Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

mungkin rakyat marah sebab pembangkang tamak dan bersifat ego

‘BN akan menang besar PRU14’
Prof. Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman
Dr Mohammad Redzuan

“BN akan menang besar PRU14,” kata Prof. Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman,  seorang ahli akademik yang cukup dikenali kerana hasil kajiannya yang kadang kala mencetuskan kontroversi. Kerana bertegas dengan prinsip ketelusan dan pertanggungjawaban akademiknya, Mohammad Redzuan terpaksa keluar meninggalkan biliknya sebagai Pengarah UMCEDEL (Pusat Kajian Demokrasi & Pilihan Raya Universiti Malaya) - yang beliau sendiri tubuhkan - apabila hasil kajiannya tidak memihak kepada pemerintah.

Begitupun, beliau tidak menoleh ke belakang dalam memacu integriti dan kredibilitinya sebagai ahli akademik. “Akademik, adalah mengatasi politik,” katanya kepada Editor Sinar Harian, MUHAMAD MAT YAKIM dan jurufoto, AFIQ RAZALI di pejabat Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Shah Alam, baru-baru ini.

Mohamad Redzuan kemudiannya bercakap panjang mengenai isu-isu persempadanan semula kawasan pilihan raya yang menjadi topik panas seminggu dua ini. Beliau juga turut menyentuh beberapa isu lain dalam pertemuan yang penuh mesra.

Bagaimana Prof. melihat cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya kali ini?

Sejarah menunjukkan bahawa setiap kali dibuat persempadanan, BN akan mencatat kemenangan besar. Kemenangan yang dicapai BN pada 2004, kebanyakan orang anggap bersebab dengan faktor Pak Lah semata-mata. Sebenarnya tidak. Pak Lah hanyalah salah satu faktor.

Pada PRU 2004,  banyak kerusi yg dimenangi pembangkang dalam PRU 1999 dirampas semula oleh BN bukan kerana faktor Pak Lah. Sebaliknya kerana persempadanan semula. Saya ambil contoh bagi Dun Kajang. Mengapa Dr. Shafie Abu Bakar, (Adun Pas Kajang 1999-2004)  kalah di Dun ini? Kenapa pula Kak (Datuk Seri Dr.) Wan (Azizah Wan Ismail) di Permatang Pauh mendapat undi yang jauh merosot jika dibandingkan dengan kemenangan yang dicapai dalam  PRU 1999? Dan apa yang berlaku di Terengganu (apabila BN mengambil alih pemerintahan negeri dari tangan Pas)?

Ternyata persempadanan merupakan faktor yang mencorakkan keputusan yang berlaku.

Sebagai contoh di Dun Kajang, apabila kami membuat ground mapping, didapati terdapat dua peti undi dengan pengundi campuran yang dimasukkan dalam Dun Kajang. Peti undi ini juga boleh dimasukkan ke dalam Dun Dusun Tua. Dalam kata lain, jika peti undi itu boleh memenangkan BN di Dusun Tua, ia boleh dimasukkan ke Dun Dusun Tua. Kalau boleh membantu memenangkan mereka di Dun Kajang, akan dimasukkan ke Dun Kajang. Ini merupakan penyumbang kepada kekalahan Pas di Dun Kajang pada 2004. Walau bagaimanapun, sejak PRU 2008,  ini sudah tidak relevan kerana kawasan yang mempunyai undi campuran tidak lagi memihak kepada BN.

Persempadanan memang dibuat untuk memenangkan BN?

Pada PRU 2004, ramai orang Melayu memihak kepada pembangkang berikutan Peristiwa Mata Lebam. Orang Cina pula solid kepada BN. Persempadanan 2004 dibuat dengan membanyakkan kerusi campuran dengan pengundi Melayu dan bukan Melayu  pada nisbah 60:40 atau 55:45. Ini membawa kepada banyak kawasan campuran diwujudkan terutama di pantai barat Semenanjung.

Pada pilihan raya 2008, kawasan campuran memihak kepada pembangkang (BN tewas). Jadi persempadanan yang baharu ini perlu dibuat mengikut kelompok. Kaum Cina satu kelompok, Melayu satu kelompok.

Contohnya,  di kawasan Parlimen Seputeh. Kalau dahulu (DAP) menang di situ dengan mendapat undi yang besar, sekarang BN tidak kisah kalau DAP menang dengan mendapat undi yang lebih besar kerana kawasan ini adalah majoriti Cina. Apa yang mereka buat ialah beri tumpuan di Parlimen Lembah Pantai. Ini dilakukan dengan membawa masuk kawasan polis (Bukit Aman) dicampur dengan kawasan Melayu di Pantai Dalam. Dengan cara itu, mereka akan dapat (menang) Lembah Pantai.

Kawasan-kawasan lain?

Titiwangsa, sukar untuk Pas menang balik. Bandar Tun Razak memang sukar nak dibuat persempadanan semula atas sebab kawasan itu agak padat. Bagi kawasan Parlimen Lembah Pantai, saya boleh katakan sukar bagi pembangkang mengekalkan kerusi ini. Dengan anggaran 6,000 undi polis Bukit Aman masuk (Lembah Pantai) dan pertambahan pengundi baharu, harapan YB Nurul Izzah untuk mengekalkan kawasan berhadapan laluan sukar.

Mengapa Prof. kata begitu?

Keadaan tidak sama dengan 2004. Kalau dahulu, apabila dibuat persempadanan, orang terima sahaja tetapi sekarang, selain SPR, orang lain pun ada kepakaran membuat kajian. Sebagai contoh kami juga boleh buat ground mapping sama seperti yang SPR buat bagi mengetahui apa yang dilakukan dengan kawasan yang baru dibentuk.

Dari segi pendedahan media, masyarakat kita juga sudah terbuka. Sebelum 2004, parti pembangkang tidak memberi perhatian serius tentang persempadanan tetapi sekarang,  mereka sudah tahu bagaimana nak protes malah boleh membuktikan sebab mereka tidak puas hati.

 Dalam soal ini, apa yang kita pentingkan adalah masyarakat mahukan ketelusan dan keadilan.

Masyarakat boleh menerima siapa sahaja yang menang pilihan raya, siapa yang menang akan disokong untuk memerintah tetapi biarlah kemenangan itu diperoleh dengan cara jujur.  Kalau menang dengan cara tidak jujur, memerintah tidak mempunyai legitimasi dan cenderung bertindak secara sewenang-wenangnya. Rakyat dikaburi dengan alasan pemerintah sudah mendapat mandat.

Apa yang sedang berlaku ini, bagi saya boleh dianggap seperti satu penyelewengan. Ini jenis penipuan yang dihalalkan. Mereka akan beritahu “kami menang pilihan raya, dapat banyak kerusi, dapat banyak undi” tetapi realitinya?

Mereka menang dengan cara yang tidak gentleman. Saya yakin majoriti rakyat  mendukung amalan demokrasi, mereka terima siapa yang mendapat mandat rakyat, satu undi menang pun kena terima, itu kematangan demokrasi tetapi biarlah dengan cara yang baik.

Bagaimana pula dengan tempoh berkempen?

Selain persempadanan, faktor lain dalam amalan demokrasi juga mempengaruhi keputusan pilihan raya. Tempoh masa berkempen juga terbukti menentukan keputusan PRU.

Antara ‘kesilapan’ besar Pak Lah ialah membenarkan kempen 13 hari pada PRU 2008. Zaman Mahathir, hanya sembilan hari sahaja berkempen dalam PRU  1999. Kalau tempoh berkempen dalam PRU ini dibenar dua minggu, kerajaan Mahathir boleh tumbang pada waktu itu.

Pada 2008, dari segi undi popular, kajian menunjukkan sebanyak tiga peratus sokongan untuk BN menurun setiap hari pada minggu kedua kempen. Kalau kempen pilihan raya 2008 dibuat selama 16 hari, BN hilang lebih banyak kerusi.

Saya pernah membuat kajian yang khusus tentang  The Trail of Anwar Ibrahim, di mana (Datuk Seri) Anwar Ibrahim berkempen di seluruh negara dalam PRU 2008. Hampir semua kawasan di mana Anwar turun berkempen sama ada jatuh ataupun jika BN menang, dengan majoriti tipis. 

Dari Perak, Kedah dia terus ke Pahang. Dari Pahang balik ke Kuala Lumpur. Sebagai contoh,  Parlimen Padang Rengas berkemungkinan jatuh jika Anwar sempat berceramah kerana di kawasan tersebut. Anwar dijadualkan berceramah di  Kampung Stesyen yang mempunyai 3,000 pengundi Cina dalam kerusi Parlimen Padang Rengas tetapi terpaksa membatalkannya pada saat akhir kerana beliau sampai ketika jam sudah melewati pukul 12 tengah malam. Kalau Anwar berceramah di situ malam itu, ada mungkin (Datuk Seri) Nazri (Aziz) juga kalah. Ini adalah kelebihan ‘aura politik’ yang ada pada Anwar Ibrahim berbanding dengan pemimpin politik yang lain.

 Dengan persempadanan ini, Lim Kit Siang pun saya percaya mungkin kalah kalau terus bertanding di Gelang Patah. Johor, Selangor dan Negeri Sembilan paling banyak kerusi campuran. Sekarang kerusi campuran dikurangkan (melalui persempadanan semula) dan dibanyakkan kerusi sama ada pengundi Cina sahaja ataupun Melayu sahaja.

Ini akan mendorong kepada berlakunya perebutan sesama parti pembangkang. DAP ambil kawasan PKR, PKR nak bertanding mana? Kawasan Melayu pula, Pas kata itu kawasan mereka. Macam mana pula dengan Amanah dan Bersatu? Jadi, ini akanmembantu kemenangan BN.

4 orang berkata:

Ibu.Karina Safah said...

PENGAKUAN SAYA BERSAMA KELUARGAKU INI BUKAN CERITA ATAU PUN REKAYASA BENER-BENER TERBUKTI SAMA SAYA.

Terima kasih sebesar-besarnya yang kami ucapkan kepada mbah warjoh yang telah memberikan keberhasilan dan keberuntungan bagi keluarga saya.berkat bantuan beliau saya sekarang sudah hidup tenang karena suamiku sudah punya usaha tambak yang luasnya sekitar 5 hektar kurang lebih. begitupun juga saya dirumah buka warung sembakau dan sekarang pun saya sekeluarga tidak di kejar-kejar hutang lagi. mulanya keluarga Kami di berikan angka gaib hasil ritual dari mbah warjoh yang sangat Jitu 100% dijamin tembus.sehingga keluarga saya sekarang merasa tenang lagi.sekali lagi terima kasih mbah jasamu dikeluarga saya tidak akan terlupakan.Jika anda butuh angka gaib hasil ritual mbah warjoh silahkan Tanyakan aja Pada mbah dinomer hp beliau di: 0851 4534 4218 atau silahkan KLIK DISINI Terima kasih.



PAK.KARTA RUSDIANTO said...

KISAH NYATA DARI SAYA BPK.KARTA BUKAN REKAYASA INI BETUL2 NYATA DIKELUARGA KAMI.
Assalamualaikum wr.wb,saya BPK.KARTA seorang buruh tani di madium jawa timur ingin mengucapka banyak terimah kasih kepada KI WARSA atas bantuan AKI. kini impian saya selama ini sudah jadi kenyataan dan berkat bantuan KI WARSA pula yang telah memberikan angka gaib hasil ritual beliau kepada saya yaitu 4D dan alhamdulillah telah berhasil memenangkan 5x berturut turut tembus.sekali lagi makasih yaa AKI karna waktu itu saya cuma bermodalkan uang cuma 200 ribu dan akhirnya saya menang.Berkat angka gaib hasil ritual AKI WARSA saya sudah buka usaha matreal di jakarta dan istri saya juga buka butyk baju dimall mangga dua. Kini kehidupan keluarga saya jauh lebih baik dari sebelumnya,bagi anda yg ingin seperti saya silahkan HUB/SMS AKI WARSA di nomor hpnya di: 0852 4968 9269 atau KLIK DISINI dan ramalan AKI WARSA memang memiliki ramalan GAIB” yang dijamin 100% tembus.
KARNA RASA HATI YANG GEMBIRA MAKANYA NAMA BELIAU SAYA CANTUNKAN DI INTERNET…

*angka ritual gaib singapura

*angka ritual gaib hongkong

*angka ritual gaib malyaisia

*angka ritual gaib sidney

*angka ritual gaib kuda lari.

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI berikan 4D/ angka [] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI insyaallah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI MUPENG,,di No (((_0852 9445 0976 _)))atau KLIK DISINI, insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 275 JUTA , wassalam.dijamin 100jebol saya sudah buktikan...sendiri....Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!1"Dikejar-kejar hutang2"Selaluh kalah dalam bermain togel3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya tapi tidak ada satupun yang berhasil. 4d 5d 6d Solusi yang tepat jangan anda putus asah... AKI MUPENG akan membantu anda semua dengan Angka ritual/GHOIB:butuh angka togel 2D/ ,3D/, 4D/ 5D/ 6D/ SGP / HKG / MALAYSIA / TOTOMAGNUM / dijamin100jebol Apabila ada waktu silahkan Hub: AKI MUPENG DI NO: (((_0852 9445 0976 _)))ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D/ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/6D/ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/6D/ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/ 6D/ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILANDANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D 6D/»0852 9445 0976 ..

Anonymous said...

Prof dedak buat kajian dlm konteks sempit.
Kau kaji pasal lembu tak mahu berkongsi kandang tapi kau tak kaji pulak lembu yang dah muak makan dedak!

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.