Selasa, 1 Oktober 2013
Laporan Audit: PAC kenal pasti 4 kementerian untuk disiasat
Anggota-anggota baru PAC yang bermesyuarat buat pertama kali di bangunan Parlimen hari ini akan menentukan projek-projek yang akan diberikan keutamaan untuk disiasat dalam masa tiga minggu seterusnya.
Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed memberitahu wartawan pada sidang media hari ini yang projek-projek itu melibatkan "pembinaan dan juga pemerolehan".
PAC katanya akan bermesyuarat semula pada 21 Oktober ini, katanya lagi.
Sementara itu, satu sumber yang rapat dengan jawatankuasa itu memberitahu yang PAC akan menyiasat satu "dokumen tidak lengkap' yang difailkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Satu lagi projek difahamkan merupakan sistem pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, satu insinerator dan perbezaan dalam pemerolehan Jabatan Bomba dan Penyelamat, yang disifatkan sebagai "kecil" sahaja.
0 orang berkata:
Post a Comment