Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

POLIS SEKARANG LEMBAB ?


‘Si pelaku makin berani’
Musa Hassan
Musa Hassan

SHAH ALAM - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berpendapat bahawa penjenayah hari ini semakin berani melakukan kegiatan jenayah sehingga sanggup membunuh.

Menurut Musa, faktor utama yang menyebabkan penjenayah semakin berani adalah mereka tidak takut dengan tindakan undang-undang.

“Saya rasa sekarang mereka (penjenayah) makin berani, dulu penjenayah takut-takut. Bila berlaku pun (jenayah), kita dapat kesan secepat mungkin kerana risikan kita meluas ketika itu.

“Dahulu, kita (polis) tahu siapa individu terlibat dalam sindiket. Sampai ketua-ketua mereka pun kita tangkap sebelum ini. Jadi sekarang kita kena buat begitu balik,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau  mengulas beberapa kejadian siri tembakan yang dilakukan oleh pembunuh upahan, baru-baru ini.

Musa berkata, siasatan terhadap sindiket kegiatan haram adalah jalan terbaik untuk mengetahui siapa pembunuh upahan yang ditugaskan membunuh mangsa-mangsanya.

“Polis mempunyai maklumat berkaitan kegiatan haram. Jadi cuba siasat mereka yang terlibat. Pembunuh upahan mempunyai kaitan dengan mereka. Daripada situ mungkin dia dapat diberkas.

“Mangsa juga perlu disiasat. Dia perlu memaklumkan kepada polis jika mendapat ugutan. Mungkin dia (mangsa) tidak tahu dia ramai musuh,” katanya.

Selain menyarankan polis perlu bertindak dengan lebih berkesan, Musa berkata, kawalan di pintu sempadan negara juga perlu dipertingkatkan bagi membanteras kegiatan penyeludupan senjata api.

“Kejadian tembak yang berlaku sebelum ini, lazimnya menggunakan senjata haram. Jika halal, sudah tentu pelakunya dapat diberkas.

“Disebabkan itu, perlunya mempertingkatkan kawalan di pintu masuk di sempadan supaya penyeludupan senjata api dapat dikurangkan.

“Jalin kerjasama dengan polis Thailand supaya polis dapat maklumat dari mana senjata diperoleh,” katanya.

2 orang berkata:

Rosmah Badak said...

Sekarang nak cari penjenayah kena selalui tweeter... tweeter...

Hehehe

Rosmah Badak said...

Sekarang nak cari penjenayah kena selalui tweeter... tweeter...

Hehehe

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.