Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JIKA GAGAL DI SIDANG KALI INI ELOK LA TUTUP KEDAI, DARI SENARAI 4 TETIBA SENARAI KE 7. MEMALUKAN !!!

RUU 355 JADI ISU LAWAK - Pak Karamu
 
SU Hadi jawab isu 'balik awal'‎
Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang
 
KUALA LUMPUR ‎- Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Marang, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menjelaskan ‎Datuk Seri Abdul Hadi Awang keluar awal daripada Sidang Dewan Rakyat hari ini, kerana ada urusan lain.

"Tuan Guru (Abdul Hadi) keluar awal kerana ada urusan," katanya ringkas  kepada Sinar Online hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan isu kepulangan awal Hadi daripada Sidang Dewan Rakyat hari ini, selepas Usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta 355 yang menjadi tumpuan banyak pihak sebelum ini untuk dibentangkan oleh Hadi tidak berjaya dibentangkan semalam.


Sementara itu hari ini, menyaksikan  usul tersebut jatuh ke senarai ketujuh aturan mesyuarat selepas tersenarai pada kedudukan keempat pada hari pertama Parlimen bersidang semalam.

Sementara itu, Hadi hadir hari ini kira-kira sejam dan sempat berhujah mengenai isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebelum bergegas keluar daripada Sidang Dewan Rakyat.

Sejurus keluar daripada Dewan Rakyat, Abdul Hadi diserbu oleh wartawan, namun sedikit hampa apabila beliau hanya berdiam diri dan tersenyum.‎

Tidak lama kemudian, Abdul Hadi mengangkat tangan beliau, sebelum berlepas pergi menaiki kereta untuk meninggalkan bangunan Parlimen.

‎Sementara itu, Ahmad Samsuri ketika ditanya lanjut mengenai RUU 355, beliau menyampaikan keyakinan bahawa usul itu akan dibentangkan nanti.

‎" Tentang pembentangan RUU 355, kami (Pas) optimis masa dan ketika akan tiba, insya-ALLAH," katanya.

Persidangan Parlimen kali ini akan berakhir pada 24 November ini.

10 orang berkata:

Anonymous said...

Bersabatlah pak karamu.
Yg baik bukan mudah utk diperoleh.
Perlukan istiqamah.
Sejak 1957 (1965) dah usaha, tak kan nak tutup kedai.

Kita belajar sesuatu drp umno hari ini supaya tidak dipatuk lagi.

Anonymous said...

Boleh ubah2 kedudukan pulak yer?
Cam nak kena patuk kali ketiga je ni.

Sabor aje la.
Jgn putus asa.
Dugaan Nabi Nuh dulu lagi hebat.

Anonymous said...

Aku seronokkkkkkkkkkkk sangat kalu menteri2 tu letak jawatan.

Seronokkkkkkkkkkk sangat2...

Anonymous said...

Untuk kuatkan islam di negara kita, pas perlu bergabung dengan umno. Tg hadi tolong jangan ikut sangat kepala batu tu. Nak berpolitik tu tak salah, tapi biarlah bijak strategi. Klu pas gabung umno barulah islam jadi kuat.

Kalu sayang agama laa.

Anonymous said...

Klu besok turun lagi, rasa2 mcm tak sempat kot.

Org atas dah tersepit. Sokong hilang geng & hilang undi cina india. Tak sokong nampak menipunya.

Tak tido malam wooo

Anonymous said...

Amanah ngan pkr pun bingung kepala jugak. Sokong kalu hilang dap. Tak sokong kalu memang tak patut sebab hang tu islam. Org islam tak kan nak sokong usaha mahkamah syariah.

Tak tido mlm la dol....

Anonymous said...

Pas joint Umno utk Melayu dan islam? Bangang betulll.. Klu umno tu satu entiti parti tunggal mcm bersatu,parti kuali atau pkr logiklah.Klu Pas joint Umno maknanya kena ikut coalation dlm BN yg ada MIC, GERAKAN, MCA dan lain2 parti suku kaum Sabah/Serawak yg semuanya anti islam mcm DAP... Lbh cantik klu untuk melayu-islam umno yg kena joint pas.. Baru betulll

Anonymous said...

Sama aje..pas join umno ker, umno join pas ker, tak ada beza. Klu umno join pas pun, dia cam tu. Klu pas join umno pun, dia cam tu.

Join aje la bior jelas.
Main sembunyi2 cam tu tak best laa...

Anonymous said...

Kalau umno join pas, presiden pas jadi pm. Presiden umno jadi tpm.

Korang tak nak ke?
Peluang baik tu...
Tak payah la nak sapu balak lagi.

Anonymous said...

Pas tetap perjuangkan islam sapa yang nak join pas kena ikut islam kalau tak tak payah.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.