Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TENTANG EMPAT SAKSI


Kepimpinan Pas di tiga negeri bebas rasuah
Kepimpinan Pas di tiga negeri bebas rasuah
Datuk Seri Abdul Hadi Awang

MARANG - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersyukur apabila parti itu yang diberi amanah untuk mentadbir negeri Kelantan dan Kedah serta Terengganu sebelum ini, tidak terbabit dengan kes-kes rasuah sehingga kini.

“Yang tak ada kes (rasuah ialah) orang Pas. Alhamdulillah, orang lain ada kes. Pemimpin Pas Kelantan tak ada kes, kita memerintah Kedah, Ustaz Azizan tak ada kes.

“Yang ada kesnya (ialah) Umno dan sekarang DAP pun ada kes,” katanya yang ditemui pemberita di kediamannya di Rusila.

Sementara itu, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang, turut mengulas soal saksi yang perlu dikemukakan terhadap kes-kes jenayah dalam Islam.

Menurutnya, bagi kes zina dan liwat yang dibawa ke mahkamah syariah, perlu dikemukakan seramai empat saksi.

“Cumanya bagi menjelaskan dalam kes (syariat Islam) ini, kalau zina empat saksi, liwat pun para ulama berkata (perlukan) empat orang saksi.

“Saksi itu pula mestilah saksi yang adil. Adil ini (ialah) yang beriman dan budiman, yang percaya kepada dosa dan pahala khususnya, kalau saksi yang tidak percaya kepada dosa dan pahala, itu tak sah,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, saksi itu pula mestilah berakhlak yang tidak melakukan dosa besar dan dosa kecil dan juga mempunyai ‘maruah’.

“Contohnya (tak boleh menjadi saksi) kalau orang yang bercakap dia loose yang jenis bercakap apa sahaja. Itu tak boleh (menjadi saksi), ini perincian syarat menjadi saksi dalam Islam, dalam semua kes,” katanya.

Oleh sebab itu, katanya, dalam Islam adalah amat payah untuk menjatuhkan apa-apa hukuman kerana hukumannya adalah sangat keras.

1 orang berkata:

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.