Mahkamah Persekutuan Syariah: PAS sedia diajak bincang
- Published on Wednesday, 19 November 2014 08:42
- Written by ANIS NAZRI
KUALA LUMPUR: PAS pada
prinsipnya bersetuju dengan cadangan kerajaan bagi menubuhkan Mahkamah
Persekutuan Syariah jika ia dilihat dapat menambah baik sistem mahkamah
syariah sedia ada.
Malah, PAS bersedia menawarkan diri
untuk duduk bersama-sama berbincang dengan kerajaan dalam menjayakan
usaha itu, tegas Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
Bercakap kepada Harakahdaily, hari ini,
Salahuddin berkata dengan berlatar belakangkan berbagai ilmu dan
kemahiran di kalangan pemimpin PAS, maka parti Islam itu bersedia duduk
bersama kerajaan.
"PAS setuju secara prinsipnya, dan
bersedia jika PAS diajak untuk sama-sama berbincang bagi menentukan
mekanisme tertentu bagi penubuhan Mahkamah Persekutuan Syariah tersebut.
"Para pemimpin PAS mempunyai ilmu dan
kepakaran yang pelbagai, yang membolehkan PAS membantu kerajaan dalam
usaha memartabatkan agama Islam di negara ini," tegas beliau.
Bagaimanapun, beliau menambah dalam masa sama fungsi dan peranan mahkamah syariah sedia ada perlu diberi penambahbaikan.
Sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri
Tuan Guru Abdul Hadi Awang pernah menyatakan kesediaan untuk berbincang
dengan kerajaan dalam isu-isu berkaitan mengangkat martabat perundangan
Syariah Islam.
Jumaat lepas, Menteri Agama, Datuk Seri
Jamil Khir Baharom mengumumkan perkara tersebut setelah cadangan itu
diajukan kepada kabinet.
Jamil dilaporkan berkata lima peringkat
mahkamah syariah itu turut melibatkan penubuhan Mahkamah Tengah Syariah
dan Majlis Rayuan Syariah.
Jamil juga menegaskan tahap bidang kuasa Mahkamah Persekutuan Syariah itu harus sama dengan Mahkamah Persekutuan Sivil.
Bagaimanapun, cadangan awal itu ditentang golongan bukan Islam, antaranya MIC, MCA, DAP dan Gerakan. - HARAKAHDAILY 18/11/2014
1 orang berkata:
Celaka punya cina dan keling. Yang kau orang dok sibok pasal mahkamah syariah apa hal?
Bukannya kau orang yang nak kena bicara disana?
Cukop cukop kau orang mencampori urusan orang islam. Kita orang tak pernah pun campor urusan kamu. Kamu nak tonggeng arak ke,nak konket china doll ke naj berjudi ke,nak sembah apa pun. Kami tak pernah pertikai. Jadii,kamu juga jangan campor urusan kami.
PKR jangan cuba nak jadi barua pula.
Post a Comment