Bonus dibayar bersama gaji Januari
PUTRAJAYA - Bonus kakitangan awam yang diumumkan pada pembentangan
Bajet 2015 minggu lalu akan dibayar bersama gaji Januari 2015, kata
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Beliau berkata, bonus berkenaan tidak boleh diawalkan atau dibayar pada tahun ini atau tahun sebelumnya.
"Bonus ini diluluskan dalam Bajet 2015. Jadi kalau kita lihat dari segi peraturan kewangan ia sepatutnya bermula (dibayar) pada 1 Jan 2015.
"Bonus akan masuk dalam gaji bulan Januari," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.
Ali berkata demikian ketika diminta mengulas permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) pada Isnin supaya kerajaan membuat pembayaran bonus kepada penjawat awam pada 15 Disember dan bukannya Januari depan.
Presiden Cuepacs, Azih Musa berkata, langkah itu bagi membolehkan penjawat awam membuat persediaan persekolahan anak sekaligus meringankan beban kewangan mereka.
"Memandangkan musim baharu persekolahan bermula pada Januari, kita minta supaya bayaran bonus dibuat lebih awal iaitu pada 15 Disember untuk membantu ibu bapa menyediakan persiapan persekolahan anak-anak," katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2015 pada Jumaat lepas, mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500, kepada kira-kira 1.5 juta penjawat awam pada Januari. Pesara kerajaan pula diberi bantuan khas sebanyak RM250. – Bernama

6 orang berkata:
Sblm ni boleh....sengkek teruk dah Malaysia ni
Dah senang nak senang lagi.. Kena ingat org xdpt kerja krajaan sama,semua kerana dia pencen 60thn,spatut kurangtkan lgi 50thn.. Banyak penganggur dari anggur.. Gaji bnyak tapi boleh bantuan brim lgi.. Itulah DAH SENANG NAK SENANG LAGI..TAK PERNAH PUAS SAMPAI MATI.
Swasta bonus 4,5 bln...he..he x kecoh pun...kerja dgn k' jaan bukan keja dgn umno....
Yg boleh brim tu isi rmh bwh rm3000 ja...jgn la bodoh sgt...majoriti keja k' jaan x dpt brim....ha..ha
Kerja dgn gov...
Sampai ofc kelam kabut pergi makan..
Pkl 10... hilang pergi makan..
Pkl 1230 - 1.00.. kelam kabut lg pergi lunch..
Pkl 3.45 - 4 ptg - kelam kabut tea time
Okl 4.45 - 5 ptg..kelam kabut nak balik
Patut nak gaji lebih, sebab..
1. Nak tampung cost makan 4x sehari
2. Bila mjn byk/rehat byk jadi pemalas
3. Kerja lembab
4. Tp tiap thn cuepacs demand entah apa2
5. Mesti ada comment x nk.mengaku, yg gov stf x buat keja, pegi ofc melantak/relax lebih..mesti ada excuses mcm2..tp hakikatnya pergi ke gov ifc mn2... semua hancur...nmpk sibuk tp entah apa2 saja
Kau dengki la tu...dulu minta keja gov x dpt....ha...ha ngaji maleh camna nak dpt keja gov.....kau nak kata apa terpulanglah mudahan2 anak2 kau dpt guru malas mcm kau kata....anak kau jadi bodo....mcm kau juga....sbb otak kau asyik Komen hal org ja. Hidup pekerja2 gov....dpt bonus.
Post a Comment