjalankan gerakan sekularnya tidak terkecuali menguasai puast-pusat pengajian tinggi islam dunia termasuklah di Mesir, disamping itu juga mereka terus menguasai pemikiran pemimpin negara umat islam, jadi tidak hairanlah bentuk pemerintahan demokrasi diseluruh dunia ini kelihatan satu nada dan suara
Pak Karamu
0 orang berkata:
Post a Comment