Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MUFTI PERAK JUGA PERLU GESA TOLAK SYI'AH DAN WAHABI


Pas sambut baik gesaan mufti
Pas sambut baik gesaan mufti
Razman (tiga, kanan) bersama barisan pimpinan Pas Perak gembira sokongan diberikan Harussani (dua, kiri).

IPOH - Pas Perak sambut baik sokongan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria terhadap Rang Undang-undang (RUU) Persendirian Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016 yang dibentangkan Mei lalu.

Pesuruhjayanya, Razman Zakaria berkata, sokongan itu menguatkan lagi usaha parti berkenaan untuk membawa usaha memperkasa perkara berkaitan umat Islam.

“Alhamdulillah beliau menyokong isu RUU 355 tidak perlu dipolitikkan kerana ia adalah tanggungjawab semua umat Islam,” katanya.

Sebelum itu, beliau bersama pimpinan Pas Perak membuat kunjungan hormat ke Pejabat Mufti Perak, di sini.

Razman berkata, dalam pertemuan selama dua jam itu, Harussani berkongsi cerita bagaimana usaha generasi terdahulu yang mahu menaik taraf mahkamah syariah.

“Beliau sokong usaha Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminda Akta RUU 355 dalam persidangan Parlimen kerana ia adalah tanggungjawab seorang pemimpin Islam,” katanya.

Razman berkata, Harussani turut merakam ucapan tahniah atas pelantikan Hashim Jasin sebagai Mursyidul Am Pas.

Katanya, Harussani mengakui pernah bergandingan dengan Hashim dalam program untuk pembentangan berkaitan isu umat Islam.

“Beliau menyatakan Hashim memang layak diberikan kepercayaan kerana ilmu yang dimiliki serta keperibadiannya sesuai berada di tempat terbabit malah beliau (Harussani) pernah duduk semeja membincangkan mengenai kertas kerja berkaitan hal ehwal umat Islam Malaysia,” katanya.

2 orang berkata:

Anonymous said...

CADANGKAN SUPAYA DIA JUGA TOLAK PUAK TAKFIRI. ALLAH BENCI PUAK TAKFIRI. ADA DLM QURAN SEBUT. PUAK NI BAHAYA MCM SYIAH DAN WAHABI JUGAK.

Anonymous said...

Kafir (bahasa Arab كافر kāfir; plural كفّار kuffār) secara harfiah bermaksud orang yang menyembunyikan atau mengingkari kebenaran. Dalam terminologi kultural perkataan ini digunakan dalam agama Islam untuk merujuk kepada orang-orang yang mengingkari nikmat Tuhan (Allah) (sebagai lawan dari kata syakir, yang bermaksud orang yang bersyukur). [1]

Kafir berasal dari perkataan kufur yang bermaksud ingkar atau menolak.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.