Yang rakyat sangat marah ialah kesan dari dua kupang itu menjadi berkupang-kupang ! Apabila harga barang tidak dapat di kawal oleh kerajaan, hal ini adalah pasti, tapi jangan le kome risau, sebab nanti kerajaan bagi le BRIM untuk gantinya, alah ape sangat le dua kupang ! - Pak Karamu
Pemotongan subsidi tidak kena masa
KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
berkata, kerajaan diminta mengkaji semula tindakan pemotongan subsidi
20 sen ke atas minyak ketika rakyat sedang bertarung dengan kenaikan kos
sara hidup.
Katanya, walaupun idea rasionalisasi subsidi minyak wajar, pemotongan subsidi ketika ini tidak sesuai melainkan negara sudah berjaya stabilkan harga barangan dan perkhidmatan.

“Harap penasihat seperti Pemandu dan (Menteri di Jabatan Perdana
Menteri Datuk Seri) Idris Jala lebih sensitif serta menyelami suara hati
rakyat di bawah sebelum melakukan apa jua tindakan,” katanya melalui
Facebook beliau.
Katanya, kerajaan juga diminta memperhalusi serta mencari kaedah terbaik supaya bantuan subsidi yang diperuntukkan dirasai golongan sasar.
Exco Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Hussin pula berkata, kerajaan patut memastikan rasionalisasi subsidi bahan api diumumkan tidak menjadi penyebab utama kepada kenaikan harga barang atau perkhidmatan.
"Pengumuman rasionalisasi subsidi (semalam) mengundang perasaan kurang senang oleh rakyat lebih-lebih lagi ia berkaitan dengan kenaikan harga minyak," katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Naib Ketua Pemuda Umno Johor, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, terdapat banyak lagi kaedah bagi elakkan harga minyak naik, contohnya kaji semula keberkesanan BRIM dan produk 1Malaysia.
“Lebih baik harga minyak rendah dan boleh dikecapi seluruh rakyat, berbanding BRIM sekali-sekala, malahan tidak semua rakyat menikmatinya. Apa jaminan pemerintah kos sara hidup tidak akan meningkat kesan daripada kenaikan ini?,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan tidak memerlukan pakar ekonomi yang hebat untuk memikirkan perkara ini tetapi memadai mempunyai pemimpin dan penasihat yang berjiwa rakyat.

3 orang berkata:
Naik la minyak sampai rm5 se litet baru kaya...rakyat susah x pa...kita sokong BN juga walau terpaksa jalan kaki pergi kerja...kah..kah..kah...demikianlah hadiah BN utk penyokongnya.
Naik pun xpa lagi bgus..rakyat akan terbeban dgn kenaikkan harga barang..makin ramai msuk pas parti islam..haha. Brg naik pn xpa kita pas org kaya ada duit,smua duit sendiri..
Hairan Sinpapura takde pun sumber hasil masyul negara tetapi dah menjagi gergasi ekonomi Asia. Kita ada minyak, tanah yg subur, getah, bijih, sawit dan pelbagai tetapi tertinggal kapal. Melayu merempat dlm negara sendiri. Melayu elit makan sampai pecah perut. Apa nak jadi ni.
Post a Comment