Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ORANG ATAS-ATAS, ORANG BERUANG TAK DE HAL, ORANG SUSAH KENA LA KERJA KERAS !!!

Deklarasi Rakyat: Tunggu keputusan Majlis Raja-Raja
 Mahfuz Omar
Mahfuz Omar

ALOR SETAR - Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang bermula hari ini dilihat amat penting untuk raja-raja menterjemahkan kuasa dan ungkapan ‘Raja dan rakyat berpisah tiada’ dengan memahami kandungan Deklarasi Rakyat.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, walaupun sukar untuk Majlis Raja-Raja khususnya Yang di-Pertuan Agong untuk memenuhi tuntutan Deklarasi Rakyat, sekurang-kurangnya Majlis Raja-Raja boleh memperakui kandungan Deklarasi Rakyat yang di tandatangani 1.2 juta rakyat.

“Pengiktirafan itu penting walaupun tidak berupaya untuk memecat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap Najib tetapi tidak dapat bertindak memecatnya kerana halangan perundangan,” katanya.

Menurutnya, walaupun wujud pertikaian dalam mentafsirkan kandungan kuasa Agong dalam Perlembagaan Persekutuan, namun sudah cukup bagi mengubat luka hati rakyat Malaysia jika baginda bersetuju dengan tuntutan itu.

“Rakyat menanti dengan penuh debaran apakah keputusan Majlis Raja-Raja yang bermesyuarat hingga Khamis ini, bagi membincangkan hal-hal berkaitan kepentingan rakyat dan negara. Rakyat berdepan keperitan hidup menanggung kos hidup yang meningkat bawah pentadbiran Najib,” katanya.

Mahfuz berkata, adalah tidak wajar Majlis Raja-Raja membiarkan keadaan itu terus berlarutan dan menjadi lebih buruk.

Pada 4 Oktober lalu, Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menghantar surat kepada semua raja-raja dan Yang di-Pertua Negeri memaklumkan usaha yang dilakukan menerusi Deklarasi Rakyat dan berharap Majlis Raja-Raja akan membuat ketetapan mengambil tindakan terhadap Najib.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Ampun tuanku..kalau tuanku2 x boleh nk tlg rakyat perbetulkan segala kepincangan pimpinan dlm negara yg aku cintai ini..lbh baik aku x ada sultan..aku x halalkan duit cukai aku utk menyara kehidupan tuanku semua..biarlah rakyat derita entah sampai bila..ampun tuanku..

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.