Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SYI'AH DAN WAHABI NI SAMA SAHAJA

APA SEBAB DATO' ASRI NI TETIBA JE SERANG SYI'AH ? ADAKAH SYI'AH NI AKAN HALANG FAHAMAN WAHABI KAT MALAYSIA ? KALO BOLEH MUFTI P.PINANG TOLONG JAWAB ATAU BERI PANDANGAN SIKIT !  NI DATO ASRI TENGAH PANEH NI !!! - Pak Karamu

Ada ahli, kepimpinan parti politik turut terlibat



Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Dr Mohd Asri

 
GERAKAN syiah yang mempunyai pengikut tersendiri di negara ini amat jelas bertentangan dengan fahaman Ahli Sunah Wal Jamaah yang menjadi pegangan umat Islam di sini. Meskipun tiada jumlah sebenar pengikut syiah di Malaysia, penularannya semakin membimbangkan berikutan ia bergerak secara senyap dan tanpa disedari.

Malah, bukan hanya tertumpu di pusat-pusat syiah yang dikenal pasti, tetapi ada negeri-negeri yang mula diresapi fahaman syiah termasuklah Perlis. Perkara ini diakui sendiri Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Katanya, usaha membanteras syiah ini perlu dipandang serius kerana mampu membawa kerosakan kepada umat Islam. Kepada wartawan SITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR dan jurufoto, HALIM WAHID, beliau mengulas panjang soal ancaman syiah.

Datuk menyatakan kebimbangan mengenai penularan syiah di Perlis? Bagaimana ini boleh berlaku?

Di Perlis, kita berjiran dengan Kedah. Di Kedah, seperti diketahui ada satu pusat syiah di Pendang. Tetapi syiah di Pendang ini kelihatannya boleh bergerak seperti biasa. Daripada idea di Pendang, ia bergerak masuk ke Perlis melalui pertubuhan tertentu. Kita tahu juga syiah berkembang di selatan Thailand.

Jadi sudah mula ada syiah di Perlis. Saya rasa situasi ini kurang baik untuk Perlis. Dengan itu, saya ingin menggesa rakyat di Perlis dan negeri-negeri lain juga supaya mengambil perhatian tentang hal seperti ini. Ada beberapa negeri saya tahu sudah berkembang (syiah).

Sebab kita kadang-kadang terlalu menyibukkan diri sesama sunni dengan isu perbezaan, akhirnya ada kumpulan yang mengambil kesempatan untuk berkembang. Saya tahu di selatan tanah air juga gerakan ini telah berkembang.  Kita tahu juga di peringkat antarabangsa, selepas embargo Amerika Syarikat terhadap Iran dan sekarang Iran telah ‘release’ kan minyaknya dengan banyak sehingga menyebabkan jatuhnya harga minyak di pasaran dunia. Ia juga telah menyebabkan Iran menjadi negara yang sangat kaya kini.

Kekayaan itu juga boleh membuatkan mana-mana negara berbelanja. Tabiat setiap negara juga berbeza, Amerika Syarikat mengeksport pemikirannya ke luar, Britain dan Arab Saudi juga melakukan hal yang sama. Sudah tentu Iran sebagai satu negara mullah yang dipimpin oleh golongan agama dan syiah boleh melakukan hal yang sama.  

Mereka mengeksport pemikiran mereka ke luar negara dan kini sangat tertumpu di Asia Tenggara. Kita akan jadi satu rantau baru yang akan melihat perselisihan ini. Ini bukan isu perselisihan baca qunut atau tidak, pergi tahlil... bukan. Ia perselisihan yang dalam sejarahnya telah mencetuskan pertumpahan darah dalam kalangan orang Islam.

Apa tindakan Jabatan Mufti Perlis?

Saya sejak dulu menyebut bahawa, dalam isu pemikiran, ia tak boleh dibunuh dengan kuasa. Sebaliknya pemikiran hanya boleh dihapuskan dengan pemikiran. Kalau orang telah berfikiran begitu, kita paksa dia berfikir sama dengan kita menggunakan kuasa, ia sesuatu yang mustahil. 

Jadi kalau tanya saya apa langkah pertama yang harus dibuat khususnya Jabatan Mufti, kita mesti mengadakan penerangan dan dialog kepada rakyat. Saya akan buat dialog kerana ini pentas untuk mereka tahu mengenai perbezaan itu. Selepas dialog, barulah langkah-langkah berkaitan isu keselamatan. Itu sudah menjadi tanggungjawab pihak keselamatan.

Bagaimana syiah ini menular di Perlis?

Ada pertubuhan tertentu. Saya juga mendapat maklumat daripada pihak keselamatan mengenai pertubuhan itu. Mereka ini bergerak di atas landasan kebajikan dan kemudian mereka menyebarkan pemikiran. Ada juga parti politik yang sama ada sengaja atau tidak, tahu atau pun tak, ahli-ahlinya semua terlibat termasuk peringkat kepimpinan.

Ada maklumat berapa ramai pengikutnya?

Saya tidak mahu menyebut jumlahnya, tetapi saya tahu ada golongan yang terlibat ini terdiri daripada guru-guru dan sebahagiannya penuntut universiti. Bukan universiti di Perlis, tetapi universiti di seberang Perlis. Jadi mereka mungkin awalnya nak terlibat dengan kegiatan kebajikan tetapi terpengaruh dengan syiah. Ada yang nak belajar pasal syiah untuk pengetahuan saja, tetapi dia tak seimbangkan. Jadi dia rasa itu kebenaran yang ada.

Ada pendapat isu beza syiah dan sunni tidak perlu diperbesarkan. Banyak isu lebih kritikal lain perlu perhatian seperti isu ekonomi orang Islam dan murtad. Komen Datuk?

Kita memang tak boleh elak daripada perbezaan. Tetapi apabila perkara ini bukan kita cuba mengandaikan, sebaliknya ia memang terjadi. Apa yang berlaku Iraq, Syria membabitkan soal mazhab sunni dan syiah. Ini perbezaan yang melibatkan perkara penting.

Tokoh seperti Abu Bakar as siddiq, Umar al-khattab dianggap sebagai tokoh utama dalam mazhab sunni dan dianggap kafir dalam mazhab syiah. Isteri Nabi yang dianggap mulia oleh sunni dianggap keji oleh pengikut syiah.  Jadi ia akhirnya ia akan mencetuskan provokasi yang lain seperti yang berlaku di Iraq, Arab Saudi, Yaman. Wujud persengketaan.

Dari sudut lain, saya lihat syiah ini tidak demokratik kerana ia telah meletakkan kepimpinan mesti daripada kelompok tertentu.

Jadi tiada pilihan untuk orang lain. Kita dalam negara demokrasi, terima siapa yang dapat sokongan tertinggi akan jadi pemimpin. Tetapi itu semua tiada makna jika kita menetapkan bahawa kepimpinan hendaklah dalam kalangan pemimpin tertentu, dengan titis darah tertentu.

Memang tiada toleransi langsung antarasunni dengan syiah?

Saya tidak bersetuju sebab sunni adalah mazhab yang toleransi. Kita tak kata jumpa orang syiah kita kena bunuh. Saya tak terima idea itu. Saya bercakap tentang kesan kewujudannya. Kita ada konteks yang berbeza iaitu dua-dua aliran ini melihat kewujudan mereka dalam masyarakat Islam bukan saja kewujudan ajaran, tetapi mesti pergi ke kewujudan untuk menguasai tampuk kekuasaan. Itu realitinya.

Di Barat juga ada sunni dan syiah tetapi tidak berlaku pergolakan kerana mereka hanya pertahankan kewujudan untuk beragama, tidak membabitkan soal mempertahankan kekuasaan. Tiada sunni atau syiah di United Kingdom yang fikir tentang nak jadi kerajaan.  

Tetapi dalam konteks Malaysia, realitinya berbeza. Aliran agama berfikir untuk dia menguasai tampuk pemerintahan. Kalau dia menguasai tampuk pemerintahan, yang lain akan datang berebut. Syiah mempunyai tabiat yang berbeza dengan sunni. Ia bukan sebuah mazhab biasa, ia mazhab politik. Jika tiada politik, syiah takkan ada. Ia takkan wujud di Malaysia tanpa memperkatakan tentang mengambil kekuasaan.

Datuk bimbang penularan syiah dalam parti politik?

Maksud saya ialah kewujudan syiah dalam kerangka Malaysia dan negara Islam akan mencetuskan krisis keselamatan kerana perebutan kuasa disebabkan tabiat agama. Jika perebutan nak dapatkan kuasa saja, tak sebahaya golongan agama berebut kuasa. Sebab ia ada elemen Tuhan di situ.

Mereka percaya, ‘kalau saya dapat kuasa itu, saya berjuang untuk Tuhan. Kalau saya tak dapat kuasa itu, saya bermati-matian untuk Tuhan’. Itu yang menyebabkan krisis seperti Daesh seumpamanya. Krisis yang paling lama dalam sejarah Islam ialah kerana merebut kuasa. Apa beza antara persaingan antara ahli politik biasa dengan persaingan golongan agama terhadap kuasa? Tabiat agama itu menyebabkan mereka kadang-kadang sanggup mati di atas dasar kuasa.

4 orang berkata:

Anonymous said...

syiah wahabi khawarij takfiri
semua keluar jalur..cara nak tilik dorang ni..perasan bagus yg extreme..syurga neraka tu mcm toknenek dia punya..ha gitu la lebih kurang hehe..

Anonymous said...

Masing2 sibuk nak jadi Tuhan dan wakil Tuhan..gitu la lebih kurang

Anonymous said...

Betul tu.
No keahlian parti walaunta pun dia kata tiket masuk syurga. Wayar otak putus kot

Anonymous said...

Tu pun ada 'ulama dunia' yg minta syiah-sunni berbaik. Bangang ka apa org tu... 'Ulama Dunia tu Syiah ka???

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.