Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SAH ASOBIYAH ITU SEKULAR YANG GANAS SEKALI GUS MENYOKONG RAMPASAN KUASA

Widget by Blogger Tricks

19/08/13


Fathul Bari - Iktiraf kerajaan Mesir tak semesti sokong tindakan

 Fathul Bari
SHAH ALAM – Dalam kemaraan umat Islam mendesak negara Arab lain tidak mengiktiraf kerajaan sementara Mesir, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya pula menyatakan pandangan berbeza.



Beliau yang dipetik dari akaun mikro Twitternya berkata, sokongan yang diberikan oleh negara Arab tersebut terhadap kerajaan sementara Mesir tidak membawa erti jika dibandingkan dengan kekejaman yang dilakukan terhadap rakyatnya.



“Arab Saudi yang mengiktiraf kerajaan Mesir, tak semestinya menyokong kekejamannya,” katanya.



Dalam pada itu, Fathul Bari turut mengambil contoh kerjasama yang dilakukan Pas dengan parti yang bukan berlandaskan Islam iaitu DAP dan PKR.



Katanya, kerjasama itu bukan bermakna Pas menyokong Kristian, amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan Pluralisme.



“Sepertimana orang Pas yang mengiktiraf PKR dan DAP, tak bererti sokong Kristian, LGBT dan pluralisme,” katanya.



Dalam perkembangan yang sama, pelbagai pihak terus mengecam kekejaman kerajaan Mesir termasuk negara berkuasa besar.



Sehubungan itu, ada juga pihak yang menggesa negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) campur tangan bagi menyelesaikan konflik di negara tersebut.- SH

2 orang berkata:

Unknown said...

Bodoh tahap gaban ostad UMNO nie. Dah tahu pembunuhan dan penindasan terhadap umat Islam di Mesir berleluasa, kenapa mengiktirafkan Kerajaan dan pemimpinnya? Mengiktiraf maknanye merestui maknanye sudah terlalu hampir bersekongkol dengan pemimpin laknatullah Mesir sekarang nie,maknanye sudah terlalu hampir dengan menyokong keganasan Israel terhadap Palestin dan maknanye sudah terlalu hampir menyokong pemimpin Syiah menyembelih saudara-saudara kita Ahlul Sunah Wal Jamaah di Syria. Kita nie di Malaysia yang mengaku negara Islam dan majoriti rakyatnya adalah Islam. Bukannya di Filipina, ostad oiiii.

Unknown said...

Sdr. Salman Ali, wak rasa tersentak juga bila saudara kaitkan ulasan Ustz Fathul Bari dengan negara Filipina sebab ibu wak warga Filipina, ayah wak Jawa. Wak pula sudah menetap di Luzon sejak tahun 2004 setelah berkahwin dengan ratu cantik Filipina dan kini kami dikurniakan 3 orang anak.

Walau bagaimana pun, wak masih warganegara Malaysia, beragama Islam masih bertutur bahasa Melayu walaupun wak, isteri dan anak-anak memilih bahasa Inggeris dan Tagalog sebagai bahasa hariah kami sekeluarga. Malah isteri wak memeluk Islam setahun sebelum wak melamarnya, boleh bertutur dengan fasih bahasa Melayu dan dialek Jawa. Solat dan ibadat-ibadat wajib isteri wak setakat ini, Alhamdulillah juga dan wak amat berbangga, inilah assobiyah wak terhadap isteri dan anak-anak yang telah wak laksanakan.

Setahu wak, Presiden Filipina, Nonoy Aquino dalam beberapa ucapannya mengutuk sekeras kerasnya penaklukan, pembunuhan massa dan kekejaman terhadap umat Islam di Mesir. Malah beliau juga mengutuk dengan keras pencerobohan tentera kerabat Sultan Sulu di Lahad Datu awal tahun ini.

Wak faham, ulasan ustaz setengah tiang itu tidak lebih dari pemikirant tahap tong sampah. Tapi yang yang sentimen tahap gaban ialah isteri wak seolah-olah kebodohan ustaz bahalol itu setahap dengan pemikiran warga Filipina dan itu suatu penghinaan, katanya. Yang menghairankanya ialah apa kena-mengena hingga sdr. Salman kaitkan ustaz bangang itu dengan Filipina? adakah kerana tindakan bodoh tentera kerabat Sultan Sulu maka ulasan ustaz bodoh diumpamakan sebagai kebodohan seluruh warga Filipina?

Wak nampaknya sudah menjadi celaru di sini, tak tahu apa yang patut wak jawab kepada isteri wak. Oleh itu wak mohon sdr. Salman jelaskan atau ada kalangan rakan-rakan blogger di Malaysia boleh bantu bagi pencerahan. Siapa tak syang bini ratu cantik oii......baik punya servis pula.

Apa-apapun, wak masih belum terlambat lagi untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada seluruh rakyat Malaysia beragama Islam. Wak sekeluarga di sini makan lemang kukus dalam tiub tembaga.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.