Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Sunday, November 2, 2014


MH370: MAS Dilanda Ribut Lagi!

MH370: Cuaca kelam buat MAS ketika tindakan undang-undang mula dilakukan
Hazlan Zakaria08:30PM Nov 02 2014


SEKILAS PANDANG: Selepas ditimpa dua nahas udara ke atas pesawatnya dalam tempoh beberapa bulan, Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) kini berdepan masalah berbeza. Tindakan undang-undang ke atasnya bakal diambil waris penumpang MH370 yang hilang Mac lalu.

Syarikat penerbangan itu masih dibelenggu masalah walaupun Khazanah Berhad cuba menyelamatkannya dengan langkah penswastaan. Penstrukturan semula juga bakal dilakukan agar MAS bernafas kembali.

Kemungkinan impak terbaru ke atas MAS itu hanya bersifat jangka pendek. Namun ia akan menyaksikan MAS diheret ke mahkamah atau mungkin terpaksa menyelesaikannya melalui rundingan dengan jumlah wang yang dikeluarkan masih tidak dapat dipastikan.

Firma guaman Tetuan Rusmah Arunan & rakan-rakan telah memfailkan kes bagi pihak waris seorang penumpang MH370 dengan menamakan MAS serta pihak berkuasa sebagai defendan.

Dalam kenyataannya, firma tersebut berkata peguam Dato’ Arunan Selvaraj dan Gary Edward Chong akan mewakili anak guam mereka.

MAS dikatakan melanggar kontrak dan cuai, manakala kerajaan Malaysia, Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Jabatan Imigresen dan Tentera Udara DiRaja Malaysia turut dinamakan sebagai defendan.

Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa MH370 “berakhir di Lautan Hindi” dijadikan asas bagi tuntutan tersebut, dengan waris mangsa didakwa membuat kesimpulan perdana menteri tahu apa yang berlaku.

Mereka berkata, waris mangsa mahu mengetahui perkara sebenar kerana terlalu banyak maklumat yang seakan disorok. Pada masa yang sama, mereka punyai pelbagai persoalan tentang kehilangan pesawat itu.

Setakat ini, masih belum ada tindakan undang-undang yang diambil bagi misteri kehilangan MH370.

Besar kemungkinan, selepas tindakan ini, lebih banyak tuntutan akan dibuat melibatkan MAS dan pihak-pihak tertentu.

MH370 hilang selepas berada di udara dalam perjalanan ke Beijing sehingga masyarakat dunia tertanya-tanya apa yang berlaku. Pencarian meluas kemudian dilakukan di beberapa koridor dunia.

Buat masa ini, kesimpulan yang dibuat ialah ia menamatkan penerbangannya di Lautan Hindi dengan 239 penumpang dan anak kapal walaupun bangkai pesawat tersebut masih belum ditemui.

Tragedi itu bagaimanapun masih menjadi tanda-tanya kerana rekod data pesawat Boeing 777 itu belum diperolehi. 

Pelbagai teori dilempar namun ia hanya menambah kekeliruan di kalangan waris mangsa yang berterusan merasakan kesedihan. Pihak berkuasa juga masih meneruskan pencariannya di Selatan Lautan Hindi.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Kifarat allah swt

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.