Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AKIBAT TERLAMPAU BANYAK BERPOLITIK


Penganalisis: PKR sudah tidak relevan di Sabah
PKR

SHAH ALAM - Pengumuman pemimpin PKR Sabah yang keluar daripada parti dengan alasan hilang keyakinan terhadap kemampuan mengundang persoalan ramai.

Penganalisis politik, Md Shukri Shuib berkata, tindakan tersebut menunjukkan kesetian dalam politik pembangkang di Sabah tidak konsisten.

“Sabah sememangnya terkenal dengan sikap dan budaya para pemimpinnya yang sukar untuk setia dengan satu parti.

“Tradisi lompat parti oleh para ahli politik di Sabah kelihatan masih lagi berakar umbi hingga hari ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Beliau juga turut mengatakan bahawa perkara ini berubah apabila wujudnya Umno di Sabah.
“Jika dilihat, hanya dengan tertubuhnya Umno di Sabah, barulah nampak wujudnya elemen pemantapan politik  yang mantap di negeri itu,” tambahnya lagi.

Katanya lagi, tanpa sokongan kumpulan pemimpin elit politik kaum di Sabah, PKR akan lenyap pengaruhnya di negeri itu.

“PKR seperti sudah tiada nilai politik di Sabah, rakyat di sana sudah ada platform lain yang lebih mudah diterima masyarakat,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, apa yang dilakukan pemimpin PKR di Sabah menunjukkan isyarat merah buat PKR untuk melupakan soal peluasan pengaruh mereka di Sabah.

“Saya berasakan sudah tiba masanya untuk PKR melupakan Sabah dan fokus sahaja pada negeri di Semenanjung.

“Seharusnya pemimpin PKR hanya memerhatikan sahaja ahli politik Sabah dan Sarawak  menentukan gaya politik mereka sendiri,” katanya.

Di samping itu, beliau juga turut membandingkan cara Umno menangani situasi ini berbanding dengan PKR.

“Lihat sahaja Umno, tanpa ada cawangan di Sarawak  pun parti itu masih mampu berdiri sebagai kerajaan di peringkat negeri dan pusat.

“Siapa kata setiap parti perlu wujud di semua wilayah? PKR harus jadikan ini sebagai pengajaran dan menjadi lebih realistik serta percaya pada sekutu mereka yang lain,” katanya mengakhiri bicara.

1 orang berkata:

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.