Tak mampu pertahan ummah punca ramai sertai jihad
PUTRAJAYA - Ketidakmampuan negara Islam mempertahankan ummah merupakan
satu faktor menyebabkan semakin banyak umat Islam menjadi pejuang
jihad, kata bekas Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata jika orang Islam kecewa, dan kepada orang kebanyakan
yang tidak mempunyai kuasa, mereka mungkin memikirkan hanya satu jalan
mereka boleh menyumbang dengan menjadi pejuang jihad.
"Untuk memujuk orang menyertai mereka, mereka akan berkata ia adalah
jihad berjuang untuk Islam, tetapi ia tidak akan menghasilkan keputusan
yang diingini," katanya semasa sesi soal jawab di Forum Islam
Antarabangsa di sini hari ini.
Dr Mahathir yang juga Presiden Yayasan Kepimpinan Perdana berkata,
mereka juga mempromosikan idea bahawa mereka yang syahid atau mati
semasa berjihad akan dimasukkan ke dalam syurga.
"Al-Quran berkata dengan jelas bahawa semua umat Islam adalah bersaudara.
Tetapi bagaimana kamu boleh ke syurga apabila kamu membunuh saudara Islam kamu sendiri?," katanya.
"Kita kena kembali kepada al-Quran dan memahami bahawa terdapat had
yang boleh kita pergi dan jangan biarkan orang lain merampas kefahaman
mengenai Islam," kata beliau.
Terdahulu, Dr Mahathir menyampaikan ucaptama khas yang menyentuh
kedudukan Dunia Islam di Tengah-tengah Orde Baru Dunia sempena Festival
Kesenian dan Kebudayaan Islam Putrajaya 2014.
Acara selama empat hari yang bermula semalam itu mempunyai 200 program
dan aktiviti yang menarik seperti pameran buku Islam antarabangsa,
pameran Masjid Al-Aqsa, pertunjukan fesyen Muslimah dan Selawat Bersama
Habib Syeikh Assegaf. - Bernama
1 orang berkata:
Org fahaman sekular ni ibarat tanam ubi dan bela babi didalam...hancur
Post a Comment