Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JANGAN, JANGAN, JANGAN BERSELINDUNG DISEBALIK SEBAB, PAN JUGA ZALIM


Ada sebab kenapa Amanah terus pujuk Pas


SALAHUDIN-AYUB 




SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah), mengalu-alukan hasrat mana-mana pihak untuk terus memujuk Pas bersama parti-parti politik pembangkang di negara ini bagi bertanding menentang BN dalam pilihanraya umum akan datang.

Timbalan Presidennya, Salahudin Ayub berkata, pembangkang masih mempunyai waktu untuk membuktikan kepada rakyat negara ini bahawa mereka telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memujuk Pas.

"Ini sangat penting supaya biar rakyat faham dengan jelas di kemudian hari nanti parti manakah yang sebenarnya merosakkan segala impian dan harapan untuk menolak BN," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, Amanah juga ingin tegaskan walaupun pintu rundingan sentiasa terbuka luas namun batas waktu perundingan mesti ditentukan supaya segala keputusan dan penentuan hala tuju dapat dimuktamadkan dengan segera.

"Kekuatan sedia ada iaitu Pakatan Harapan dan Bersatu yang telah dibina dan mula mendapat keyakinan rakyat mestilah diperkukuhkan lagi sebagai asas untuk membina permuafakatan politik yang lebih besar," katanya.

Mengulas lanjut, Salahudin berkata beliau yakin dan percaya bahawa rakyat telah terdidik dan mempunyai maklumat yang cukup untuk memberikan sokongan kepada parti-parti politik yang telah jelas menzahirkan pendirian mereka untuk menentang kezaliman BN.

"Rakyat akan menolak parti yang bersama dengan kezaliman BN walaupun berhempas pulas menyatakan mereka tidak bersama BN," katanya.

13 orang berkata:

Anonymous said...

Perbezaan Minda dan pemikiran antara pimpinan di bawah dan diatas didalam PAS ketika ini
Setiap hari semakin banyak isu semasa yang perlu kepada penjelasan pimpinan Pas atasan. Pimpinan Pas bawahan menunggu dengan penuh sabar. Sekiranya tidak dijawab, maka seolah-olah pihak atasan mengesahkan segala perkara yang dibangkitkan oleh parti serpihan Pas iaitu Parti Amanah Negara (Pan) dan Dato Husam Musa adalah benar.

Pimpinan Pas bawahan sudah banyak kali berpesan sebelum ini supaya beringat dengan Dato Husam ini. Tindakan pecat Dato Husam ibarat serah ulu golok kepada pihak Amanah dan Pas pegang mata golok yang tajam. Pas akhirnya terluka dan menderita.

Segala maklumat dalaman parti dan kerajaan negeri serta hubungan baik dengan jentera parti dan kerajaan menjadikan maklumat dan hujjah anak buah alMarhum Tok Guru Nik Aziz ini sukar untuk dipatahkan. Parti Pan mendapat semangat baru dengan kemasukan Dato Husam. Hampir setiap hari DH turun mengadakan majlis dialog dan menubuhkan cawangan amanah di seluruh Kelantan.

Kalau isu pejabat Pas Dun Salor yang bertukar warna oren sudah jadi isu makan diri Pas sehingga seorang pemimpin Pas digelar sebagai pembohong apabila mendakwa tanah asal pejabat dun salor tersebut adalah tanah kerajaan. Bukti dokumen geran tanah dan saksi bekas Adun Salor Dato Rosli menafikan sebaliknya.

Isu balak yang terbaru lebih merungsingkan pimpinan bawahan kerana ianya ibarat bom jangka yang menunggu mangsanya. Senarai pembalak yang rapat dengan pimpinan atasan sudah dibongkar sedikit demi sedikit oleh Dato Husam. Dokumen-dokumen penting dijangka dikeluarkan selepas ini bagi membuktikan ada pimpinan Pas atasan yang juga mendapat habuan dari tauke-tauke balak ini.

Pas dijangka akan terus tersepit apabila Usul RUU 355 tidak dibentangkan dalam persidangan Parlimen dalam bulan Oktober sebagaimana diwar warkan sebelum ini. Ahli-ahli Parlimen Pas akan diperhatikan setakat mana mampu berhujah mempertahankan usul Ruu A355 tersebut oleh tuan guru Presiden sendiri. Jangan pula ada yang menyokong sambil duduk sahaja tanpa berani bangun berhujah dengan puak sekular umno, mca, mic, dap dan parti-parti dari Sabah dan Sarawak yang telah isytihar menolak Ruu 355 tersebut.

Tiada isu lain lagi bagi Pas untuk terus menuduh Dap sebagai anti Islam sekiranya Ruu 355 ini gagal. Isu penyelewengan 1mdb dan persempadanan semula pilihanraya Pas masih senyap tanpa suara dan tindakan. Amat pelik apabila Bersih 5 juga Pas tidak akan sertai pada kali ini dalam keadaan parti-parti lain membuat bantahan persempadanan pilihanraya yang dijangka memberi kelebihan kepada Umno-Bn.

Apa nak jadi tentang nasib masa depan Pas, pimpinan Pas bawahan hanya tunggu dan lihat. Sekiranya jawapan diberi tidak memuaskan hati, maka jangan harap kita kekal istiqamah dengan Pas. Kemungkinan besar kita juga akan berhijrah ke arah parti baru ( Pan dan Bersatu) yang jelas akan menolak parti zalim Umno-Bn sebagaimana kehendak alMarhum Tok Guru Nik Aziz sejak dulu lagi.

Pemimpin Pas Bawahan

Anonymous said...

Terbaik bohhh

Anonymous said...

Weii walaunte....
Balik la tanam durian kunyit kat hutan tu. Kalu nasib baik bole dapat balak.

Anonymous said...

Kawe ni respek parti walaunta sebab apa tau?

1. Sbb suka mengkapirkan org
2. Sbb suka membaruakan org
3. Sbb bertanding tak nak menang
4. Sbb ada no parti masok sorga
5. Sbb bole kebas balak bapak dia
6. Sbb selalu uturn
7. Sbb suka mengkapirkan org
8. Sbb bodo

Anonymous said...

Kalau sokong ruu 355 rekaan walaon2 tu boleh kompom masuk syurga ker?

Saja tanya...

Anonymous said...

Kalau gabungan PIGS menang, kita kena jaga hutan simpan kita 24 jam sehari. Takut kena songlap....

Anonymous said...

Ada tengganu, tengganu jatuh. Ada kedah, kedah jatuh. Ada perak, perak jatuh. Ada klate kompon akan jatuh.

Ada telo 2 bijik pun nak jatuh jugak.

Anonymous said...

Musang pun ada yg berjanggut jugak. Orang panggil dia musang berjanggut.

Anonymous said...

Sapa dah makan dedak tolong tutup mulut rapat2. Jangan gatal mulut nak suruh saman

Anonymous said...

Org iran datang sini pun dia senyap aje. Kalau tak tu mulut dia la yang pung pang pung pang

Anonymous said...

Berak berdarah adalah buasir?

Masyarakat adakala malu atau segan untuk membincangkan topik yang berkaitan dengan najis. Bagi sesetengah golongan isu ini adalah rahsia dan tidak patut dikongsikan bersama. Malah ada yang menyimpan ‘rahsia’ kejanggalan najis mereka sehingga ianya mendatangkan kesan yang mudarat kepada diri mereka sendiri. Ada juga pesakit yang sering membeli ubat di farmasi dengan mempunyai persepsi berak berdarah adalah hanya buasir dan itu adalah normal. Malangnya persepsi pesakit sering salah, pemeriksaan lanjut oleh doktor adalah disarankan bagi mengelakkan komplikasi. Satu kajian populasi yang dilakukan di Australia menunjukkan 47% pesakit merasakan berak berdarah itu tidak perlu dirisaukan. Malahan 37% populasi kajian tidak pernah melihat warna najis sendiri dan 43% membuat rawatan sendiri sebelum mendapatkan nasihat doktor.

Anonymous said...

http://greenboc.blogspot.my/2016/10/alasan-baharu-nasruddin-belum-bayar.html?m=1

Anonymous said...

Serban besar tapi kaki fitnah.
Bayar la hutang tu.
LGE tunggu duit lu utk bayar mahkamah la.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.