‘Si pelaku makin berani’
SHAH ALAM - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berpendapat
bahawa penjenayah hari ini semakin berani melakukan kegiatan jenayah
sehingga sanggup membunuh.
Menurut Musa, faktor utama yang menyebabkan penjenayah semakin berani adalah mereka tidak takut dengan tindakan undang-undang.
“Saya rasa sekarang mereka (penjenayah) makin berani, dulu penjenayah
takut-takut. Bila berlaku pun (jenayah), kita dapat kesan secepat
mungkin kerana risikan kita meluas ketika itu.
“Dahulu, kita (polis) tahu siapa individu terlibat dalam sindiket.
Sampai ketua-ketua mereka pun kita tangkap sebelum ini. Jadi sekarang
kita kena buat begitu balik,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau mengulas beberapa kejadian siri tembakan yang dilakukan oleh pembunuh upahan, baru-baru ini.
Musa berkata, siasatan terhadap sindiket kegiatan haram adalah jalan
terbaik untuk mengetahui siapa pembunuh upahan yang ditugaskan membunuh
mangsa-mangsanya.
“Polis mempunyai maklumat berkaitan kegiatan haram. Jadi cuba siasat
mereka yang terlibat. Pembunuh upahan mempunyai kaitan dengan mereka.
Daripada situ mungkin dia dapat diberkas.
“Mangsa juga perlu disiasat. Dia perlu memaklumkan kepada polis jika
mendapat ugutan. Mungkin dia (mangsa) tidak tahu dia ramai musuh,”
katanya.
Selain menyarankan polis perlu bertindak dengan lebih berkesan, Musa
berkata, kawalan di pintu sempadan negara juga perlu dipertingkatkan
bagi membanteras kegiatan penyeludupan senjata api.
“Kejadian tembak yang berlaku sebelum ini, lazimnya menggunakan senjata
haram. Jika halal, sudah tentu pelakunya dapat diberkas.
“Disebabkan itu, perlunya mempertingkatkan kawalan di pintu masuk di
sempadan supaya penyeludupan senjata api dapat dikurangkan.
“Jalin kerjasama dengan polis Thailand supaya polis dapat maklumat dari mana senjata diperoleh,” katanya.
2 orang berkata:
Sekarang nak cari penjenayah kena selalui tweeter... tweeter...
Hehehe
Sekarang nak cari penjenayah kena selalui tweeter... tweeter...
Hehehe
Post a Comment