Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

01 Oktober, 2013

Berita Gembira Dari Selangor Yang Di Sembunyikan Oleh Media Pro Umno BN


Laporan Ketua Audit Negara 2012 merumuskan bahawa program Hadiah Anak Masuk Universiti yang diperkenal Kerajaan Selangor adalah baik dan mencapai sasaran.

Menurut laporan itu, audit yang dijalankan mendapati 87.8 peratus atau sebahagian besar golongan sasar menerima manfaat dari program tersebut.

“Semakan audit mendapati prestasi Hadiah Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) adalah baik kerana bilangan penerima wang bagi bulan Julai 2008 hingga 2012 adalah tinggi iaitu 32,130 (87.8%) daripada 36,000 yang disasarkan.

“Maklumbalas yang diterima terhadap impak program ini kepada penerima wang hadiah juga adalah menggalakkan,” kenyataan itu dipetik.

Program pemberian hadiah kepada anak Selangor yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti diperkenal Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mulai 1 Julai 2008, kira-kira lima bulan mentadbir negeri itu selepas menang Pilihan Raya Umum ke-12.

Bantuan tunai sebanyak RM1000 ini diberikan kepada mereka yang ditawarkan menlanjutkan pengajian bagi peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di IPT.

Dalam pada itu, Laporan Audit juga turut membuat beberapa syor bagi meningkatkan lagi kejayaan program ini.

Ianya termasuk soal dokumen pengesahan, senarai pihak yang dibenar memperakui dokumen dan polisi bertulis untuk kelulusan permohonan secara rayuan. ~harakahdaily

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.