Himpunan dua kumpulan depan Parlimen kecoh
- Himpunan dua kumpulan di hadapan Parlimen hari ini yang berlangsung aman bertukar kecoh apabila berlaku perang mulut.
KUALA LUMPUR - Himpunan dua kumpulan di hadapan bangunan Parlimen hari
ini yang pada awalnya berlangsung aman tiba-tiba bertukar kecoh apabila
berlaku perang mulut di antara kedua-dua ahli kumpulan tersebut.
Kekecohan bermula apabila sidang media yang dibuat oleh Pengerusi Pertubuhan Kumpulan Media dan Sosial Prihatin Ramesh Roa yang membawa isu rasuah yang mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan terhadap ahli DAP tiba-tiba diganggu oleh kumpulan himpunan memperingati Teoh Beng Hock.
Lantaran itu berlakunya perang mulut dan pergelutan di antara kedua-dua kumpulan tersebut.
Aksi tersebut bagaimanapun berjaya dileraikan oleh pihak polis yang bertugas di situ.
"Kenapa ganggu sidang media kami, jangan jahat serta siapa samseng," merupakan antara petikan perang mulut di antara kedua-dua kumpulan tersebut.
Keadaan yang berlangsung selama 10 minit itu akhirnya kembali aman apabila polis berjaya mengawal keadaan.

0 orang berkata:
Post a Comment