Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

bukan salah ibu mengandung, salah badan buruk pinta


Susahnya kalau tak faham agama, memang seseorang merdeka memilih jalan sendiri, kalau ya pu tak wajar pula mereka ini dituduh dengan bahasa kurang sopan

 

وانا آمركم بخمس, الّله أمرني بهن : بالجماعة والسمع والطاعة والهجرة والجهاد في سبيل الّله , فانه من خرج من الجماعة قيد شبر فقد خلع ربقة الاسلام من عنقه الّا أن يرجع . قالوا  يا رسول الله وان صلّى وصام ؟ قال وان صام وصلّى وزعم أنه مسلم ( رواه احمد )
Aku menyuruh kamu dengan lima perkara, Allah memerintahkan aku dengannya : bersama jama’ah, dengar dan patuh, berhijrah dan berjihad pada jalan Allah. Maka sesungguhnya sesiapa yang keluar meninggalkan jamaah kadar sejengkal maka ia telah mencabut ikatan Islam dari tengkoknya sehinggalah ia kembali semula ( bersama jamaah). Mereka ( sahabat ) bertanya: ‘ Wahai Rasulullah..sekali pun orang itu bersolat dan berpuasa’?                                                               
Baginda menjawab : "Sekali pun ia berpuasa dan bersolat, dan ia menyangka ia seorang muslim. - Pak Karamu

Friday, October 3, 2014


Ini Luahan Hati Melati Yang Masuk DAP



SHAH ALAM: Jamila Rahim meluahkan rasa kecewanya selepas dituduh sebagai pelacur dan telah menggadai agama oleh sesetengah pihak dalam beberapa artikel yang disiarkan di dalam beberapa portal media.



Jamila atau lebih dikenali sebagai Melati Rahim menegaskan pendiriannya bahawa beliau hanya ingin menyertai parti DAP dan tidak pernah sesekali menggadai agamanya.



“Saya hanya ingin masuk parti ini dan saya tidak pernah menukar agama saya.



“Saya masih Islam dan saya ingin tekankan perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas membuat aduan mengenai dua artikel daripada portal media MYKMU yang berjudul ‘Melati lebih baik jadi pelacur dari sertai DAP’ dan daripada Free Malaysia Today yang berjudul ‘DAP dan Politik Onani’.



Hari ini beliau bersama dua ahli DAP yang lain, Dyana Sofya dan Syefura Othman serta peguam DAP, Gobind Singh telah membuat aduan di Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) mengenai dua artikel tersebut.



Melati juga berkata bahawa artikel yang melabel dirinya sebagai pelacur tersebut bukan sahaja memalukan dirinya malah memberi impak yang sama terhadap ahli keluarganya.



“Pihak berkuasa perlu ambil tindakan segera,” jelasnya.



Sementara itu, ahli DAP, Dyana Sofya Mohd Daud turut menyelar pihak yang menulis artikel tersebut kerana mempunyai niat untuk menjatuhkannya.



“Setiap kali ada penglibatan ahli DAP daripada perempuan, ada sahaja dakwaan yang tidak baik dilontarkan.



Melati sudah kena dan ini semua jelas merupakan satu serangan berbentuk emosi. Bagaimana kita mahu lebih banyak wanita untuk terlibat dalam politik selepas ini?,” soalnya.



Tambahnya, DAP merupakan sebuah parti yang sah dan mereka berhak membuat pilihan untuk memasuki parti yang diingini.



“Kita sepatutnya bersikap lebih matang,” katanya.



Sementara itu, salah seorang ahli DAP, Syefura Othman pula berkata artikel berkenaan telah menjatuhkan maruahnya sebagai perempuan.



“Mereka ini telah menjatuhkan maruah sebagai wanita secara terang-terangan. Bagaimana kita nak tarik lebih ramai wanita memasuki politik? Bila kita masuk sesebuah parti, kita dihina seperti ini. Saya harap tindakan dapat diambil.



“Martabat wanita tinggi dan kita tidak perlu dihina seperti itu,” ujarnya. ~free malaysia today



Addin

30 orang berkata:

Anonymous said...

Perjuangan yg kita bawa akan disoal diakhirat kelak. Pasti kah kita perjuangan DAP mendapat redha ALLAH.

Anonymous said...

kemana kita bawa "perjuangan" akan ditanya..tol tu..
kemana kita bawa "agama" x ditanya ke?
agama telah dibawa kebawah kepatuhan sistem demokrasi sekular..dikecualikan dari ditanya ke?
sedang agama itu sendiri jalannya ialah agama juga..
agama diatas jalan agama...
bukan agama di atas jalan sekular demokrasi..
"jalan" tu sangat penting..
so apa "jalan" yg kita guna?
sekular demokrasi?dan ini dikecualikan dari ditanya?
udoh2ler jadi pentotok.. tak kira utk parti mana pun..
lompat jgn x lompat..

~PakKaramu~ said...

"لا إسلام إلا بجماعة ولا جماعة إلا بإمارة"
Tidak sempurna Islam melainkan dengan jama’ah, tidak sempurna jama’ah melainkan dengan kepimpinan..

Anonymous said...

perasannya..yg kamu kongsikan tu ialah tentang sifat jemaah islam di jalan islam..agama yg dibina atas jalan agama..jemaah agama atas jalan agama..
bukan jemaah jalan sekular demokrasi..jalan sekular demokrasi..
perasan tol hehe
sempurnakah tauhid jika menggantungkan agama pada kehendak manusia2 apetah lagi kehendak2 penyembah2 berhala..?
udoh2 ler perasan..

Anonymous said...

Anon 11:12 bercakap x ikut kaedah.
Kaedah apa yg kau nak jelaskan. Tolong jelaskan...fahaman apa yg kau nak terapkan...jgn tulis ikut suka
Menyembunyikan sesuatu itu taqiyyah...adakah engkau seorg syiah

Anonymous said...

Betul...aku rasa anon 11:12 syiah kot
...syiah kan tengah merebak kat Malaysia....dia nak buat revolusi mcm kat iran...alahai maka rosaklah ummat islam. Pemikiran jumudiah mcm anon 11:12

Basar said...

Anwar suka apa

Anonymous said...

Aljuburi la

Anonymous said...

11.12. Jika sekiranya perjuangan islam di malaysia tak sebenarnya mengikut islam kerana terpaksa akur dengan sistem demokrasi , tolong jelaskan,bagaimana islam harus dipeejuangkan di malaysia.
Jika sekiranya cara tuan yang betul tuan tak perlu takut kpd. Undang undang sekular ini.
tolong jelaskan,jalan perjuangan yang sebenar
jika tuan gagal menjelaskan tuan adalah munafik yang hanya pandai cakap berlapis lapis tapi takut kpd
Apa yang tuan katakan tak berul,
Ada yang komen yang tuan ini syiah tapi bagi saya tuan ini mungkin taliban.dari cara yang tuan cuba utarakan.

Anonymous said...

kepada anon2 yg mrlompat2 mcm kijang lepas tau yg demokrasi itu pun sekular sambil poyo fitnah org lain syiahla tuduh org lain munafik la,mcm la agama ni milik tokngah korang..korang rentikan la belagak pandai dan memandang rendah org lain hehe..senang2 fitnah tuduh org..ko xnak fitnah pil kuda kat aku?udoh2 ler..kononnya dir sendiri sgt pahambakan agama,sikit2 suruh org lain mengaji lagi,skrg suh aku terangkan camne..so ko pegi la sambung ngaji lagi..asek membontot org je bila dgr demokrasi itu sekular melompat mcm kijang..
pentotok2 yg menyedihkan..

Anonymous said...

Anon 8:59 x pyh berteka teki la.
Aku tau engkau macai mana...kau baca jawi x pandai jauh skali bercakap arab...jgn layan budak ni macai umno ni....buta agama...pandai buat propaganda.

Anonymous said...

1 parti pun aku x sokong..ko memfitnah no 1..hehe..makanan ko ke ape tu?ko dgn umno adik beradik 1 jalan sekular demokrasi la..ko ingat aku nak hadap kat umno mcm ko hadap parti lain?ko dan umno sama2 pentotok kepartian demokrasi..
malu la tngok ko wat fitnah mcm makan kacang..agama ni mcm agama tokngah ko lak ko wat hehe..
lompat jgn x lompat..

Anonymous said...

Perjuangan untok menegakkan agama melalui demokrasi kerana ianya berupa paksaan dari pemerintah negara ini, tiada jalan lain untok menghapuskan paksaan ini, kecuali menjatohkan pemerintah ini melalui undi

Anonymous said...

sapa kata xda jalan lain jalan quran dan sunnah sampai kiamat ada..ko kalo nak membohong ko bohong pentotok mcm ko gakla hehe,ko jgn tipu org lain..pentotok boleh la telan ko cakap tu mcm telan sambal belacan..ko terpaksa..nabi dulu 1000x terpaksa pun dia tetap guna jalan quran dan sunnah utk bina agama.. xda pun dia guna jalan yg sekular atau jalan yg abu jahal pakai dgn niat supaya agama senang menyelinap kat org ramai...nabi berlepas diri daei jalan yg abu jahal n the gang pakai tau...nabi saw sorang2 je tau..ko ramai pastu ko konon pakai alasan terpaksa ko tu..baru ko tau yg harga "redha Allah" tu sgt2 mahal?ko ingat sukati ko nak bawak agama ikut suka tekak ko?
membohong dah mcm makan petai..hehe.

Anonymous said...

Tiada paksaan untuk masuk islam tetapl setelah kita menerima islam
kita wajib ikut semua arahan islam.bersyukur lah kita di beri rahmat yang paling utama ia itu. Nikmat islam dan iman .semua kerja buat kita di dunia akan di persoal di akhirat kelak.

Anonymous said...

betul tu,bila dah terima islam kenalah lagi pelihara bukan ikut suka tekak kita..kita sama2 doa utk semua org islam supaya di tunjuki "jalan" yg lurus utk bawa agama, bukan "jalan" sekular dan lain2 jalan yg dikhuatiri dimurkai...jalan sekular ni umno pun guna..ko ngan umno adik beradik 1 jalan..gaduh2 rupanya adik beradik...berpeluk pelukan la..rindu sbb hari ni baru kenal..kan?hehe

Anonymous said...

Ha..ha...ha...jom pakat bawak periuk.
Dakwah...politik jgn peduli...negara sape nak printah ada aku kesah...bwk belanga jalan rata masjid...tinggal anak bini. He..he

Anonymous said...

Kenapa nabi pindah kemadinah?kenapa nabi tk membunuh saja abu jahal sebelum berhijrah kemadinah? Kenapa bersembunyi digua thor? Bukan kah tugas nabi menegakkan islam?jawabnya ketika itu boleh membahayakan nabi islam tidak umatnya berjuang membuta tuli seperti yg kau fikirkan dengan otak kau tu

Anonymous said...

orang sondol korang pun sondol hehe..
anon 625 sembunyi dgn pakai jalan sekular ko x tau beza ke..ada x nabi saw pakai jalan sekular bina agama?x payah pusing2 hehe..anon 553..abis semua korang sebut2 haha..syiah/taliban/periuk belanga/hizbut tahrir/munafik..makanan korang kan..pil kuda xnak lak korang sebut kat aku..
menuduh/memfitnah/menghukum..mcm ulam ulaman bagi pentotok2 ke hehe.wat agama ni mcm milik tokngah korang hehe..

Anonymous said...

kalo sembang bab sekular bukan main deras mcm petir rupa2 adik beradik kandung 1 jalan sekular ngan umno hehe

Anonymous said...

Perbaiki diri masing2 lebih baik..x pyh dok gaduh. Saya setuju dgn tulisan blogger ni...

Anonymous said...

bila kena kat batang hidung yg diri sendiri pun pakai jalan sekular,xda beza 1 jalan ngan umno,menggelupur pusing sana pusing sini..dan2 ajak sembang baiki diri...kalo x,deras bak petir..ko je bleh tegur org,org x leh tegur ko hehe...
pentotok...

Anonymous said...

X pyh sembang la...jln kau tu yg sesat sbb x tau apa jalan....hidup x de pegangan...mulhid ke kau ni...cuba kau hurai sikit mulhid. Sbb kau ngaku ilmu tinggi...@ hurai sikit maqasid alahkam fi siassil. Boleh tolong hurai sbb kau mesti faham. Kalau kau x jwb sah kau ni pentotok bengong

Anonymous said...

aik bila aku ngaku tggi ilmu?hehe..
amboi xkan dah nak nangis..tanda benar dan salah bukan terletak kat secekap mana/sepandai mana istilah yg seseorg tu pakai...
-korang buat agama ni mcm agama tokngah korang pun aku masih x tuduh/syak/hukum kamu sebagai mulhid setakat ni..alhamdulillah..
tapi kamu x sabar..malu aku..bunyi je mcm petir huhu
-apapun perilaku janggal akibat terpaksa tapi untuk niat yg baik terutama utk org ramai, in sha Allah boleh2 saja selagi tak mengenai bab pokok(tauhid)..jika sudah mengenai tauhid..dan kamu masih berdegil pegang pendirian tu juga,sepatotnya kamu pegang sorang2 jgn ajak/ajar org ikut kamu,dan seseorang itu itu sgt berhak utk tidak mengikut kamu pula..
tauhid x boleh beli dgn harga negara tau..
kamu jgn cepat menangis/menghukum/melatah disebabkan sebaris dua ayat yg aku nukil..itu menunjukkan kamu ni SEPERTI budak hingusan yg berlakon mcm dh xda hingus...
kita semua kan berhingus..
rilex la jgn poyo sgt hehe...

Anonymous said...

X jwb juga .....x tahu la tu....aku berpegang dgn kata2 imam syafie
" aku boleh menang kalau berhujjah dgn 10 org berilmu, Tetapi aku tewas berhujjah dgn seorg yg jahil.." ini membuktikan org x berilmu bercakap ikut keinginannya shj tanpa ada landasan.

Anonymous said...

org yg perasan mana pernah nampak jawapan..
perasannye ayat hehe..

Anonymous said...

org yg perasan mana pernah nampak jawapan..
perasannye ayat hehe..

Anonymous said...

imam syafie sendiri x pernah pakai jalan sekular dlm membina agama apetah lagi memfitnah org walau sekali..setengah kali pun x pernah...
hehe...pusing lagi jgn x pusing...

Anonymous said...

Aku tunggu jwp dr pejuang ala nabi.
X bagi jwp....dia berjuang mcm mana..atau dia ni pencacai nak pecah belah kot....

Anonymous said...

"alamak dah terjual nama imam syafie,cepat pusing..cepat pusing..semoga mcm x pernah berlaku"..
-menuduh lagi..aku bukan macai umno mcm ko jadi macai parti lain..
-kalo kita memperosok agama ke jalan sekular lepas tu selamba jual nama imam syafie yg x gunapakai jalan sekular mcm kita...boleh ke kita nampak jawapan yg dh ada?baca la balik smpai abis. baca sekerat2 ke? hehe..
-org yg tunjukkan diri nya sgt2 mengakui kewujudan tuhan tapi bawa agama tuhan kejalan sekular?jalan tuhan kan ada sampai kiamat?quran dan sunnah..sekular tu jalan umno..ko kutuk umno kan?ko siap kafirkan dia lagi kan?padahal ko 1 jalan ngan dia..senang2 ko hukum manusia mcm agama ni tokngah korang punya hehe..
-dah terang2 imam syafie x guna pakai jalan sekular dlm membina/memelihara agama, apetah lg memfitnah..jgn kata sekali..suku kali pun x pernah..
-nak gak bohong.. ..hormat la org sikit kalo nak bohong pun..
-lg 1..xperlulah manusia MULIA MCM KORANG ni bersungguh2(kononnya) nak tau jalan yg org lain@aku pakai..
-bukankah agama ni korang dah buat mcm milik tokngah korang..?berdirilah jitu diatas jalan yg imam syafie x pakai ni..
-goyang ke?


free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.