Khamis, 16 Oktober 2014
Kenapa Najib dan Mahathir tak disiasat?
Mengapa masih tidak menyiasat Najib dan Mahathir,
walaupun Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng telah membuat laporan polis
berbeza terhadap mereka tiga minggu lalu?
PETALING
JAYA: Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata Ketua Polis Negara Tan Sri
Khalid Abu Bakar hanyalah pandai bersandiwara bagi menunjukkan pihak
polis akan berlaku adil dengan menyiasat siapa sahaja yang didapati
bersalah.
Katanya, sehingga kini pihak polis belum lagi membuat sebarang siasatan terhadap dua pemimpin besar negara Datuk Seri Najib Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad di bawah Akta Hasutan.
“Bolehkah polis beri jawapan, mengapa masih tidak menyiasat Najib dan Mahathir, walaupun Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng telah membuat laporan polis berbeza terhadap mereka tiga minggu lalu,” katanya.
Kit Siang berkata, semalam Khalid telah menjelaskan pihak polis telah mengambil keterangan terhadap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di bawah Akta Hasutan. Menurut Kit Siang ini hanyalah sandiwara semata-mata.
“Waktu pengumuman Khalid juga mencurigakan, menjelang ‘Solidarity Walk’ anjuran Majlis Peguam bagi membantah siri dakwaan Akta Hasutan yang berlaku,” katanya.
“Pengumuman Khalid itu hanyalah menjadi ejekan kepada ‘sumpah’ Zahid itu,” ujarnya menerusi laporan lidah rasmi DAP Roketkini.
Sebelum ini Zahid berkata pihaknya menyerahkan kepercayaan penuh kepada polis untuk menyiasat menteri yang menjaga polis.
Jelas Kit Siang jika polis benar-benar berlaku adil, siasatan juga perlu dibuat ke atas Najib dan Mahathir kerana laporan turut dibuat ke atas mereka.
Setiausaha DAP Perak Wong Kah Woh telah membuat laporan polis terhadap Zahid yang membuat fitnah jahat, kononnya DAP membaling batu kepada kereta Tengku Mahkota Perak ketika kemelut rampasan kuasa BN di negeri itu pada tahun 2009 pada 23 September lepas.
0 orang berkata:
Post a Comment