Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MACAM MANA MEMERINTAH NI ?


Rabu, 2 Oktober 2013

Hakim tidak tulis penghakiman berdepan tindakan tatatertib


Seorang Hakim Mahkamah Sesyen Malaysia diarah untuk menjelaskan mengapa penghakiman masih lagi belum siap ditulis walaupun pemimpin aktivis hak asasi manusia, P Uthayakumar sudah dihukum awal tahun ini.

Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria (gambar), berkata arahan tunjuk sebab akan dikeluarkan melalui Hakim Besar Malaya (CJM) kerana Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret di semenanjung Malaysia di bawah pengawasan CJM.

"Tindakan tatatertib mengikut perintah am boleh diambil sekiranya jawapan tidak memuaskan," katanya kepada The Malaysian Insider di Putrajaya.

Arifin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kegagalan Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain yang masih belum menyediakan alasan bertulis walaupun selepas empat bulan Uthayakumar dihukum penjara selama 30 bulan.

Uthayakumar didapati bersalah menyiarkan kenyataan berunsur hasutan di laman web Police Watch mengenai sepucuk surat kepada bekas perdana menteri Britain Gordon Brown pada 2007.

Peguamnya, M Manoharan, berkata beliau memfailkan notis rayuan pada 6 Jun, sehari selepas keputusan mahkamah.

Katanya, beliau juga menulis tiga surat kepada setiausaha hakim tetapi tiada sebarang jawapan.

Uthayakumar tidak membuat permohonan ikat jamin untuk dibebaskan tetapi sebaliknya memilih masuk penjara sementara menunggu rayuannya didengar.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.