Azmin sedia kerjasama BN
SHAH ALAM - Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali bersedia untuk menjalinkan
kerjasama dan hubungan baik dengan BN walaupun berpegang kepada fahaman
politik berbeza demi kepentingan rakyat Selangor.
Azmin berkata, beliau akan berpegang kepada prinsip iaitu wacana baharu perlu dibentuk bagi memastikan kepentingan rakyat terus terjamin dan terpelihara.
“Di peringkat Selangor sendiri, kita sudah pun mengamalkan pendekatan temu tembung dengan kerajaan BN dari peringkat kerajaan persekutuan.
“Sebagai contoh, kerajaan negeri adakan perbincangan dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan langkah yang boleh diambil untuk pembangunan negeri Selangor.
“Malah undang-undang baru yang diluluskan di Parlimen juga ada mengatakan kerajaan Persekutuan perlu ada kerjasama dengan kerajaan negeri untuk memastikan masalah perumahan dapat diselesaikan di Selangor,” katanya kepada media selepas merasmikan Program Malam Generasi Idaman Selangor (GeMS) Berdoa Untuk Malaysia di Bulatan Bazarena, Stadium Malawati, malam kelmarin.
Tambah Azmin, isu denggi yang semakin serius di Selangor juga membuka ruang kepadanya menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan.
“Menterinya sendiri juga sudah jumpa dengan saya untuk membincangkan isu denggi yang agak serius di Selangor.
Kesediaan beliau untuk memantau dan beri kerjasama dengan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor membuktikan yang kita mampu bekerjasama dengan baik demi kepentingan rakyat," katanya.
Kelmarin, Azmin menyarankan kerajaan negeri mesti mengukuhkan hubungan dengan kerajaan Persekutuan dan juga negeri-negeri lain yang diterajui BN bagi menyuburkan prinsip dan amalan demokrasi yang baik dalam negara.
Beliau berkata, usaha ini perlu dilakukan bagi kepentingan rakyat dalam pelbagai isu seperti kemanusiaan, ekonomi dan pendidikan.
Selain itu, bencana banjir yang melanda Pantai Timur juga turut diberi perhatian Azmin kepada negeri yang bukan ditadbir oleh PR.
“Walaupun jumlahnya kecil, namun usaha ini membuktikan yang kita prihatin masalah rakyat. Malahan, kita sendiri yang sampaikan cek kepada menteri besar berkenaan dan perkara seperti ini yang perlu disuburkan, iaitu perlu ada kerjasama demi rakyat,” kata Azmin.
Sebelum ini, kerajaan negeri mengumumkan pemberian dana sebanyak RM1 juta kepada Kelantan dan masing-masing RM100,000 kepada Terengganu, Pahang dan Perak bagi membantu meringankan mangsa banjir di sana.

0 orang berkata:
Post a Comment