19/11/14
Kawasan Presiden PAS antara terjejas banjir
MARANG: Kawasan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Rhu Rendang dan Rusila di sini antara yang terjejas apabila air banjir mula naik sejak semalam dan mengakibatkan penduduk terpaksa dipindahkan.
Sehingga malam tadi, dilaporkan 49
keluarga dari tiga buah Kampung telah dipindahkan ke pusat pemindahan di
Sekolah Kebangsaan Rusila, dekat sini.
Selain Kampung Rusila, Kampung Ru Rendang, turut trjejas termasuk Taman Rashidah.
Malam tadi, Timbalan Ketua Pemuda PAS
Malaysia Muhammad Khalil Abdul Hadi yang juga Ketua Pemuda PAS Kawasan
Marang membuat lawatan ke pusat pemindahan tersebut.
“Bencana banjir ini telah dijangka dan
kita juga telah mengarahkan Jabatan Amal bersiap siaga bagi menghadapi
sebarang kemungkinan yang bakal berlaku," katanya dipetik BuletinOnline.
Dalam perkembangan berkaitan, Ketua
Penyelaras Pemuda Dun Rhu Rendang, Aswadi Mohammad berkata Bilik Gerakan
Operasi Banjir kini dibuka di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat di
Bangunan PAS Kawasan Marang berhadapan Masjid Rusila.
Sebarang urusan sumbangan dan bantuan
serta khidmat yang diperlukan, bolehlah menghubungi Azmi ditalian
0139219274 atau Fakhrudin 0145207321. - HARAKAHDAILY
0 orang berkata:
Post a Comment