RUGI KALAU DASAR PARTI PAS ITU JAHANAM, UNTUNG JIKA DASAR PARTI PAS ITU TETAP UTUH TERJAGA OLEH PIMPINANNYA, ORANG MUNAFIK ITU NERAKANYA DI BAWAH NERAKA ORANG-ORANG KAFIR, BAHKAN MEREKA LEBIH HINA LAGI - Pak Karamu
Isu dua Adun: Hanya merugikan Pas - Penganalisis
SHAH ALAM - Penggantungan dua Adun Pas di Selangor, Saari Sungib (Hulu
Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) daripada keahlian Pas hanya akan
merugikan parti itu memandangkan mereka merupakan pemimpin yang
berpengaruh di negeri itu.
Penganalisis politik, Prof Madya Dr Ismail Sualman berkata, kedua-dua Adun Pas yang menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail itu bagaimana dijangka tidak akan menyertai mana-mana pertubuhan lain termasuklah PKR dan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma).
"Mereka masih dalam wadah perjuangan Pas, cuma cara mereka berbeza iaitu berpendapat bahawa apa yang dilakukan adalah untuk menyelamatkan Selangor daripada terus berkecamuk dengan kes-kes itu.
"Mereka masih lagi bersifat untuk menyelamatkan keadaan, pandangan mereka adalah lebih baik mengutamakan pentadbiran negeri.
"Saya fikir lepas habis tempoh mereka akan membuat rayuan untuk kembali kepada parti sendiri," katanya kepada Sinar Harian Online.
Beliau berkata demikian mengulas penggantungan dua Adun Pas di Selangor iaitu Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Burhanuddin (Morib) selama setahun kerana menyokong Wan Azizah secara Akuan Bersumpah sebagai calon menteri besar Selangor serta mendahului keputusan parti.
Mengulas lanjut, Ismail menambah, beliau tidak menafikan tindakan tegas Pas itu sama ada menggantung atau memecat mana-mana ahli yang menidakkan disiplin parti adalah untuk meredakan pergolakan dan mengurangkan krisis dalaman parti itu.
"Tindakan tegas seperti pemecatan bekas Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali hanya merugikan Pas kerana mereka ini pemimpin yang mempunyai jawatan dan merupakan orang yang ada pengaruh.
"Saya fikir bahawa Pas melihat mereka sebagai aset kepada Pas Selangor, rugi bagi Pas, penggantungan itu untuk menyelamatkan negeri dan bukan parti.
"Tapi fikir kalau mereka lompat parti mereka masih dalam parti komponen PR mungkin kepada PKR," katanya lagi.

5 orang berkata:
Tidak rugi malahan hukuman yang dikenakan ringan kerana membuat tindakan mengingkari ketua dan meninggal jemaah
bila kata PAS tak cerdik.. marah. dua makhluq tu sepatutnya dipecat dari awal lagi. buat apa nak simpan agen DAP PKR dlm PAS. CUKUP-CUKUP LAH DGN PEROSAK 'FLIP-FLOP' & 'REJUNEVASI' DLM PAS!..
Bila dh langgar sumpah baiah, secara automatik keahlian gugur dgn sendiri.. Ini di akui sumpah baiah semasa untuk dicalonkan sebagai wakil rakyat. Dlm pilihanraya umum. Meninggalkan jemaah membuat keputusan mendahului parti.. Sepatutnya dh dipecat trus.
Kenapa puak yg myokong ADUN bukan PR tidak dkenakn tindakan..nmpak Sgt double standard..spatutnya klau tak setuju dgn PR, keluar pakatanlah..barulah boleh hukum org yg sokong PR..bodohnya pemimpin parti ni
Memang bangang pun... perut mesti jaga ma
Post a Comment