Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LEBIH TEGAS

Tindakan lebih tegas jika 'Merah, Kuning' bertembung
Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim
Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim

BANGKOK - THAILAND. Polis mengeluarkan amaran akan mengambil tindakan lebih tegas untuk memelihara ketenteraman awam dan memastikan tidak berlaku "pertembungan" antara penyokong-penyokong Baju Kuning dan Baju Merah.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, pada ketika ini, polis mengamalkan pendekatan sederhana dalam menangani isu penganjuran perhimpunan dan perarakan haram oleh pihak-pihak tertentu di Malaysia.

"Sekarang kita ambil tindakan secara sederhana, kita tidak mahu mencetuskan keadaan tidak selesa tetapi jikalau perkara ini berterusan kita akan mengambil tindakan tegas," katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.

Noor Rashid yang berada di Bangkok untuk menghadiri sambutan Hari Polis Diraja Thai berkata demikian ketika terdapatnya kebimbangan tentang kemungkinan "pertembungan" antara penyokong-penyokong Baju Kuning dan Baju Merah.‎

Dalam beberapa insiden yang berlaku baru-baru ini, kedua-kedua pihak telah bertembung menyebabkan berlakunya kekecohan.

Noor Rashid berkata, pihak polis sedang menjalankan siasatan terhadap kekecohan yang berlaku akibat pertembungan di antara penyokong kedua-dua pihak baru-baru ini.

Polis, katanya, tidak dimaklumkan tentang perarakan yang menyebabkan kekecohan itu, sebagaimana yang berlaku di Teluk Intan dan Sabak Bernam.

"Siasatan sedang kita jalankan dan kita akan pastikan siasatan dilengkapkan dalam masa terdekat. Kita akan pastikan mereka yang enggan mengikut peraturan dan undang-undang, dikenakan tindakan yang sewajarnya," katanya.

Menurut Noor Rashid, arahan telah pun dikeluarkan kepada ketua-ketua polis negeri untuk mengatur gerak pegawai dan anggota mereka termasuk daripada Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) untuk memastikan tidak berlaku sebarang insiden.

Beliau meminta mana-mana pihak yang mahu mengadakan perhimpunan atau perarakan supaya mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan di bawah Akta Perhimpunan Aman.

"Jikalau Kuning atau Merah mahu buat perhimpunan, mereka perlu maklum kepada polis supaya (polis) boleh rancang tindakan awal bagi memastikan pertembungan yang berlaku sebelum ini tidak berlaku pada masa akan datang," kata beliau.

Timbalan Ketua Polis Negara itu berkata, kedua-dua pihak mempunyai tanggungjawab untuk mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan bagi memelihara ketenteraman awam.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini polis belum menerima sebarang permohonan untuk menganjurkan perhimpunan atau perarakan daripada mana-mana pihak, Kuning atau Merah. - Bernama

9 orang berkata:

Anonymous said...

Hukum hudud adalah wajib dilaksanakan mengikut ketentuannya dalam Islam. Adakah pas boleh menjelaskan bahawa ruu 355 akan menjadi asas untuk melaksanakan hukum hudud? Jika ya, ruu 533 ini wajib disokong oleh semua umat islan.

Jika pas mengatakan ruu 355 ini tidak berkait langsung dengan hudud maka perlukah kita menyokongnya?

Jika jawapan pas tidak pasti, adakah kita perlu menyokongnya??

Adalah menjadi tugas pas dan semua mp Islam untuk memastikan supaya ruu 355 yg bakal dibentang nanti benar2 menjadi asas pelaksanaan hudud di kalangan umat Islam di Malaysia. Kita tidak mampu lagi melihat kemungkaran di depan mata yg saban hari semakin mencabar kita spt zina, kecurian dan pembunuhan.

Anonymous said...

Dlm amalan bernegara jika penduduknya berbilang agama, panduan yg digunapakai ialah perjanjian Hudaibiah. Perjanjian ini mengutamakan hubungan kemasyarakatan, kerjasama dan kasih sayang.

Perjanjian akan musnah jika salah satu pihak memerangi satu pihak yang lain. Selagi hubungan baik masih wujud maka perjanjian itu masih terpakai.

Persoalannya, dulu pas berbaik dgn dap dgn mengambil alasan ini. Kemudian pas memutuskannya. Adakah sbb pas telah diperangi oleh dap? Bila masa dap memerangi pas? Adakah tidak setuju dengan dasar pas itu bermaksud dap memerangi pas? Adakah berlainan pendapat dgn pemimpin pas itu bermaksud dap memerangi pas dan orang Islam keseluruhannya di malaysia?

Adakah penyapu balak di hutan simpan hingga mengganggu hidup orang asli itu tidak perlu kita tentang? Bukankah ramai orang asli itu sudah beragama Islam?

Fikirkan. Siapakah yg lebih kejam antara kamu dgn dap kpd org asli Islam itu? Janganlah kamu berpura2 dan menyembunyikan sesuatu kpd kami.

Apa yg kamu lakukan kpd org asli itu adalah jauh lebih teruk drp apa yg dap lakukan kpd kamu. Kamu mengganggu keseluruhan kehidupan dan budaya nenek moyang mereka hanya kerana WANG....

Sungguh menyedihkan.
Kamu nemalukan kami sbg umat Islam.

Anonymous said...

Nak tanya pak karamu.
Apakah hukum seseorang islam itu mengkafirkan saudara islamnya yang lain? Boleh pak karamu beri contoh ayat atau hadis?

Saja nak tanya.
Sebab ramai walaunta dah lupa.

Anonymous said...

Hutang budi dibawa mati.
Hutang emas dibayar emas.
Hutang duit dibayar duit.
Hutang fitnah dibayar duit.

Kalau hutang cepatlah bayar. Tak payah tunggu sampai lepas date line.

Anonymous said...

Di sabah sarawak nun, masyarakat aslinya menggunakan nama mcm org melayu. Ada bin dan binti walaupun dia org agama kristian. Kadang2 ada pempuan kristian dia nama minah binti mamat. Tak pelik kalu kat sana.

Org dia org ni kalu dia mati, kalu kristian dia kuborkan kat kubor kristian walaupun nama dia minah bt mamat. Tak kan nak kuborkan kat kubor islam pulak kan....

Tapi ada mamat tu terlebih bangang, terlebih bengap viralkan minah tu pempuan islam murtad. Habis canang satu donia minah murtad sbb tu kuborkan kat kubor kristian. Tup tup keluarga minah kata yg minah tu memang kristian, laki kristian, keluarga kristian. Malu keluarga minah dek sikap terlebih bangang mamat walaunta tu.

Walaunta yg dah malu2 alah tu mintak maaf dan walaunta lain tolong viralkan. Entah keluarga dia maafkan atau tidak, tak ada la kita tau.

Pengajarannya, kalu tak tahu belajarlah bertanya. Jangan buat2 pandai tapi sebenarnya terlebih bodo. Pengajaran kedua, jangan ikut perangai walaunta yg suka buat fitnah. Lepas fitnah mintak maaf dan buat fitnah lagi. Kemdian mintak maaf lagi....sampai mati.

Anonymous said...

Ni satu lagi cerita sorang walaunta kat pantai utara zimbabwe. Serban fularmak, kalah orang afgsnistan. Dia punya belit sebijik mcm otak dia yg memang suka belit2.

Nak jadi cerita buat ceramah kat grup walaunta lain, derang nak tanam sorg pompuan islam kat jirat cina situ pasal kes sokongan ruu 355. Menatang tu sebenaqnya belum bentang lagi pun. Ni mcm kes belum duduk sudah berlunjur la....

Peliknya, tak pulak dia nak tanam mak bapak dia kat jirat cina. Patutnya dia tanam la mak bapak dia dulu la. Utamakan mak bapak dulu. Kan....

Lepas tu org heboh satu donia. Habis malu alah jugak sbb perangai sebijik mcm ayatolah taliban. Pah tu mintak mahap. Pempuan tu relax je sbb tak guna buang karen layan walaunta terlebih bangang.

Macam biasa la. Kalu dah walaunta tu, skrip dia mesti sama, "buat dulu kemdian mintak mahap". Org maafkan atau tidak belakang kira, yg ptg telah menjalankan tugas rasmi sebagai walaunta.

Esok buat lagi, kemdian mintak maaf, kemdian buat lagi, kemdian mintak maaf.......sampai mati.

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih, Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!1"Dikejar-kejar hutang2"Selaluh kalah dalam bermain togel3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunyatapi tidak ada satupun yang berhasil. 4d 5d 6d Solusi yang tepat jangan anda putus asah... AKI MUPENG akan membantuanda semua dengan Angka ritual/GHOIB:butuh angka togel 2D/ ,3D/, 4D/ 5D/ 6D/ SGP / HKG / MALAYSIA / TOTOMAGNUM / dijamin100jebolApabila ada waktusilahkan Hub: AKI MUPENG DI NO: (((_0852 9445 0976 _)))ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D/ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/6D/ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/6D/ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/ 6D/ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILANDANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D 6D/»0852 9445 0976 .

Anonymous said...

Kalu nak sokong...sokong la...kalu taknak toksah la....apa plak nak kecoh2...esok2 sendiri gak yg nak jwb...takyah bw org lain skali

Anonymous said...

Kalu nak sokong...sokong la...kalu taknak toksah la....apa plak nak kecoh2...esok2 sendiri gak yg nak jwb...takyah bw org lain skali

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.