Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SIAPA YANG BOLEH JAWAB MASALAH INI ?

KES YANG MACAM INI SIAPA YANG DIPERTANGGUNGJAWABKAN ?
BOLEHKAH KES INI SELESAI BEGITU SAHAJA ?
MENGAPA KES INI TIDAK BOLEH DIBAWA KE MAHKAMAH ?
MACAM MANA KES INI BOLEH KEBAL ? SEDANGKAN PENYELEWENGAN TELAH BERLAKU ?
DEMI KEBENARAN
SIAPA YANG BOLEH MENJAWAB PERSOALAN INI ?

Pak Karamu

 MERDEKAAAAA !!!
Pengarah SPRM bersara kerana tidak mahu bersekongkol
Datuk Bahri Mohamad Zin
Datuk Bahri Mohamad Zin
SHAH ALAM - Bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Bahri Mohamad Zain, 58, mengesahkan bahawa beliau telah bersara daripada jawatan itu berkuatkuasa 30 Disember 2016.

Memaklumkan perkara itu kepada Sinar Online, Bahri berkata persaraan awal dilakukannya itu kerana kecewa dengan kes siasatan SRC International (SRC) yang tidak boleh dibawa ke mahkamah, selain tidak mahu bersekongkol dengan perkara yang tidak baik.

"Sepatutnya saya bersara pada 2018, ada lagi dua tahun tempoh perkhidmatan, tindakan ini diambil kerana saya rasa kecewa dan berdosa sangat dengan 30 juta rakyat Malaysia.

"Saya tidak mahu berbohong dengan diri sendiri, rasa amat berdosa kalau saya masih berkidmat kerana agama kita secara jelas melarang kita untuk cenderong kepada kezaliman dan ketidakadilan...cenderong pon tidak boleh apatah lagi terus berkhidmat," katanya.

BOK ditubuhkan pada 2010 untuk membolehkan SPRM menjalankan siasatan kes berprofil tinggi, terutama membabitkan rasuah bernilai lebih RM1 juta.

Bahri memainkan peranan penting menyiasat kes SRC International (SRC) yang melibatkan perihal dana RM42 juta.

Dalam pada itu, Bahri turut mengesahkan bahawa enam pegawai BOK yang terlibat secara langsung dalam siasatan terhadap SRC International, telah dipindahkan.

"Ya betul, mengenai isu perpindahan itu," katanya ringkas.

6 orang berkata:

Anonymous said...

Cuba tanya labai dol.
Mungkin dia perlu 4 saksi jugak.

Tanya la lebai dol....

Anonymous said...

Salute. Hamba Allah ini tiada title ustaz atau ulamak. Tak belajar agama di Mesir.

Tapi berani melawan kemungkaran dan penyelewengan ketua penyamun negara dan kerajaan kleptokrasi.

Hadi dan lebai2 penunggang agama dlm Pas pun belum tentu sanggup melepaskan jawatan dan fulus. Bertindak spt hamba Allah di atas.

Anonymous said...

Setuju sgt2 dgn anon 4.11....
Setuju sangatt
Sbb tu saya sokong titm untuk jadi pemimpin paling atas dlm parti kita.

Anonymous said...

Byk orang lari kerana tidak mahu bersekongkol dgn kemungkaran. Malangnya ada juga segelintir yang menyokong kemungkaran kerana sedikit dedak.

Anonymous said...

Lebai walaunta tolong jawab.

Lan said...

Apa nasihat dari AyoyoTolollah ???

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.