Mesir ambil alih aset Ikhwanul Muslimin
- Ikhwanul Muslimin berjaya memegang tiga portfolio lagi dalam kerajaan Mesir. Foto: Reuters
KAHERAH - MESIR. Kerajaan Mesir merampas aset Ikhwanul Muslimin selepas aktiviti kumpulan itu diharamkan.
Pihak berkuasa berkata, mereka juga akan mengambil alih
perkhidmatan-perkhidmatan sosial yang dikendalikan kumpulan itu termasuk
hospital, sekolah dan kebajikan.
Menurut laporan BBC, pengharaman itu dikeluarkan dalam keputusan mahkamah baru-baru ini tetapi baru sekarang ia disahkan.
“Mengikut undang-undang, berdasarkan hukuman terakhir, mereka kini digam (diharamkan),” kata pegawai terbabit.
Jurucakap untuk menteri perpaduan sosial, Hani Mahanna berkata, kabinet
telah mewujudkan jawatankuasa untuk menyiasat sumber dana Ikhwanul
Muslimin dan mengambil alih aset tersebut.
Katanya, jika kebajikan itu ternyata mempunyai kaitan secara langsung
mahupun tidak dengan Ikhwanul Muslimin sama ada pendidikan atau
perubatan, mereka akan terikat dengan keputusan mahkamah dan kerajaan
akan mengambil alih kesemuanya.
0 orang berkata:
Post a Comment