Thursday, October 31, 2013
Surat Terbuka Bekas Ketua Pengarang Harakah kepada 5 calon Timbalan Presiden Pas.
Cara sebegini aku setuju, luahkan apa yang perlu secara terus terang tanpa nak berselindung...
Tuan-tuan calon timbalan presiden PAS
yang dihormati. Semoga surat terbuka ini tidak menyusahkan tuan-tuan
semua kerana saya menulis ini dari hati saya.
Kempen agar para pemimpin PAS
menghormati pencalonan dari kawasan semakin meningkat hari ke hari. Ia
berjalan secara neutral selepas nama-nama besar PAS dikatakan keberatan
untuk bertanding jawatan timbalan presiden PAS atas sebab-sebab peribadi
masing-masing.
Tokoh yang mendapat pencalonan terbanyak
untuk jawatan ini Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sehingga kini belum
membuat keputusan samada mahu bertanding atau tidak.
Tuan nampaknya lebih selesa untuk bertanding jawatan naib presiden sahaja.
Begitu juga tokoh yang mendapat
pencalonan kedua terbanyak, Datuk Husam Musa. Tuan juga hingga kini
masih belum mengumumkan keputusan samada mahu bertanding atau tidak.
Selain mendapat pencalonan terbanyak,
undian yang dibuat oleh sebuah laman web pro PAS, Tranungkite.net juga
mendapati tuan-tuan berdua berada di depan.
Tuan Ibrahim mendapat 36% sokongan, kedua Husam 25% dan ketiga penyandang jawatan ini Mohamad Sabu 19%.
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah hanya
mendapat 12.9%, satu kenaikan mendadak berbanding semalam berada di
tempat tercorot iaitu 4.6%. Ia berlaku mungkin selepas Salahudin Ayub
yang turut layak untuk bertanding jawatan ini mengumumkan hanya akan
mempertahankan jawatannya iaitu naib presiden.
Kenaikan itu juga mungkin selepas
kedatangan pengundi yang menyokong tuan untuk mengundi kerana Mohd Amar
mendapat sokongan kuat daripada ulama dalam PAS. Ia pernah berlaku dalam
poll sebelum ini.
Yang pasti akan bertanding untuk jawatan
nombor dua PAS kini hanya Mohamad Sabu yang mengesahkan akan
mempertahankan jawatannya itu dan Mohd Amar yang memberikan bayangan
akan berbuat demikian.
Ekoran itu, ramai yang tertanya-tanya
kenapa tokoh popular tidak bertanding sedangkan yang kurang popular pula
yang akan bertanding.
Lalu datanglah kempen ini. Kenapa tidak mereka yang dicalonkan menghormati pencalonan yang dibuat oleh kawasan-kawasan?
Tuan-tuan calon timbalan presiden PAS yang disayangi.
Semua faham, Tuan Ibrahim keberatan
untuk bertanding. Beliau pernah tewas dalam pemilihan 2011 lalu untuk
jawatan ini. Penyertaan beliau dulu dibuat atas permintaan pihak lain,
bukan kehendak dirinya sendiri kerana beliau pernah kata sebelum itu
keberatan untuk bertanding dan meminta supaya jangan dicalonkan.
Isu besar dalam PAS sekarang adalah
persepsi berlakunya perpecahan dalam parti Islam ini. Punca terbesar
adalah kempen sesetengah pihak melalui Facebook untuk membuang pemimpin
tertentu dalam PAS yang tidak sealiran dengan mereka.
Pihak ini kelihatan berkempen untuk
ulama tetapi adab dan etikanya jauh daripada ulama. Mana ada ulama yang
sanggup menuduh individu tertentu membunting anak orang tanpa membawa
saksi. Ini kerana ulama tahu tuduhan sebegini membolehkan dia dijatuhi
hukuman qazaf. Jadi sudah tentu ulama sendiri tidak merestuinya.
Sebab itu ada yang mendakwa individu di
belakang kempen ini sebenarnya pihak yang sememangnya dihantar masuk
untuk menghuru-harakan PAS dari dalam.
Oleh itu, ulama yang cerdik tidak
terpengaruh dengan tindakan mengapi-apikan mereka ini. Hanya mereka yang
terlebih obses bahawa 'ulama sedang diserang' sahaja yang terpengaruh
dengan cucukan sebegini.
Namun begitu tuan-tuan semua, sudah
menjadi persepsi awam sekarang, perpecahan sedang berlaku dalam PAS.
Ulama sedang berpecah dengan bukan ulama. Persepsi ini semakin
berkembang lagi ekoran resolusi Multaqa Ulama SeMalaysia di Alor Setar
yang meminta ulama dilantik untuk merusi timbalan presiden ini.
Lalu bagaimana mahu menangani hal ini? Inilah persoalan yang perlu difikirkan oleh pucuk pimpinan parti sekarang.
Bagi saya orang media, antara caranya
adalah melalui pertandingan timbalan presiden PAS. Jangan tunjukkan ada
perpecahan antara ulama dan bukan ulama. Jangan juga hantar mesej ulama
atau bukan ulama kalah dalam pemilihan nanti.
Perkara yang boleh dielakkan adalah
mengelakkan pertembungan satu lawan satu antara ulama dan bukan ulama.
Biarlah pertandingan itu antara individu pemimpin parti bukannya
mewakili mana-mana kumpulan dalam parti.
Bayangkan jika benar terjadi
pertandingan antara Mohamad Sabu yang bukan ulama melawan Mohd Amar yang
dikatakan daripada golongan ulama.
Bayangkan jika Mohd Amar kalah dalam
pemilihan itu nanti. Apa persepsi awam terhadapnya? Ulama ditolak oleh
perwakilan dan muktamar PAS!
Betulkah muktamar menolak ulama? Bagi
saya tidak begitu. Banyak kemungkinan lain selain daripada faktor itu.
Namun persepsi tetap persepsi, ia tidak semestinya kebenaran. Namun
sebagai sebuah parti yang sudah cukup matang, antara tugas besar PAS
adalah menangani persepsi.
Apa kesan kepada persepsi ini? Bagi saya
buruk sekali. Ulama akan terasa parti tidak memerlukan mereka. Mereka
tidak ada tempat dalam PAS kerana PAS tidak sayangkan ulama lagi dan
sebagainya.
Begitu juga kalau Mohamad Sabu kalah.
Golongan yang bukan ulama akan terasa ulama telah berjaya mengawal parti
sepenuhnya. Dahlah presiden ulama, timbalan pun ulama. Jadi di mana
tempat mereka? Justeru, elok undurkan diri secara baik sebelum ditentang
oleh geng-geng ulama.
Ia bukan berlaku terhadap mereka yang
kalah sahaja tetapi keseluruhan kumpulan bukan ulama di dalam semua
peringkat parti juga akan menghadapinya. Hatta pekerja parti di Pejabat
Agung dan Harakah juga akan terasa. Mereka akan berasa tidak selamat.
Bila-bila masa sahaja akan ditendang dan sebagainya.
Bagi menghadapi persepsi buruk ini,
tokoh-tokoh PAS perlu mempertimbangkan cadangan ini, bertanding atas
nama individu, bukan atas nama kumpulan serta elakkan bertembung satu
lawan satu antara ulama dan bukan ulama.
Untuk itu, wahai Datuk Tuan Ibrahim,
wahai Datuk Husam Musa, wahai Haji Mohamad Sabu, wahai Salahudin Ayub
dan wahai Datuk Mohd Amar, hormatilah pencalonan untuk anda. Terimalah
pencalonan itu.
Biarlah perwakilan yang membuat
keputusan siapa yang mereka mahu pilih di kalangan tuan-tuan semua
sebagai timbalan presiden mereka.
Bagi yang mahu pilih ulama, pilihlah
antara calon yang ada. Bagi yang mahu pilih bukan ulama untuk
dipasangkan dengan presiden yang sudah ulama, pilihlah di kalangan calon
yang ada. Janganlah paksa mereka memilih di kalangan yang mereka tidak
suka.
Baca juga sejarah pemimpin PAS terdahulu
yang sangat menghormati pencalonan ke atas mereka. Muktamar ini
sangat-sangat memerlukan rasa hormat anda kepada pencalonan mereka.
Namun saya hanya berhak memberikan
pandangan. Saya juga tidak berhak mengundi kerana bukan perwakilan.
Tuan-tuan selaku tokoh-tokoh besar PAS yang matang dan berpengalaman
yang berhak membuat keputusannya. – 31 Oktober, 2013.
2 orang berkata:
Tokoh2 yang tercalun bagi jawatan Timbalan adalah hebat2 belaka. Semuanya berkebolehan untuk melaksanakan tugas2 sebagai Timbalan. Pada pendapat saya sebagai ahli akar umbi, tak payahlah cabar status quo. Mat Sabu pun tiada masalah maka kekalkanlah beliau disitu. Yang lain tu perlengkaplah apa yang kurang. Yang penting ialah perjuangan mesti diperhebatkan.
zzzzz2018.10.27
kate spade outlet
coach factory outlet
ralph lauren polo
dsquared2
fitflops clearance
true religion jeans outlet
ecco shoes
christian louboutin shoes
ray ban sunglasses
nike air max
Post a Comment