'Ada orang mahu pecahbelahkan Pas'
PUTRAJAYA - Pemuda Pas percaya kejadian pukul yang berlaku ke atas Ahli
Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad, bermotif untuk
memecahbelahkan parti.
Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata, perbuatan itu adalah jenayah pukul yang pertama kali berlaku melibatkan pemimpin Pas.
“Dalam suasana hari ini (pelbagai konflik), ada pihak cuba mengambil kesempatan untuk menajamkan jurang perbezaan tersebut.
“Saya rasa kecewa apabila kejadian keganasan ini berlaku kepada
individu tertentu yang tidak sepatutnya berlaku di negara yang aman
selama ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Suhaizan berkata, beliau mengetahui mengenai kejadian tersebut setelah
diberitahu rakan lain seterusnya menghubungi Dr Dzulkefly untuk
mengetahui kejadian sebenar.
“Ketika saya hubunginya, dia baru mahu bergerak untuk menerima rawatan
di klinik berhampiran. Dr Dzulkefly menceritakan bagaimana kejadian
berlaku apabila beliau pulang dari masjid selepas solat Subuh.
“Ketika mahu keluar kereta dari garaj rumahnya di Seksyen 7 Shah Alam,
datang dua lelaki yang dipercayai Melayu, bertopi keledar menaiki sebuah
motosikal menghampirinya dan terus menumbuk mukanya serta memukul
dahinya menggunakan sebatang kayu hingga lebam di dahi,” katanya.
Justeru, Suhaizan meminta agar pihak polis segera menjalankan siasatan
berhubung kejadian tersebut agar penjenayah dikenakan tindakan setimpal.
3 orang berkata:
Bila PAS berpecah, maka golongan profesional dan liberal yang mantap dan intelektual serta bijak berpolitik akan tinggalkan PAS. Dalam PAS yang tinggal hanya golongan "munafik" yang hanya pandai suruh orang lain berjuang dan buat kerja, tapi diri sendiri malas. Hanya tinggal golongan konservatif yang alim-alim kucing dengan rakyat. Silap sedikit kerjanya mengkafirkan sesama sendiri dan mewujudkan hukum-hakam bagi kepentingan politik sendiri. Yang peliknya, tua bangka pun masih tak tahu menilai dan meneliti baik dan buruk sesuatu perkara, waima sudah sampai ke penghujung usia.
Lantak ko lah!!! Ko duka ngan liberal... tu yang habis lingkup agama. Liberal ni sama ngan yahudi. Toksah la dok puja grup liberal tu sangat. Liberal tadak dlm Islam. Kalu ko tak suka alim-ulama dlm PAS tak yah lah memuja kumpulan liberal. Mat Sabu dulu panggil Anwar 'Al-Juburi'.. Kapal Singh tuduh Anwar Peliwat! Bila dah dpt 'reta dunia'.. Al-Juburi di tatang!!! Gila ka apa. Kalu tak nak Hadi & gang pimpin PAS... bertanding ler dlm Muktamar nanti terutama jawatang presideng. Berkokok berdegar, ekor penuh taik!!
Anon 12:49 aku rasa kaulah bapa munafik sebenarnya. Pas ditubuhkan oleh ulamak bukan gol profesional dan liberal....itu kau kena ingat...gol profesional diajak kedalam pas agar memantapkan pas bukan bawa
fahaman sekular setaraf pkr & dap....meninggalkan wadah perjuangan islam bermakna 3 ketegori sijil kau akan dapat iaitu kafir, fasiq dan zalim....melaung2 keadilan pun tak guna sbb dgn agama kau sendiri pun tak adil....tok lebai kg lebih mulia dan berguna dr gol profesional yg sekular...bila kau mati kau panggil la gol profesional ni baca doa kat kau...jgn hina ulamak dan tok2 lebai kg....mereka berjuang tak gila pangkat mcm gol profesional. Hanya sebilangan saja gol profesional & liberal yg otak sama mcm kau anon 12:49
Post a Comment