Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DAH PAYAH NAK PERCAYA, MUNGKIN ADA DAH TERKENA ......HMMMM MEMANG PAYAH !!!

Kenyataan PM tentang berhemah sukar dipercayai
Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man

SHAH ALAM - Hujah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, mengenai kerajaan akan mengurus kewangan negara secara bertanggungjawab dan berhemah didakwa sedap didengar, namun rakyat sukar mempercayainya.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, negara diancam dengan ketirisan dan rasuah yang sistematik di bawah pemerintahan yang diterajui Umno.

"Rampasan RM114.5 juta oleh SPRM daripada dua pegawai kanan sebuah agensi kerajaan di sini, yang didakwa menyalahgunakan kuasa membabitkan projek infrastruktur bernilai RM3.3 bilion di Sabah baru-baru ini yang disifatkan sebagai ikan kecil oleh pelbagai pihak adalah bukti kepada perkara ini.

"Bayangkan berapa banyak duit yang boleh dijumpai kalau mereka tergolong antara ikan-ikan jerung," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Najib semalam yang dipetik sebagai berkata kerajaan mahu menghulurkan sebanyak mungkin bantuan dan manfaat untuk rakyat dalam Bajet 2017 namun pada masa sama mengurus kewangan negara secara bertanggungjawab dan berhemah.

Tuan Ibrahim berkata, peruntukan Jabatan Perdana Menteri meningkat dari RM13 bilion ke RM20 bilion dari tahun 2012 ke 2016, dan angka ini dijangka meningkat di 2017.

"Yang menyedihkan ialah sementara bajet JPM meningkat, bajet untuk rakyat seperti pendidikan pula dikurangkan.

"Jika PM serius mengenai perbelanjaan negara, selain perbelanjaan berhemah, perbelanjaan negara juga perlu tepat ke sektor yang menjana peluang pekerjaan seperti sektor tenaga bersih, infrastruktur, syarikat kecil dan terutamanya sektor pendidikan yang membina rakyat dan negara untuk jangka masa panjang, dan bukannya JPM," katanya.

Oleh itu, katanya Najib usah risau dengan pengurangan bajet JPM di 2017 asalkan beliau terus memastikan rasuah dibanteras.

"Bukankah membanteras rasuah lebih mudah daripada menaikkan GST? Dua-duanya menjana pendapatan, cumanya satu disokong rakyat dan satu lagi bakal dikutuk rakyat habis-habisan," katanya.

4 orang berkata:

Anonymous said...

Knapa dgn titm ni?
Knapa ayat dia lain dgn ayat tuang presdeng?
Mana blh macam turr...

Anonymous said...

Knp titm yg selalu hentam najib si ketua penyamun bukannya hadi si tuang presideng parti jual agama?

Anonymous said...

Ini yang kita mahu...sejajar dgn perjuangan pas menolak pemimpin yg korup. Bukan mcm hadi

Anonymous said...

So jgn jadi si jamban al unta buat sidang media masa berak. Bela si korupsi...takut kehilangan dedak makanan asasi nya

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.