Ini Senarai Kenyataan Bangang Paling Bangang Pada Tahun 2014.
First episode kat sini.
Dari segi 'kuantiti' kenyataan bangang yang dikeluarkan oleh pemimpin2 di negara ini, ia didominasikan oleh 3 pemimpin utama negara iaitu ;
- Ahmad Maslan
- Hasan Malek
- Najib Razak
Bagaimana pula dari segi 'kualiti' kenyataan bangang yang dikeluarkan pula? Cara kita nak tentukan betapa 'kualitinya' kenyataan bangang yang dikeluarkan itu ada dua aspek.
Pertama. Semakin bangangnya kenyataan tersebut maka semakin 'berkualiti' ia dari segi kebangangannya.
Kedua. Semakin unik dan freshnya kenyataan tersebut maka semakin berkualiti la 'kebangangan' yang ditonjolkan melalui kenyataan tersebut.
Dan tahun neh kita buka penyertaan kepada semua pihak tanpa mengira lapisan. Kita pecahkan block diskriminasi kaum, jantina, agama, pangkat dan partisan.
Dan berikut adalah kedudukan kenyataan bangang bagi tahun 2014.
10. Lim Guan Eng.
Pada 8 October 2014 di satu laporan akhbar China Press, LGE telah diminta mengulas siri banjir yang melanda di beberapa buah lokasi di Pulau Pinang. Laporan tersebut memetik kenyataan LGE yang berkata - "Jika tak hujan maka tak banjir la".
Rujuk ;
Dari segi 'kuantiti' kenyataan bangang yang dikeluarkan oleh pemimpin2 di negara ini, ia didominasikan oleh 3 pemimpin utama negara iaitu ;
- Ahmad Maslan
- Hasan Malek
- Najib Razak
Bagaimana pula dari segi 'kualiti' kenyataan bangang yang dikeluarkan pula? Cara kita nak tentukan betapa 'kualitinya' kenyataan bangang yang dikeluarkan itu ada dua aspek.
Pertama. Semakin bangangnya kenyataan tersebut maka semakin 'berkualiti' ia dari segi kebangangannya.
Kedua. Semakin unik dan freshnya kenyataan tersebut maka semakin berkualiti la 'kebangangan' yang ditonjolkan melalui kenyataan tersebut.
Dan tahun neh kita buka penyertaan kepada semua pihak tanpa mengira lapisan. Kita pecahkan block diskriminasi kaum, jantina, agama, pangkat dan partisan.
Dan berikut adalah kedudukan kenyataan bangang bagi tahun 2014.
10. Lim Guan Eng.
Pada 8 October 2014 di satu laporan akhbar China Press, LGE telah diminta mengulas siri banjir yang melanda di beberapa buah lokasi di Pulau Pinang. Laporan tersebut memetik kenyataan LGE yang berkata - "Jika tak hujan maka tak banjir la".
Rujuk ;
Laporan tersebut telah menjadi viral di kalangan penyokong2 BN bahkan di kalangan penyokong2 DAP sendiri dan dijadikan bahan troll di laman sosial. Sehingga kini LGE enggan tampil menjelaskan samada laporan tersebut adalah fitnah ataupun sebaliknya. Dan LGE di tangga kesepuluh bagi kategori kenyataan bangang sebab memang bangang pun kenyataan tersebut. Seolah2 semua orang tatau yang air banjir itu berasal dari hujan.
9. Ahmad Said.
Pada 12 Mei 2014, BN Terengganu bergolak apabila bekas menteri besar Terengganu, Ahmad Said mengumumkan keluar parti dan meletak semua jawatan dalam parti serta merta berikutan tindakan Najib yang meneruskan penggantian MB baru Terengganu kepada Ahmad Razif. Alasan yang dikemukakan oleh Ahmad Said pada ketika itu ialah;
"Saya sudah lama bekerja dengan Umno. Saya sudah beritahu PM bahawa anak saya kenduri kahwin pada 17 Mei dan tukar selesai selesai kenduri.
PM kata itu soal peribadi. Jadi saya beritahu, kalau saya keluar (parti), jangan salahkan saya. Saya ada prinsip. Anak saya nak kenduri, kalau boleh bagi kenduri selesai. Tapi jadi begini. Saya tidak ada masalah, saya boleh terima (pertukaran MB)".
Kenyataan Ahmad Said keluar dari UMNO kerana merajuk dipecat sebelum kenduri kahwin anaknya menjadi VIRAL di laman sosial dan ditroll kaw2 bukan sahaja oleh pembangkang bahkan oleh geng2 UMNO itu sendiri kerana bersikap kebudak-budakan. Sudah la tue siap UTURN pula. Untuk membaca list of UTURNs, rujuk sini. Sebelum neh beria2 kata ada PRINSIP tapi lepas NAJIB datang MEMUJUK, prinsip ke mana, merajuk ke mana, alih2 UTURN masuk ke UMNO semula dan declare memaafkan Najib secara terbuka. Kenyataan dan tindakan bangang Ahmad Said ini melayakkannya berada di posisi 9.
8. Dr. Muhammad Nawal Arrifin.
Pada persidangan PAU edisi ke 2014, salah seorang perwakilan UMNO yang berbahas dalam persidangan itu menyebut "Ingat anak-anak, setiap butir beras yang kamu makan itu adalah kerana UMNO.. itu peringatan kepada anak-anak muda di luar sana".
Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh seorang DOKTOR yang bernama Muhammad Nawal Arriffin. Dan dalam sekelip mata kenyataan bangangnya itu mendapat perhatian rakyat. Video yang memaparkan kenyataan tersebut menjadi VIRAL dan berita2 yang melaporkan tentangnya juga mendapat hits bacaan yang sangat tinggi. Kenyataan bangang dari doktor itu juga dijadikan bahan troll di laman sosial dan sehingga kini rakyat tertanya2 bagaimana UMNO pula yang harus mendapat kredit dan pujian setelah yang bekerja bermati-matian itu adalah kita, pergi pagi balik petang, dapat gaji beli beras, lepas tu tiba2 kepada UMNO pula ucapan terima kasih itu harus disampaikan.
7. Tengku Adnan dan Ahmad Maslan.
Tengku Adnan dan Ahmad Maslan menduduki tangga ketujuh. Kerana kenyataan mereka sama bangang sama tolol. Jika pada tahun lepas Ku Nan dikecam teruk sebab mengeluarkan kenyataan bangang "Berhenti merungut, jangan beli rumah kalau rasa mahal" dan pada tahun neh Ku Nan juga enggan ketinggalan dari mengeluarkan kenyataan bangang yang lebih kurang levelnya.
Tengku Adnan.
Pada tahun neh Ku Nan memperbangangkan dirinya sendiri dalam dua perkara. Yang pertama berkenaan isu troll DBKL tentang saman angkara edar bubur lambuk. Rujuk sini. Aduka Taruna mengeluarkan satu kenyataan troll yang VIRAL di laman sosial yang mana bertujuan menyindir DBKL isu makanan percuma. Ini berikutan tindakan Ku Nan yang telah menghalau, mengkritik, membidas dan memperlekehkan aktiviti2 NGO yang beri makan percuma kepada gelandangan.
Kenyataan Ku Nan yang dilaporkan media ialah ;
Tengku Adnan berkata, tidak ada masalah jika NGO lain mahu meneruskan aktiviti agihan makanan kerana beliau juga menjalankan operasi melalui kumpulan sendiri di Jalan Imbi, Bukit Bintang.
"Saya sendiri pun operate di Jalan Imbi. Saya bagi support tiap-tiap bulan beras berkampit-kampit dan sebagainya.
Katanya, beliau juga pernah turun ke jalanan dan melihat sendiri masalah sebenar, cuma tidak tahu cara mengumumkannya kepada orang awam. Beliau juga mengarahkan pengarah penguatkuasa DBKL membuat laporan polis ekoran fitnah yang disebarkan di media sosial mengatakan pengurusan Masjid Kampung Baru disaman DBKL kerana mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai.
Ku Nan bukan sahaja gagal fahami seni troll bahkan beranggapan yang tersebar itu ialah fitnah. Selain dari gagal memahami sindiran, Ku Nan juga memperbodohkan dirinya sendiri apabila mengatakan kepada media bahawa dia tidak tahu cara mengumumkan (hebahkan bantuan yang dia beri) kepada orang awam berkenaan tindakan dia membantu gelandangan. Kenyataan ini bukan setakat lawak bahkan contradiks kerana jika kita perhatikan di laman facebook rasminya, ketika Ku Nan melawat masjid pun dia beria2 update aktiviti tersebut di laman sosial. Nampak? Nampak? Kenyataan selamatkan diri sendiri selepas kantoi gila.
Kenyataan kedua pula merujuk kepada gambar di bawah neh ;
Dalam persidangan UMNO yang lepas (2014), Najib mengatakan di atas pentas perbahasan bahawa blogger UMNO bangang. Cari makan dengan kita (UMNO) tapi hentam kita balik. Dan apabila diminta dedahkan senarai blogger UMNO yang berbayar dan siapa yang membayarnya Ku Nan menyebut bahawa kita tak pernah bayar sesiapa sedangkan kenyataan BLOGGER UMNO yang BERBAYAR (cari makan) itu bukan la didedahkan oleh orang awam atau mana2 pemimpin pembangkang sebaliknya adalah dari NAJIB RAZAK sendiri selaku PERDANA MENTERI MALAYSIA dan PRESIDEN UMNO. Rujuk sini.
Ahmad Maslan.
Ahmad Maslan juga tersenarai sebagai antara pemimpin yang paling kerap keluarkan kenyataan bangang pada tahun 2014. Rujuk sini.
Satu2 kenyataan Ahmad Maslan yang melayakkan dia menduduki carta ini apabila dia menyebut begini ;
Untuk membaca kenyataan penuh Ahmad Maslan yang mengulas tentang kejatuhan ringgit Malaysia, rujuk sini.
6. Ibrahim Ali dan Ng Yen Yen.
Ibrahim Ali dan Ng Yen Yen berada di kedudukan no 6 kerana kenyataan mereka juga sama bebal sama bahlol sesuai dengan status ketololan yang mereka miliki.
Ibrahim Ali.
Pada 14 disember 2014, Ibrahim Ali telah membuat pengumuman di pentas PERKASA dengan mendeclarekan dirinya kini ialah HERO kepada MELAYU dan UMAT ISLAM di Malaysia bagi membalas kritikan UMNO terhadapnya. Lihat sini. Kenyataan Ibrahim Ali yang bangang itu bukan saja diperolok2kan oleh mereka2 yang anti PERKASA bahkan membuatkan orang melayu dan umat Islam merasa jelek sebab entah bila tah kita mahukan hero yang berkelakuan seperti Ibrahim Ali yang berperangai buruk dan mengelikan itu tah.
Ng Yen Yen.
Penyebaran satu gambar perkahwinan sepasang remaja yang sangat muda iaitu pengantin lelaki berusia 15 tahun manakala pengantin perempuan berusia 17 tahun mendapat tempat di ahti Ng Yen Yen untuk melontarkan respon berkaitan hal tersebut.
Ini yang Ng Yen Yen sebut bagi mengulas perkara tersebut ;
Ng Yen Yen ialah bekas menteri pelancongan. Dan kenyataan di atas menjadi VIRAL di laman sosial dengan pelbagai kritikan dihamburkan ke atas Ng Yen Yen. Rujuk sini. Dan sampai sekarang kita kurang jelas apa kaitan perkahwinan di usia muda dengan pembangunan negara yang terjejas.
5. Pengurusan JDT (PBNJ) & Majlis raja2.
PBNJ.
Pada awal bulan febuari yang lepas, ketika perlawanan Piala FA antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang T-Team, pegawai T-Team telah ditumbuk dan ditendang oleh seseorang yang berpengaruh di PBNJ ketika sesi rehat separuh masa pertama. PBNJ melalui peguam belanya membuat satu kenyataan bahawa tiada insiden tumbuk dan tendang berlaku di dalam terowong ketika kejadian dan menafikan kenyataan yang dibuat oleh pengurusan T-Team. Sebaliknya menegaskan yang pegawai T-TEAM la yang telah melakukan kekasaran kepada pegawai mereka.
Fans JDT di laman sosial pula mengatakan bahawa TMJ tidak pernah sesekali berada di dalam terowong ketika kejadian dan 'boss' kesayangan mereka telah difitnah. Rentetan dari kenyataan tersebut, saksi2 yang berada di lokasi yang sempat merakamkan aksi tersebut menyebarkan gambar / klip TMJ berada di dalam terowong ketika kejadian.
Saksi2 yang berada di tempat kejadian kebetulannya ialah sekumpulan wartawan yang bertugas di Astro Arena dan penyebaran video itu dikatakan telah memberikan tekanan yang hebat kepada Astro Arena kerana melibatkan status dan maruah KELUARGA DIRAJA JOHOR. Baca ini juga.
Kenyataan BANGANG yang dikeluarkan oleh PBNJ yang menafikan insiden 'tendang dan tumbuk di terowong' dan penafian kehadiran TMJ di tempat kejadian akhirnya makan diri apabila gambar TMJ berada di dalam TEROWONG diviral-viralkan sebanyak yang boleh bagi membuktikan kepada fans JDT bahawa BOSS mereka berada di terowong ketika kejadian berlaku dan PBNJ KANTOI!
Majlis raja2.
Kenapa majlis raja2 berada di posisi kelima? Mereka berada di kedudukan ini disebabkan penukaran 8 nama jalan di sekitar KL. Ini adalah punca kepada penukaran nama-nama jalan tersebut.
Ia didedahkan oleh timbalan menteri wilayah, Dr. Loga. Alasan bangang yang dinyatakan oleh Dr. Loga iaitu 'KL KEKURANGAN IDENTITI KESULTANAN' telah dikritik orang ramai secara terbuka di laman sosial. Cadangan dikeluarkan oleh majlis raja2. Lihat sini. Maka, Majlis raja2 turut terkesan dengan kritikan secara terbuka itu.
Selepas majlis raja2 dikritik dan ditroll kaw2 oleh rakyat, mereka mengeluarkan kenyataan penafian bahawa penukaran nama jalan itu tiada kaitan dengan mereka. Namun ironinya, rakyat tidak lupa bahawa yang mengatakan ia dicadangkan oleh monarki adalah timbalan menteri wilayah. Dan sejak dari itu, Tengku Adnan beria2 turun padang sana sini menjelaskan kepada rakyat bahawa penukaran nama jalan itu tiada kaitan dengan majlis raja2 sebaliknya adalah cadangannya kerana nama jalan sedia ada tidak mempunyai apa2 maksud dan nilai dari segi sejarah. Rujuk sini. Namun rakyat tidak bodoh untuk diperbodoh-bodohkan oleh golongan atasan. Kami nampak permainan kamu disitu okay.
4. Najib Razak
Awal tahun dan akhir tahun. Awal tahun Najib dikecam dengan kenyataan "kangkung dulu naik sekarang dah turun. Kenapa tak puji kerajaan?".
Akhir tahun pula Najib dikecam sekali lagi apabila mengatakan pengisytiharan darurat tidak dibuat kerana nak membantu rakyat menuntut insurans.
Sungguhpun pada tahun 2014, Najib antara pemimpin yang paling banyak mengeluarkan kenyataan2 bangang sehinggakan jika kita list satu persatu darinya percayalah, sampai esok pun tak habis tetapi dua di atas adalah yang paling VIRAL dan menjadi bahan kritikan dan troll bagi pengguna media sosial.
3. Sultan Pahang.
Berada di anak tangga ketiga kerana mengeluarkan kenyataan yang bukan sahaja BANGANG bahkan membuatkan orang yang membacanya rasa kelakar nak mampos.
Kenyataan sultan Pahang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 16 Nov 2014 ;
“Perkara ini telah lama berlaku, sejak zaman British lagi. Beta sudah penat dengan semua ini, beta tidak dapat menghentikan (kegiatan) kerana mereka menggaji kumpulan samseng".
Kenyataan bangang di atas bukan setakat bangang bahkan memberikan gambaran waima seorang sultan pun gagal menguruskan samseng walaupun PDRM, pasukan tentera, pentadbiran negeri dan pemimpin2 negara perlu patuh dan tunduk kepadanya. POWER tak samseng CAMERON HIGHLANDS tue? Sampaikan sultan pun takut kau!
2. Pengarah JPJ Malaysia.
Berada di tempat kedua ialah tak lain tak bukan, pengarah JPJ kita iaitu DS Ismail Ahmad. Ketua pengarah JPJ berada di posisi ini apabila mengeluarkan satu kenyataan SUPER BANGANG bahawa JPJ mempergiatkan operasi saman adalah disebabkan mahu mencapai KPI JPJ iaitu mensasarkan bahawa rakyat Malaysia yang HARUS mati di atas JALANRAYA ialah 5,358.
Lihat video ;
Klik sini jika video gagal load.
Kenyataan itu bukan sahaja dikecam bahkan dijadikan bahan troll sehingga mendesak JPJ mengeluarkan kenyataan susulan bagi menjaga kredibliti ketua pengarah mereka namun gagal membentuk persepsi rakyat apabila 99.9% rakyat Malaysia (orang awam) lebih selesa memilih untuk mengecam JPJ berbanding menerima penjelasan tersebut.
1. Bomoh 1 Malaysia.
Bomoh 1 Malaysia yang dikenali dengan nama Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin telah mengeluarkan banyak kenyataan2 yang bangang sejak dari awal tahun 2014. Namun kenyataan yang paling bangang dikeluarkan oleh bomoh berkenaan adalah mengenai lokasi sebenar pesawat #MH370 yang hilang sejak 8 March 2014.
Bomoh 1 Malaysia mengeluarkan kenyataan ;
"Saya nampak pesawat itu masih tergantung di ruang udara, di tengah -tengah ketiga-tiga lokasi terbabit.
"Saya tak dapat jelaskan secara terperinci soal keselamatan mereka tetapi percaya pesawat itu mungkin berada dalam dua keadaan sama ada diculik oleh pihak tertentu atau disembunyikan di alam ghaib".
Kenyataan bangang ini berjaya menjadi kenyataan paling bangang of the year bagi tahun 2014 adalah disebabkan pengVIRAL-annya di media massa. Bukan sahaja dilaporkan secara meluas di negara kita bahkan turut dipetik oleh ber-ratus2 media antarabangsa di luar negara sehingga menjadi salah satu tajuk di saluran berita2 bagi negara luar. Malaysia turut mendapat tempias yang negatif apabila dikritik menggunakan bomoh bagi mencari MH370.
Dan rakyat Malaysia yang berada di luar negara jadi malu apabila berita berkenaan masuk di station tv di negara tempat mereka tinggal kerana ia diperleceh2kan oleh rakan2 mereka yang berasal dari negara berkenaan. Aksi yang dibuat oleh bomoh 1 Malaysia untuk mencari MH370 juga menjadi bahan troll bukan sahaja oleh rakyat Malaysia bahkan oleh orang luar dan tindakan bomoh 1 Malaysia ini menimbulkan kemarahan ramai orang kerana tindakan berkenaan sebenarnya menjatuhkan nama negara di peringkat antarabangsa.
Maka dengan ini kenyataan paling bangang dengan individu paling bangang bagi tahun 2014 dimenangi oleh seorang bomoh yang sangat tegar menyokong Barisan Nasional dan UMNO, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin. Sesungguhnya penyokong2 UMNO pasti berbangga apabila parti itu terus melahirkan generasi2 yang bangang sejak turun temurun. Bak kata Mahathir, UMNO tak bagi orang cerdik masuk parti tu..
Dan selepas menilai kenyataan2 di atas, aku akui Mahathir benar kali ini.
KAH KAH KAH
3 orang berkata:
makan ubat la admin, tak pun masuk je wad sakit jiwa
polo ralph lauren
pandora outlet
coach factory outlet
christian louboutin shoes
tory burch outlet online
ugg boots on sale
oakley,occhiali oakley,oakley italia,oakley occhiali,oakley sunglasses
juicy couture tracksuit
fitflops uk
ray ban sunglasses
true religion jeans
lacoste shirts
kate spade uk
nfl jersey wholesale
nfl jerseys
air force 1 shoes
ralph lauren outlet
ugg outlet online
tiffany and co
ray ban outlet
0125
nike air huarache
oakley sunglasses
red bottom shoes
authentic jordans
true religion
supreme clothing
nmd
nike basketball shoes
adidas store
longchamp bags
Post a Comment