30/10/14
Transkrip soal jawab Presiden PAS dengan peguam plaintif
KUALA LUMPUR: Dalam PRU13 yang lalu
terdapat beberapa pertindihan kerusi antara sesama parti Pakatan Rakyat
dan pembangkang. Antara PKR dengan PSM di Dun Semenyih, DAP dengan PSM
di Dun Jelapang, dan juga pertindihan calon-calon PAS dengan PKR di
beberapa kerusi termasuk di Terengganu.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul
Hadi Awang dalam salah satu ceramahnya telah meberikan penjelasan
kenapa berlaku pertembungan calon tersebut. Penjelasan dalam ceramah
tersebut telah dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan dan kemudiannya
pihak PKR mengambil tindakan menyaman Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi.
Yang berikut transkrip soal jawab antara
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam perbicaraan di mahkamah
tinggi Kuala Terengganu semalam, Selasa 28 Oktober, dengan peguam
plaintif yang dipetik daripada Buletin Online
S1: Sila nyatakan jawatan Datuk Seri (Abdul Hadi Awang) sekarang?
Saya (Abdul Hadi) sekarang adalah
seorang Ahli Parlimen Marang dan Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu
iaitu Adun Rhu Rendang. Saya juga merupakan Presien kepada Parti Islam
SeMalaysia (PAS) dan Ahli Majlis Presiden Pakatan Rakyat.
S2: Boleh Datuk Seri jelaskan kenapa hadir ke mahkamah pada hari ini?
Saya hadir ke mahkamah pada hari ini
untuk memberikan keterangan bagi menafikan segala dakwaan dan saman
fitnah yang dikaitkan pihak plaintif terhadap saya.
S3: Tadi Datuk Seri ada menyatakan sebagai Ahli Majlis PR (Pakatan Rakyat). Boleh jelaskan apakah fungsi ahli majlis PR itu?
Fungsi Ahli Majlis PR ialah untuk menyelaras perkara-perkara politik dan strategi bersama parti-parti kompenan PR.
S4: Sehari selepas hari penamaan calon PRU ke-13, adakah Datuk Seri terlibat dengan sebarang ceramah politik?
Ya, ada terlibat di beberapa tempat
ceramah. Pertama, saya dijemput untuk memberikan ceramah sempena PRU13
selepas penamaan ialah di Kampung Tebakang. Dun Alor Limbat juga berada
di dalam Parlimen Marang, tempat saya bertanding dalam pilihan raya
tersebut sebagai mewakili calon Parlimen Marang.
S5: Boleh Datuk Seri jelaskan siapa lagi yang memberikan ceramah di situ?
Saya berceramah bersama dengan Ustaz
Ariffin Deraman yang juga calon Dun Alor Limbat, Ustaz Muda Abdullah
yang menggantikan Datuk Mustafa Ali.
S6: Lebih kurang berapa lama Datuk Seri berceramah?
Saya memberikan ceramah lebih kurang 30 minit sahaja kerana selepas itu ada beberapa tempat lagi yang perlu saya pergi.
S7: Boleh Datuk Seri jelaskan secara ringkas kandungan ceramah itu?
Secara umumnya kandungan ceramah saya
menyentuh mengenai isu-isu pilihan raya, manifesto Pakatan Rakyat
khususnya di negeri Terengganu dan isu pilihan calon.
S8: Apakah yang Datuk Seri maksudkan dengan isu pilihan calon sebagaimana yang Datuk Seri nyatakan tadi?
Terdapat beberapa kerusi Dun di beberapa
negeri di Malaysia berlaku pertindihan kerusi antara sesama parti
Pakatan Rakyat dan pembangkang. Contohnya, antara PKR dengan PSM di Dun
Semenyih, DAP dengan PSM di Dun Jelapang, termsuk juga pertindihan calon
PAS dengan PKR di beberapa kerusi di negeri ini. Dengan ini dijadikan
isu oleh parti lawan (BN) yang menguasai media. Hal tersebut memerlukan
penjelasan kepada saya selaku ketua parti.
S9: Mengapa penjelasan dibuat di Kampung Tebakang dan bukan di tempat lain?
Pertama, kerana ia merupakan ceramah
pertama saya selepas penamaan calon, yakni saya dijemput untuk
memberikan ceramah. Apabila saya dijemput untuk berceramah maka, saya
akan sebut perkara yang sama di situ. Keduanya, ceramah itu dihadiri
oleh pihak media.
S10: Sila beritahu mahkamah di manakah kerusi yang berlakunya pertindihan antara calon PAS dengan PKR?
Dun Panti di Johor, Dun Kota Damansara
di Selangor, Dun Sungai Aceh di Pulau Pinang. Manakala, di Terengganu di
Dun Seberang Takir, Dun Kota Putra dan Dun Bukit Besi.
S11: Adakah persoalan kandungan ceramah tersebut Datuk Seri ada merujuk kepada plaintif?
Tidak. Malah, saya tidak sebut nama
sesiapa pun atau nama-nama tempat dan kerusi yang berlaku pertindihan
tersebut. Nama calon pun saya tidak sebut.
S12: Adakah Datuk Seri mengenali plaintif sebelum plaintif memfailkan samannya kini kepada Datuk Seri?
Tidak. Saya tidak kenal dan tidak tahu langsung nama dia dan seingat saya, saya tidak pernah berjumpa dengan dia.
S13: Adakah Datuk Seri mempunyai sebarang permusuhan atau pertikaian dengan plaintif?
Dalam keadaan saya tidak kenal dia, tidak munasabah untuk saya mempunyai permusuhan atau pertikaian dengan plaintif.
S14: Adakah Datuk Seri mempunyai niat jahat terhadap plaintif semasa memberikan ceramah tersebut?
Tidak sama sekali. Saya tidak kenal dia (plaintif).
S15: Selain Kampung Tebakang di Alor Limbat. Adakah Datuk Seri memberikan ceramah yang khusus di tempat lain?
Hanya di Alor Limbat sahaja.
S16: Pada Ahli Majlis Presiden PR.
Adakah ia juga memberi tanggungjawab kepada Datuk Seri untuk mempastikan
bahawa setiap calon yang mewakili dalam parti-parti PR merupakan
calon-calon yang berintegriti dan tidak dipertikaikan?
Ya.
S17: Adakah ini bermakna Datuk Seri selaku Presiden PAS berhak menentukan calon daripada parti-parti dalam Pakatan Rakyat?
Tidak. Kerana (integriti) ini ditentukan
oleh parti masing-masing. Kami daripada Ahli Majlis Pakatan Rakyat
hanya bertanggungjawab menjelaskan kriteria umum yang mesti dimiliki
oleh calon Pakatan Rakyat.
S18: Berhubung dengan tindakan saman
yang dikaitkan dengan Datuk Seri. Adakah Datuk Seri menerima sebarang
surat tuntutan daripada pihak lain yang berkaitan dengan ceramah Datuk
Seri sampaikan di Kampung Tebakang tersebut?
Ada daripada Encik Badrul Hisham Syaharin pada 8 Ogos 2014.
S19: Siapa yang menghantar surat tuntutan tersebut kepada Datuk Seri bagi pihak Encik Badrul Hisham?
Surat tuntutan itu dihantar oleh peguam Tetuan Vasudevan A & Co.
S20: Boleh Datuk Seri maklumkan kepada mahkamah siapa Encik Badrul Hisham ini?
Beliau adalah calon daripada PKR bagi Dun N21 Sungai Aceh Pulau Pinang pada Pilihan Raya Rmum ke-13.
S21: Apa yang terpenting daripada kandungan surat tuntutan tersebut?
Beliau mendakwa ucapan saya mengenai pil kuda di Kampung Tebakang merujuk kepada beliau.
S22: Adakah benar seperti yang didakwa oleh kandungan surat itu?
Tidak benar seperti yang saya katakan
sebelum ini ucapan saya itu bersifat umum dan tidak ditujukan kepada
sesiapa. – HARAKAHDAILY
3 orang berkata:
Tghh tak layak jadi pemimpin......letak jawatan buang. Kalau dia kena fithnah macam mana dsai kena ingat....awai lagi dia masuk umno.
Org baham jubo yg layak
kepala hotak hg anom 8.46.... selidik dan baca la dulu sejarah politik.... perjuangan TGHH dlm politik sebelum berkata2... mudah sgguh nk hukum org... yg pasti TGHH tidak pernah Umno secuitpun dlm pwrjuangan... dan ada org mmg asal dr Umno pun
Post a Comment