Anjing dipakai serban, jubah cubaan hina ulama
KUALA NERUS - Perbuatan memakaikan anjing dengan serban dan jubah harus
dihentikan kerana ia menyinggung hati masyarakat Islam yang menghormati
golongan ulama di negara ini, kata Mufti Selangor, Datuk Mohamad Tamyes
Abdul Wahid.
Beliau berkata, gambar anjing berserban serta berjubah kini disiarkan di media sosial oleh pihak tidak bertanggungjawab dan perbuatan itu lebih bertujuan untuk menghina masyarakat Islam terutama para ulama di negara ini.

"Para ulama yang sentiasa memberi pandangan baik kepada masyarakat,
memberi garis panduan untuk bergerak melaksanakan tugas berkaitan dengan
hukum hakam, tiba-tiba dihina sebegitu rupa.
"Ini adalah satu agenda yang menjijikkan, langsung tidak menghormati para ulama, mereka memberi tentangan secara fizikal, tidak berani berdepan untuk berhujah, tetapi melahirkan tentangannya melalui perbuatan menghina," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis
penutupan Multaqa' Anggota Jawatankuasa Fatwa Seluruh Malaysia 2014 yang
disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir
Baharom di sini hari ini.
Mohamad Tamyes berkata, umat Islam sebenarnya tidak boleh membelai anjing kerana ia bukan haiwan peliharaan, kecuali untuk menjadi binatang buruan, menjaga keselamatan atau mengesan barangan.
"Tetapi kalau kita membelanya dengan membelai seperti kucing dengan membawanya masuk ke dalam rumah, itu adalah haram dan malaikat rahmat tidak akan masuk ke rumah yang ada anjing," katanya. - Bernama

2 orang berkata:
Biasa la....musuh2 islam memang mcm tu....laksana hudud ....baru tau hujung pangkal diaorang ni.
Betul..laksana hudud dlu kerana inilah satu jalan myelamat islam.. Nmpak payah tapi membawa kesejahteraan,xda sapa lg nk wt salah,hukum allah mmg tegas..
Post a Comment